Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Sesungguhnya

Sebenarnya.., Hati ini cinta kepada - Mu, Sebenarnya, Diri ini rindu kepadamu, Tapi kau tidak megerti, Mengapa cinta masih tak hadir, Tapi aku tidak megerti, Mengapa rindu belum berbunga, Sesungguhnya, Walau ku kutip semua permata, Di dasar lautan, Sesungguhnya, Walau ku siram dengan air hujan, Dari tujuh lagit pun, Namun cinta takkan hadir, Namun rindu tak akan berbunga, Ku cuba menghulurkan, Sebuah hadia kepada-Mu, Tapi mungkin isinya, Tidak sempurna tiada seri, Ku cuba menyiramnya, Agar tumbuh dan berbunga, Tapi mungkin kerana airnya, tidak sesegar telaga kautsar, Tuhan Hadiahkan lah, Kasih-Mu kepadaku, Tuhan kurniakanlah, Rinduku kepada-Mu, Moga ku tahu syukurku adalah milik-Mu.

Tipu Menipu...

Tiba-tiba je rasa nak menulis tentang tajuk tipu menipu... maklumlah baru-baru ni aku ada sembang-sembang dengan abang ipar aku bab2 tipu ni... apa yang aku nak share ni adalah tipu jenis duit n harta benda... bukan tipu perasaan ye atau yang lain dari tu... ni cerita abang ipar aku kat tempat keja dia... dia ni kastam... untuk senang aku bercerita aku buat dialog la ye... malas nak cerita panjang-panjang, takut aku sendiri tak paham apa aku tulis nanti... : ) kisah ni jadi kat tempat kerja abang ipar aku ... ni kes nak beli blackbarry rampasan kastam diraja malaysia... Aku namakan c penipu ni sebagai abg macho dan mangsa sebagai ali(bukan nama sebenar dia) satu hari tu abg macho ni berjumpa la dengan ali.. abang macho : adik nak beli barangan rampasan kastam tak? harga murah-murah je... segala jenis hanphone adik nak ada... kebetulan abg ni pegawai kastam.. abg bagi tau je kalau-kalau adik berminat.. ali : betul ka? murah ke? blackbarry ada? abang macho : ada dik, kalau blackbarry ha

Jangan Marah-Marah.

Aku pun hairan kenapa org suka marah-marah, "aku pantang tok nek aku kalau ada org pandang aku" "Kau ingan tempat ni bapak kau punya" "ape, tak puas hati," Macam-macam la kalau nak list kan ayat-ayat power bila org tu marah... tu tak kira yg telinga dah naik merah, dan vokal maki hamun di lontarkan. bagi aku la, marah ni macam api tengah menyala-nyala dalam tubuh badan manusia. korang jagan ingan api tu ada kat luar je tau... dalam badan manusia ni pun banyak api... selalunya api ni lawannya semua org tau, air. Air ni kita bolah gambarkan seperti air tasik yang tenang, kadang-kadang kita boleh anggap air terjun yang sungguh sejuk dengan kesegarannya atau air laut yang kebiruan melanggar pantai..... kalau tak jalan jugak ambik paip bomba. Api selalu kalah kalau lawan dengan air. so penawarnya adalah air. Aku yakin semua org pernah mengalami situasi tegang, di marah atau memarahi orang, aku tau sebab aku pun seperti anda ... apa yang kita rasa masa memarahi

Mengemis Khasih

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati, Pada manusia yang alpa jua buta, Lalu terheretlah, Aku di lorong gelisah, Luka hati yang berdarah, Kini jadi kian parah, Semalam sudah sampai Kepenghujungnya, Kisah seribu duka, ku harap sudah berlalu, Tak ingin lagi ku ulangi kembali, Gerak dosa yang menghiris hati, Tuhan dosa ku menggunung tinggi, Tapi rahmat-Mu melanggit luas, Harga selautan syukurku, hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi, Tuhan walau taubat seringku ungkit, Namun pegampunan-Mu tak pernah bertepi, Bila selangkah ku rapat pada Mu, Seribu langkah Kau rapat pada ku, Tuhan dulu pernah aku menagih simpati, Pada manusia yang alpa jua buta, Lalu terheretlah, Aku di lorong gelisah, Luka hati yang berdarah, Kini jadi kian parah, Tuhan dosa ku menggunung tinggi, Tapi rahmat-Mu melanggit luas, Harga selautan syukurku, hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi, Tuhan walau taubat seringku ungkit, Namun pegampunan-Mu tak pernah bertepi, Bila selangkah ku rapat pada Mu, Seribu langkah Kau rapat pada k

Tihamah

Dia dibangkitkan dari golongan tihamah, di akhri zaman menjelang hari kiamat, dibelakang badannya ada alamat, menghampirinya pasti akan mendapat rahmat, Putih bersih dahinya sinar hitam rambutnya, baik paras mukanya dan bercahanya, dua tapak kakinya pernah dikucup unta, unta hilang derita unta tiada duka, Binatang dhab pernah beriman denganya, pokok pernah memberi salam padanya, batupun pernah berkata - kata padanya, tunggul pernah menangis mengongoi mengadu padanya, Putih bersih dahinyanya sinar hitam rambutnya, baik paras mukanya dan bercahanya, dua tapak kakinya pernah dikucup unta, unta hilang derita unta tiada duka, Putih bersih lahirnya sinar hitam rambutnya, baik paras mukanya dan bercahanya, dua tapak kakinya pernah dikucup unta, unta hilang derita unta tiada duka,

Kehidupan Satu Perjalanan.

Setiap insan akan merasai perjalanan yang sesaat ini untuk menuju kehidupan yang kekal abadi kelak. Berapa banyak ranjau yang kita tempuhi didunia ini tidak akan dihitung sama sekali. Yang akan dihitung hanyalah amalan kita dan bagai mana cara kita melepasi halangan dan dugaan hidup ataupun ujian Allah di atas dunia ini. Kehidupan adalah satu perjalanan yang indah yang tidak ternilai. tidak terhitung nikmat yang Allah telah kurniakan pada hambanya. Tapi sayangnya kita semua seringkali terlupa akan nikmat kurnian Allah itu, kita menjadi ego, riak, takbur, angkuh kepada pencipta kita. sehinggalah kurniaan itu pergi barulah kita menagis meratapi pemergian Nikmat kurniaan Allah s.w.t. itu. dan yang paling sedih lagi, kita seringkali terlupa kali kedua apabila nikmat itu kembali kepada kita.

Cari Kawan

Berkawan adalah pekara yang penting dalam kehidupan seseorang yang normal . Orang-orang tua selalu berpesan pada anak-anak meraka apa bila anak mereka dah mula nak berjauhan atau berdikari. Rasanya, kalau tak salah mak aku pun pernah pesan masa aku nak tinggal di asrama dulu, " duduk elok-elok, pilih kawan-kawan yang baik". Kawan memang memainkan peranan yang penting dalam menentu corak kehidupan seseorang individu. Berkawan dengn orang baik akan membentuk peribadi diri kearah kebaikan. Berkawan dengan orang yang tak berapa baik akan mempegaruhi kita jadi sepertinya. Bagi pandanagan aku, kawan ni mempunyai sifat dan perangai yang berbeza-beza, tak seorang pun sama. Selalunya, bila kita dah mendekatinya baru kita tahu sifat seseorang itu macam mana. Selalunya lah kan, keiklasan dan nilai-nilai murni dalam berkawan ni lebih penting dari benda-benda yang lain. Keiklasan ni tak boleh kita belakon, dia akan di terjemahkan oleh perbutan dan rasa senang bila berurusan secara automat

Di Pondok Kecil

Di pondok kecil, di pantai ombak, berbuih putih, beralun-alun, Di suatu hari, Ayah berkata, Jaga adikmu, Ayahkan pergi jauh, Ku pandang wajah ayah, Dahinya ku cium, Air mata mengalir, Hati ku pilu, Diam-diamlah sayang, Jangan menagis, Doakan ayah semoga sejahtera, Diam adik ku sayang jagan menagis, Walaupun ayah gugur, pastinya dia Syahid, Diponduk kecil, dipantai ombak, berbuih putih, beralun-alun, Wahai abang ku, kemana ayah, Ku sayang ayah, Ku cinta Ayah, Duhai adikku sayang, Jangan bersedih, Ayah mu pergi menyambut seruan ilahi, Tapi ingatlah adik ku, pesanan ayah, Belajar berusaha walau dimana jua, Pada MU Tuhan, aku bermohon, Dosa ayah ku minta diampunkan, Ku iringgu doa, Rahmati dia, Tempatkan lah ayahku bersama kekasihMU, Di ponduk kecil , dipantai ombak, berbuih putih, beralun-alun.

Malaysia Sebagai Hub Hiburan

"Berhibur tiada salahnya, kerana hiburan itu indah... tetapi salah memilih hiburan membuatkan kita jadi bersalah", petikan dari lagu Raihan. Disini pun ada masejnya tersendiri untuk berdakwan dan memberi tahu kepada kita semua bahawa, islam tidak pernah menghalang kita berhibur. Tetapi hiburan dalam islam ada batasnya, ada hiburan yang diharamkan terus dalam islam jika hiburan itu bercanggah dengan islam. Bagi aku, hiburan ini luas dan susah sangat-sangat untuk di kawal oleh sebab semua orang mahukan hiburan atas tuntutan nafsu masing-masing, walaupun individu itu adalah dari keluarga kita sendiri. Apa pun hiburan dalam islam sudah pun ada guidelinenya yang tersendiri. dan perlu di patuhi. Tetapi baru-baru ini terdengar satu berita yang boleh dikatakan hot.... Iaitu ada pihak yang ingin menjadikan Malaysia sebagai Hub Hiburan dengan alasan untuk mengalakkan pertumbuhan ekonomi negara(. Apa yang menakutkan aku dan sebilangan rakyat Malaysia mungkin, apakah yang hendak kita per

Kenapa ada Perkataan (Islamic) pada IFF

Feshion muslim, Rasanya kita dah di ajar tentang garis panduan cara-cara pemakaian muslim sejak kita di bangku sekolah lagi. Dalam islam, islam tidak pernah meletakkan sebarang feshion yang perlu kita ikut. hanya yang di tekankan dalam islam adalah pakaian yang menutup aurat, maknanya segala pemakaian yang menutup aurat adalah ciri-ciri feshion islamik. Rasanya semua orang dah tahu tahap2 aurat masing-masing, tipulah kalau tak tahu... melainkan orang tu memang betul-betul tak tahu sebab tak pernah belajar. Tetapi, apa yang menghairankan aku, kenapa masih ada orang yang keliru tentang batas pemakaian dalam islam ni. Sehinggakan ada yang terkeliru besar dan telah megucar-gacirkan muslimin dan muslimat di negara ini Khususnya dan di dunia amnya. Yang aku maksudkan adalah peganjuran Iff ( Islamaic feshion festivel ) yang telah di langsungkan dengan jayanya di monte carlo dan penaungnya adalah Datin Sri Rosmah Mansor baru-baru ini. Aku di sini bukanlah untuk menghagatkan lagi susana atau pe

Kepadamu Kekasih

Kepada mu kekasih, Aku berserah, Kerana ku tahu kau lebih megerti, Apakah yang terlukis dicermin, Wajahku ini, Apa yang tersirat di hati, Bersama amali, Kepada mu kekasih , Aku bertanya, Adakah kau akan, Menerima ku kembali, Atau harus menghitung lagi, Segala jasa dan bakti, Atau harus mencampakku ke sisi, Tanpa harga diri, Hanya pada mu kekasih, aku tinggalkan, Jawapan yang belum, Ku temukan, Yang bakal aku nantikan, Bila malam menjemputku, Lena beradu, Kepadamu kekasih, aku serahkan, Jiwa dan raga, Jua segalanya, Apakah kau akan menerima, Penyerahan ini, Apakah kau akan menerimaku, Dalam keadaan begini,

Doa

Tuhan ku... Dalam termanggu. Kusebut nama-MU biar susah sungguh, Mengigatkau penuh seluruh, Tuhan ku.. Cahaya-Mu panas suci bagai kerdip lilin, Dikelam sunyi, Tuhan ku.. Aku hilang bentuk, Kembara di negeri asing, Tuhan ku Pintumu ku ketuk , Aku tak bisa berpaling, Tuhan Ku.. Dalam termanggu.. Kusebut namaMu biar susah sungguh, Mengigatkau penuh seluruh, Tuhan ku cahayaMu, Panas suci bagai kerdip lilin, Dikelam sunyi, Tuhan ku.. Aku hilang bentuk, Kembara di negeri asing, Tuhan Ku , PintuMu ku ketuk , Aku tak bisa berpaling..

Aku Dan Perniagaan Bahagian, Idaman Computer Centre

Anjung Kreatif Teknology di asaskan oleh Mohd Shahrun Ishak yang dulunya beralamat di Macro Seberang Jaya Pulau Pinang. Mohd Shahrun Ishak boleh dikatakan sebagai seorang mentor aku dalam bisnes ni. Tapi sekarang makro dan jadi tesco Seberang Jaya. Di Anjung Kreatif inilah tempat aku betapa seketika dan menuntut ilmu tentang selok belok dunia perniagaan ini ... banyak juga la Ilmu yang aku dapat dan sedikit pengalaman yang boleh aku simpan. Setelah sekian lama aku bertapa di Seberang Jaya Pulau Pinang tu. aku pun balik la ke tempat asal ku. Mula Beroperasi di Jitra Disinilah bermula segalanya... dengan mengunakan nama Anjung Kreatif teknology cawangan Jitra yang beralamat di Bangunan Yayasan Kebajikan Masyarakat Kubang Pasu. Untuk pengetahuan korang, disini juga tempat aku buat Praktikel semasa aku belajar dulu(Thanks YKMKP). Aku mula menjalankan bisnes kedai komputer. Saat mula-mula aku beroperasi di jitra, aku dapat rasakan cabaran yang perlu di tempuh, dalam fikiran aku masa tu ada

Antara Hang Tuah dengan Hang Jebat

Sapa yang tak kenal Hang Tuah.. seorang pahlawan Melaka yang tersohor pada zaman dulu-dulu. Seorang yang begitu taat dan mempunyai hati yang berkobar-kobar untuk berbakti kepada sultanya.Sanggup berkorban apa saja demi sultan melaka. Seorang yang mempunyai sifat kepahlawanan yang sejati. "Tak hilang melayu di dunia" antar ungkapan Hang Tuah yang menunjukkan keberanian yang terselet di dalam dirinya. Sapa tak kenal Hang Jebat.. salah seorang daripada 4 orang kawan Hang Tuah, mempunyai sifat yang berani untuk menegakkan keadilan. seorang yang mementingkan kawan lebih dari segalanya. "aku rela mati untuk rakyat.. kerana aku mahu keadilan, keadilan. Keadilan..." Antara laungan yang pernah diungkapkan oleh jebat. Antara Tuah dan Jebat, dua orang kawan karib yang berlainan sifat tetapi saling sayang menyayangi, kasih megasihi, hormat menghormati, rindu merindui. Malangnya...... Malang sungguhhh... sungguh malang.. Mereka pernah begaduh, mereka pernah bertikam antara sama

Insyaallh By Maher Zain

Insha ALLAH Every time you feel like you cannot go on You feel so lost and That you're so alone All you see is night And darkness all around You feel so helpless You can’t see which way to go Don’t despair n' never loose hope Cos' Allah is always by your side Insha Allah x3 Insha Allah you’ll find your way Insha Allah x3 Every time you can make one more mistake You feel you can’t repent And that it's why too late You’re so confused, Wrong decisions you have made Hunt your mind and your heart is full of shame Don’t despair and never loose hope Cos' Allah is always by your side Insha Allah x3 Insha Allah you’ll find your way Insha Allah x3 Insha Allah you’ll find your way Turn to Allah He’s never far away Put your trust in Him Raise your hands and pray Oh Ya Allah Guide my steps don’t let me go astray You’re the only one that showed me the way, Showed me the way x2 Insha Allah x3

Lukisan Alam

Hidup tidak selalunya indah, Langit tak selalu cerah, Suram malam tak berbintang, Itulah lukisan alam, Begitu aturan Tuhan, Jadilah rumput yang lemah lembut, Tak luruh di pukul ribut, Bagaikan karang di dasar lautan, Tak terusik di landa badai, Dalam sukar hitunglah kesyukuran mu, Dalam senang awasi kealpaan mu, Setitis derita melanda, Segunung kurniaanNya, Usah mengharapkan ke segalanya, Dalam perjuanggan penuh pengorbanan, Usah dendam berpanjangan, Maafkan kesalahan insan, Hasbiallah, Hasbunallah HasbiRabbi jalallahu Ya Allah, Dalam diam taburkanlah baktimu, Dalam tenang buangkanlah amarahmu, Suburkanlah sifat sabar, Dalam jiwamu itu

Alangkah Indahnya Hidup Ini

Alangkah indahnya hidup ini, Andai dapat ku tatap wajah mu, Kan pasti megalir air mataku, Kerna pancarah ketenagan mu, Alangkah indahnya hidup ini, Andai dapat ku kucup tangan mu, Moga megalir keberkatan dalam diri ku, Untuk megikut jejak langkah mu, Ya Rasullullah ya Habiballah, Tak pernah ku tatap wajah mu, Ya Rasullullah ya Habiballah, Kami rindu pada mu, Allahhummasalli ala muhammad, Yarobbisalli Alaihiwasallim, Alangkah indahnya hidup ini, Andai dapat ku dakap diri mu, Tiada kata yang dapat aku ucapkan, Hanya Tuhan saja yang tahu, Ya Rasullullah ya Habiballah, Tak pernah ku tatap wajah mu, Ya Rasullullah ya Habiballah, Kami rindu pada mu, Ku tahu cinta mu kepada umat, Ummatti ummatti, Ku tahu bimbangnya kau tentang kami, Syafaatkan kami, Alangkah indahnya hidup ini, Andai dapat ku tatap wajah mu, Kan pasti megalir air mataku, Kerna pancarah ketenagan mu, Ya Rasullullah ya Habiballah, Tak pernah ku tatap wajah mu, Ya Rasullullah ya Habiballah, Kami rindu pada mu, Ya Rasullullah ya

Insaf By Rabbani

Allahu Akbar.. Allahhu Akbar, Munajat ku pada mu Tuhan, Ampuni dosa ku masa silam, Sempurnakanlah kehidupan ku, Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu, Jadikan ku hamba bertakwa, Tiang iman untuk agama, Munajatku padaMu Tuhan, Ampuni dosa sekalian insan, Sempurnakanlah hidup kami, Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu, Jadikan kami hamba bertaqwa, Tiang iman untuk agama , Laaillahaillallah , Jauhkan aku dari siksaan , Api neraka , yang panas , Membakar manusia ingkar di dunia , Muhammadurrasulullah , Terimalah ku jadi umatmu , Ku pohon syafaat darimu , Beratkan neraca pahala kunanti , Aku aniaya... , Diri sendiri selamanya , Ku tak tertanggung... , Duka dan dosa silamku

Nur Khasih

Bagaikan permata, Di celahan kaca, kerdipnya sukar tuk di bezakan, kepada-Mu Tuhan ku pasrah harapan, moga tak tersalah pilihan, Nur khasih mu Mendamai dikalbu, Jernih setulus tadahan doaku, Rahmati daku, dan permintaan ku Untuk bertemu didalam restu, Kurniakan daku seri kandi, penyejuk di mata penawar di hati, di dunia dialah penyeri di syurga menanti, dia bidadari, kekasih sejati teman yang berbudi, kasihnya bukan keterpaksaan, bukan juga kerna keduniaan, mekar hidup di siram nur khasih, Ya Allah kurniakan lah kami isteri dan zuriat yang soleh, sebagai penyejuk mata, Di tangan-Mu Tuhan, ku sandar impian, Penentu jodoh pertemuan, Seandai dirinya tercipta untuk ku, rela ku menjadi miliknya,

Suci Sekeping Hati

Sekeping hati dibawa berlari, Jauh melalui jalanan sepi, Jalan kebenaran indah terbentang, Di depan mata para perjuang, Tapi jalan kebenaran, Tak akan selamanya sunyi, Ada ujian yang datang melanda, Ada perangkap menunggu mangsa, Akan kuatkah kaki yang melangkah, Bila disapa duri yang menanti, Akan kaburkah mata yang menatap, Pada debu yang pastikan hinggap, Mengharap senang dalam berjuang, Bagai merindu rembulan di tengah siang, Jalanya tak seindah sentuhan mata, Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba, Tapi jalan kebenaran, tak akan selamanya sunyi, Ada ujian yang datang melanda, ada perangkap menunggu mangsa.

Apa dah jadi ni TV3.

Dalam semua orang berkobar-kobar menantinya 1 syawal. Timbul pula hot isu,tak tahu la kalau isu ini cuba atau segaja untuk meletuskan api kemarahan Umat islam. saya bukan lah nak mengapi-apikan isu ini, sebab kalau boleh saya sendiri tak nak benda-benda macam ni belaku. Semuanya gara-gara iklan hari raya ala santa close yang di terbitkan oleh TV3. Apa sudah jadi ni tv3? kenapa korang hasilkan iklan yang langsung tak best dan hot ini. Malaslah saya nak huraikan tentang iklan itu, sebab tegok dari pandagan petama pun dah naik pening. cuma disini saya nak persoalkan kenapa tv3 buat iklan yang sememangnya membuatkan orang islam sangat-sangat marah termasuk saya ni. tapi nasib baiklah kita orang ni orang islam, orang islam tak suka marah-marah ya tak, Sebab kemarahan hanya memudahkan syaitan meresap dalam badan. Hari raya adalah hari yang di anugerahkan oleh Allah sempena menyambut berakhirnya Ramadhan Al-mubarak. Ia tak sepatutnya di samakan dengan sambutan hari krismes atau perayaan-peray

Apa bila suka sangat dengar cakap orang.

Tentang topic dengar cakap orang ni, teringat aku pada satu kisah tentang anak dan ayah sedang menunggang unta. kisahnya lebih kurang macam ni. Pada suatu hari berjalan lah si ayah dan anaknya dengan menunggang seekor unta untuk pergi ke suatu tempat. Dalam perjalanan tu, si ayah menyuruh anaknya naik keatas unta dan si ayahnya berjalan pelahan-lahan. lalu ada seorang yang kebetulan lalu disitu, orang itu pun berkata, " apa la punya anak, biar ayah engkau berjalan dan engkau senang-senang duduk diatas unta" dengar kata-kata orang itu, si anak ini pun berfikir, betul juga kata-kata orang itu, tak patut aku membarkan ayah aku merjalan, diakan ayah ku. Lalu si anak ni pun turun dari unta dan menyuruh ayahnya pula naik unta itu. Mereka pun meneruskan perjalanan. Tak lama lepas itu datang lagi seorang pemuda, kebetulan juga mengunankan jalan yang sama. lalu pemuda ini pun berkata " Apala punya ayah, biar anak berjalan dan ayahnya senang-senang duduk di atas unta" Lalu si

Sepohon Kayu

Hidup bagaikan sebatang pohon, Lebat bunganya serta buahnya, Walaupun hidup seribu tahun, Kalau tak sembahyang apa gunanya, Kami berkerja sehari-hari, Dengan mengharap rezeki ilahi, Walaupun hidup seribu tahun, Kalau tak sembahyang apa gunanya, Kami lakukan sembahyang fardu, Tak lupa juga sembahyang sunat, Supaya Allah menjadi saying, Kami bekerja hatilah riang, Wajib sembahyang bagi muslimin, Lima waktu yang telah di tentukan, Janganlah jangan kita tinggalkan, Kerana itu perintah Tuhan, DI dalam kubur kita sendiri, Tiada lagi yang menemani, Bila tak taat pada ilahi, Neschaya siksa menimpa diri,

Tanggal 31, Bulan 8, 1957

Tanggal 31, bulan lapan 57, Merdeka, merdeka tetaplah merdeka, ia pasti menjadi sejarah, Tanggal 31, bulan lapan 57, hari yang mulia, hari yang bahagia, sambut dengan jiwa yang merdeka, mari kita seluruh warga negara, ramai-ramai menyambut hari merdeka, Merdeka, 31 bulan lapan 57, hari mulia, Negara ku merdeka, (ulang sekali lg) (>_<)v

Internet Download Manager IDM

Pasti yang dah ramai gunakannya, Rasanya tak perlulah saya terang panjang lebar IDM memang bagus untuk kaki-kaki download..Ia dapat membantu hampir 80% (lebih kurang) kelajuan data yang di download.. download IDM Selamat mencuba.. "Lahirnya sebuah kemesraan apabila terukirnya sebuah senyuman"

Deep Freeze

Kali ini saya ingin kongsikan sedikit info tentang software yang dipanggil Deep Freeze , Deep Freeze adalah software yang digunakan untuk mematikan, membeku, lock system windows. Contohnya jika anda telah install deep freeze kedalam system computer anda, secara automatiknya system windows anda sudah tak boleh di edit atau install sebarang software lain, ia seolah-olah telah di kunci, segala data yang anda simpan kedalam system computer selepas anda install deep freeze akan hilang setiap kali anda restart computer. Oleh di sebabkan itu, software ini bukanlah untuk kegunaan biasa, tetapi ia dapat membantu untuk tujuan-tujuan tertentu saja. contohnya cybercafe, pc yang digunankan oleh semua orang seperti komputer pencuci gambar dan yang sewaktu dengannya. Bagaimana Deep freeze membantu? ia akan megembalikan system windows kepada asal setiap kali komputer di restart. secara tidak langsung komputer anda susah di serang Virus. Download Deep Freeze Perhatian! Sebelum anda install software in

Anak Kecil Main Api

Anak kecil main api, Terbakar hatinya yang sepi, air mata darah bercampur keringat, bumi di pijak milik orang, nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda, akibat sengketa sesamalah kita, cita lenyap di arus zaman, indahnya bumi kita ini, warisan berkurun lamanya, hasil mengalir ketangan yang lain, pribumi merintih sendiri, masa depan sungguh kelam, kan lenyap pristiwa semalam, tertutup lah hati terkunci mati, maruah pribadi dah hilang, kini kita cuma tinggal kuasa, yang akan menentukan bangsa, bersatulah hati, bersama berbakti, pilih kembali harga diri, kita sudah tiada masa, bagun la dengan gagah perkasa, janganlah terlalai, teruskan usaha, MELAYUKAN GAGAH DI NUSANTARA

Demi Masa

Demi masa, sesunggunya manusia kerigian, Melainkan Yang beriman dan beramal soleh, Demi masa , sesungguhnya manusia kerugian, Melainkan nasihat kepada kebenaran dan kesabaran, Gunakan kesempatan yang masih diberi, moga kita takkan menyesal, masa usia kita, jangan di siakan, kerana ia takkan kembali, Ingat lima pekara, sebelum lima pekara, SIHAT SEBELUM SAKIT, MUDA SEBELUM TUA, KAYA SEBELUM MISKIN, LAPANG SEBELUM SEMPIT, HIDUP SEBELUM MATI,

Guna Handy Cafe untuk mini Cyber cafe

Handy cafe adalah software yang dapat membantu kita contol sesebuah cyber cafe....(paham? saya pun tak faham apa saya tulis ) ok.. jika anda sudah, hendak atau akan membuka sebuah mini cyber cafe dan tercari-cari software untuk membantu anda.. Handycare adalah jawapannya. Mengapa handy cafe... of couse sebab ianya free. anda hanya perlu register dan dapatkan key untuk software tersebut.. untuk mendownload Handy cafe clik disini handy cafe akan membantu anda dalam menetapkan had masa untuk sesebuah Komputer yg hendak diguna dengan kos sekali.. Pastikan komputer yang digunakan untuk sever pilih bahagian sever dan client untuk client. selamat mencuba..

Backup Dulu Driver Sebelum Format PC

Dengan cara ini, anda dapat menjimatkan masa anda utk reformat pc atau laptop anda. Ia juga dapat menghilangkan stress di dalam otak anda untuk mencari driver di internet yg membolehkan anda hilang selera makan.. : ) Lebih memeningkan lagi jika driver yg sudah anda download tersebut tidak sesuai dengan pc anda, ia akan membuatkan muka anda monyok sepanjang hari... sebagai langkahnya .. anda backup lah driver dulu sebelum format.. dapatkan software backup driver disini.. clik di sini jangan risau ia free of cas. selamat beramal...

Aku Adalah Manusia

Aku tidak sekeras batu, akan remok di hempap sesuatu... Aku tidak seperti ikan akan lemas di lantai lautan... Aku hidup seketika akan ada suka duka... Aku akan bertukar tua dan akan mati jua... Aku berada di dunia kerana kurniaan yg maha ESA... Aku di cipta bukan untuk saja-saja.... Aku bertanggungjawab sebagai khalifah sebagai hamba.... Aku Adalah Manusia.... Aku Hanyalah Insan yg bernama Manusia dan bertapa kerdilnya aku sebagai Hamba Allah. Aku tidakpun mampu menentukan jantina Aku semasa Aku hendak dilahirkan! Aku tidakpun mampu memilih warna kulit yg di idamkan Aku tidakpun mampu menentukan siapakah ibu bapa aku. Aku tidakpun mampu menentukan di manakah negara Aku akan tinggal! semuanya tidak mampu sejak azali lagi, Aku adalah insan yang serba tidak mampu. tak mampu menetapkan tarikh akhir Aku bejalan di muka bumi yang indah ciptaan Allah ini. Inilah Aku yang bernama manusia. Haruskah Aku sombung dengan-NYA? Haruskah Aku lupa akan pemberi

Buang Bayi

Buang Bayi. Kenapa? Mengapa? Siapa? Bagaimana? Di mana? Bila? Anak siapa? Tanyalah seberapa banyak soalan yg kita nak. masalah ini saya percaya akan terus belaku, malah akan bertambah lagi dari masa kesemasa. ikutkan saya pun hendak bertanya soalan-soalan dia atas, tetapi setelah di fikirkan kembali.. segalanya sudah ada jawapanya.. KENAPA? - sebabnya gejala sosial yg sebebas-bebasnya disertakan dengan nafsu liar atau pun nafsu yang sudah di pengaruhi syaitan. Mengapa? - mungkin ingin mencuba sensasi seks dan .. ya lah apa salahnya sekali je.. Siapa? - Saudara-saudara kita lah.. Bagaimana? - ya lah.. dah tak ada kawalan, atau mungkin dah tak terkawal oleh Orang-orang tua , apatah lagi orang tua-tua diparahkan lg dengan tiada penganggan Agama Islam. Di Mana? - Dalam bakul sampah, dalam longkang, dalam sungai.. ada yang boleh dikatakan baik hati sikit.. letak dekat masjit.. Bila? - tak tau la bila.. yg pasti masa org tak perasan. Anak siapa? - anak yg akan di Bin kan dengan Nama ABDULLAH

Iqrar..

Ku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah Ku bersaksikan Muhammad lah pesuruh Allah Ku berjanji Malam siangku redha untukMU Ku berjanji Hidup ini amal ibadah untukMU Ku berselawat atas-Nya Memohon sinar syafaat Tiap titis Kasih sayangnya Tiap saat ku merindu Tiap detik ku ingat Semoga diri disayangi Menikmati hebat cinta suci Ku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah Ku bersaksikan Muhammad lah pesuruh Allah Ku berjanji Malam siangku redha untukMU Ku berjanji Hidup ini amal ibadah untukMU Hadirmu bagai purnama Menerangi malam gelita Aku menumpang kehangatannya Dari kedinginan jiwa Tiap saat ku merindu Tiap detik ku ingati Semoga diri disayangi Menikmati hebat cinta suci Ku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah Ku bersaksikan Muhammad lah pesuruh Allah Ku berjanji Malam siangku redha untukMU Ku berjanji Hidup ini amal ibadah untukMU

Iman Mutiara

Iman adalah mutiara Di dalam hari manusia Yang menyakini Allah Maha Esa Maha Kuasa Tanpamu iman bagaimanalah, Merasa diri hamba padaNya, Tanpamu iman bagimanalah, Menjadi hamba Allah yang bertaqwa, Iman tak dapat diwarisi, Dari seorang ayah yang bertaqwa, Ia tak dapat dijual beli, Ia tiada di tepian pantai, Walau apapun caranya jua, Engkau mendaki gunung yang tinggi, Engkau merentas lautan api, Namun tak dapat jua dimiliki, Jika tidak kembali pada Allah,

Thank You Allah lirik

The Sky Is Clear The Air Is Clean The Land Is Green Thank You Allah Thank You Allah The Path We Walk The Lines We Talk The Things We See Thank You Allah Thank You Allah When I Sleep When I Eat When I Breath Thank You Allah Thank You Allah Say Thank You Allah Thank You Allah Every Walk The Fate We've Got The Light We Live Don't Forget To Say Thank You Allah In The Night And In The Day Every Morning After Prayer I'll Never Forget To Say Thank You There Are Times When I'm Alone Feeling Sorrow Or Not So Strong I'll Pray To You And Say Thank You Allah Thank You Allah So Friends Everytime Remember Allah The Most Merciful Say Thank You Allah Thank You Allah

Khutbah Terakhir Rasulullah s.a.w .

Pesanan Rasulullah S.A.W, kepada kita. "KUTBAH TERAKHIR" Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka b

Senyum. ( >_< )

Manis wajahmu kulihat di sana Apa rahsia yang tersirat Tapi zahirnya dapat kulihat Mesra wajahmu dengan senyuman Senyuman... senyuman Senyum tanda mesra Senyum tanda sayang Senyumlah sedekah yang paling mudah Senyum di waktu susah Tanda ketabahan Senyuman itu tanda keimanan Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah Hati yang gundah terasa senang Bila melihat senyum hatikan tenang Tapi senyumlah seikhlas hati Senyuman dari hati jatuh ke hati Senyumlah senyumlah Senyumlah seperti Rasulullah Senyumnya bersinar dengan cahaya Senyumlah kita hanya kerana Allah Itulah senyuman bersedekah Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah Itulah sedekah yang paling mudah Tiada terasa terhutang budi Ikat persahabatan antara kita Tapi senyum jangan disalah guna Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Best lirik bulan ini........

Nabi Anak Yatim Muhammad Muhammad Muhammad Mustafa, Ibunya bernama Aminah, Ayahnya bernama Abdullah, Dilahirkan di Makkah Mukarramah, Ibu susunya Halimatus Sa'adiah, Ayahnya meninggal dunia, Tika nabi di dalam kandungan, Alangkah sedih pilunya, Ibunya menjaga baginda , Muhammad Mustafa, Semasa di dalam perjalanan, Pulang dari maqam suaminya, Aminah jatuh sakit di Abwa', Kembali ke alam baqa' , Tinggallah nabi seorang diri Hilanglah insan yang dikasihi Tinggallah nabi seorang diri Mengajarnya hidup berdikari Anak yatim anak yang mulia Dilindungi Allah setiap masa Terpadam api di biara Majusi Runtuhlah istana Kisra Parsi Mekah diterangi cahya putih Tanda lahir Nabi anak yatim Anka yatim anak yang mulia Dilindungi Allah setiap masa Hidupnya yatim, yatim piatu Tiada ayah tiada ibu Namun dialah manusia agung

Sajak, melayu mudah lupa, nukilan Tun Dr Mahathir Mohammad

Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa Dulu bangsanya dipijak Melayu mudah lupa Dulu bangsanya retak Melayu mudah lupa Dulu bangsanya teriak Melayu mudah lupa Dulu bangsanya haprak Melayu mudah lupa Dulu bangsanya kelas dua Melayu mudah lupa Dulu bangsanya hina Melayu mudah lupa Dulu bangsanya sengketa Melayu mudah lupa Dulu bangsanya derita Melayu mudah lupa Dulu bangsanya kerdil Melayu mudah lupa Dulu bangsanya terpencil Melayu mudah lupa Tiada daulat Tiada maruah Tiada bebas Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa Sejarah bangsanya yang lena Tanah lahirnya yang merekah berdarah Ingatlah Ingatlah Ingatlah Wahai bangsaku Jangan mudah lupa lagi Kerana perjuanganmu belum selesai ...

Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta Yang murni abadi sejati Disini tersemai cita cita Bercambah menjadi warisan Andai ku terbuang tak diterima Andai aku disingkirkan Kemana harusku bawakan Kemana harusku semaikan cinta ini Betapa Dibumi ini ku melangkah Keutara selatan timur dan barat Ku jejaki Aku Bukanlah seorang perwira Gagah menjunjung senjata Namun hati rela berjuang Walau dengan cara sendiri Demi cinta ini Ku ingin kotakan seribu janji Sepanjang kedewasaan ini Ku ingin sampaikan pesanan Aku lah penyambung warisan

Memohon akaun google Adsense

Apa itu Google Adsense ? Kali ini saya nak kongsi sikit cara nak daftar akaun Google Adsense pada sesiapa yang belum tahu apa itu google adsense, " Google Adsense adalah program pay per clik program. yang mana kita akan dibayar setiap kali orang clik pada iklan google yang kita masukkan di laman web/blog kita" utk keterangan lajut klik disini Langkah pertama sekali kita perlu lakukan adalah memohon akaun Google adsense dari pada google. Langkah ini mudah, tetapi memerlukan sedikit masa. . sebelum kita memohon akaun google Adsense, Pastikan anda mempunyai blog ataupun website dalam bahasa english. selalunya google tak menerima web/blog dalam bahasa malaysia. Tetapi kalau permohonan kita sudah diteriman, kita bebas untuk meletakkan iklan Google adsense dalam blog bahasa melayu ataupun dalam blog berbahasa english. tetapi masalahnya yang timbul jiga blog/website kita dalam bahasa melayu, iklan google tidak dapat display dengan baik. Katogeri iklan yang akan keluar pada blog ki

Membina kekuatan diri adalah bermula dari kesusahan dan kegagalan

1. Proses membina kekuatan diri adalah bermula dari kesusahan dan kegagalan. gagal dalam pelajaran, gagal dalam peniagaan, pekerjaan tak kira dalam bentuk apa sekalipun. setiap kegagalan yang kita tempoh pastinya akan memberi kita satu pegajaran berguna utk kita jadikan ia sebagai satu guideline utk mencapai kejayaa. 2. Jika dulu kita terlalu sensitif, silap sikit nak merajuk ja, sekarang masalah sikit2 boleh diselesaikan dengan selambe je. jika dulu kita hanya mengharapkan bantuan org tapi sekarang semuanya boleh ditanggung sendiri.tu adalah tanda kita sudah memiliki kekuatan diri. 3. Satu lagi contoh putus cinta, ada yang sampai nak buduh diri.. napa jadi mcm tu.. itu salah satu tiada kekuatan diri. sikit-sikit dah lahkan. jagan la menyusahkan bomba, polis dan lain-lain. kepada sesiapa yang sedang megalami masalah. ingat ini; itu semua adalah proses mematangkan diri kita. utk menjadi insan yang hebat. Sekali lagi aku ulang membina kekuatan diri adalah bermula dari kesusahan dan keg

Kasih Sayang

Kasih sayang itu titi Kasih sayang penghubung hati Kasih sayang itu tali Kasih sayang pengikat diri Dari kasih timbul simpati Dengan sayang ada persaudaraan Kerana kasih ingin berbakti Saling sayang ma'af mema'afkan Kasih sayang itu baja Kasih sayang penyubur jiwa Kasih sayang itu penawar Penguat cinta penghapus duka Kasih manusia sering bermusim Sayang manusia tiada abadi Kasih TUHAN tiada bertepi Sayang TUHAN janji-NYA pasti Tanpa kasih sayang TUHAN Tiada simpati tiada persaudaraan Tanpa kasih sayang TUHAN Tiada bakti tiada kema'afan ( korus ) Kasih sayang pada semua Kasih sayang sesama kita Kasih sayang oooo dunia Moga selamat di Akhirat sana

Carilah Cinta

Carilah cinta yang sejati Yang ada hanyalah padaNYA Carilah cinta yang hakiki Yang hanya padaNYA Yang ESA Carilah cinta yang abadi Yang ada hanyalah padaNYA Carilah kasih yang kekal selamanya Yang ada hanyalah pada TUHANmu Di dalam mencari cinta yang sejati Banyaknya ranjau kan ditempuhi Di dalam mendapat cinta yang hakiki Banyaknya onak yang diredahi Namun janjiNYA Kepada hambaNYA Tidak pernah dimungkiri Dan tidak pernah melupakanmu Yakinlah kepada TUHANmu Kerna DIAlah cinta hakiki