15/01/2010

Emak dan Ayah

1. Ayah dan Emak adalah org yang pertama yang kita rindu semasa kita berjauhan. Terigat lagi sewaktu mula-mula aku berpisah dengan fimily, masa tu aku tingkatan 3 nak masuk tingkatan 4, Terpaksa tinggal di asrama yang jauh dari rumah. Jauhnya dari rumah aku lebih kurang 30Km atau 40 minit perjalanan kalau drive 80k/j, lebih kurang la jauhnya rumah aku dari Alor Star. Perasaan waktu tu hanya Allah saja yang tahu.

2. Sewaktu dalam perjalanan, aku rasa badan jadi panas, sejuk, suam, rasa macam nak suruh ayah aku buat pusingan U pun ada hihi. Memang kalau dikenang balik lawak gila, maklumlah waktu tu tak pernah berjauhan dengan fmily.

3. Untuk membiasakan diri aku ni untuk tinggal di asrama, aku megambil masa yang agak-agak lama jugak la, berminggu-minggu otak aku ni melayang teringatkan rumah. Aku rasa macam tak boleh hidup tanpa fimily masa tu, nak kata aku anak manja tak juga. Terigat lagi semasa ayah aku datang kali petama untuk menjegok anak dia ni, perhh rasa sayu gila hihi. Aku rasa ada di kalangan korang pun pernah mengalaminya. itu lah power Aura kasih sayang mak ayah kita kepada kita.


3. Mungkin jasa diorang tak dapat kita kita balas kalau kita hitungkan dengan apa yang mereka dah beri selama kita hidup ni. Setiap peringkat hidup kita merekalah yang mendidik. dari bayi, baby, kanak-kanak, remaja, dewasa. malangnya sekarang ada anak-anak yang menderhaka. salah siapakan itu. saya tak nak komen pasal tu.
yang penting sekarang kepada ibu bapa didiklah anak dengan peduh didikan agama. pasti selamat dunia akhirat. insyaallah.

4. Walau apapun pasti ada dikalangan pembaca, kawan-kawan kita yang tak sempat bersama-sama ibu bapa semasa hayat ini. yang pasti anda boleh berbakti kepada ibu bapa dengan menghadiahkan doa dan berbuat baik. pasti kita akan menjadi anak yang soleh.

5. Baru-baru ini, aku tersentuh semasa aku menghatar adik aku mendaftar diri di salah sebuah ipt. Aku lihat ramai ibu bapa yang begitu bersemagat dan menaruh harapan yang tinggi bersama anak-anak mereka. ramai yang datang dari seluruh pelusuk negara. Aku tak dapat merasai perasaan mereka sebab belum menjadi ayah. tetapi dapat mejuga merasa perasaan ayah dan mak aku sendiri.

6. Aku harap kepada semua remaja, anak-anak tak kira dimana kita berada, bahagiakan la ibu bapa kita selama hayat mereka. dekatkan diri pada Allah. Allah akan pelihara kita. insyaallah.


No comments: