28/01/2010

Persoalan tentang kehidupan

1. Di dalam hati setiap orang diantara kita, pastinya tersirat beribu rahsia, persoalan tentang kehidupan kita yang dah lepas, sedang dan akan ditempuhi. banyak yang sibuk memikirkan masa depan, ada yang tak habis-habis megenangkan masa yang sudah lepas dan tidak kurang juga yang sedang memikirkan apa yang hendak di lakukan sekarang. malah pemikiran setiap diantara kita juga berbeza-beza disebabkan perbezaan usia.
kanak-kanak memikirkan apa yang nak main hari ni, remaja dengan dunianya dalam mencari-cari identiti diri, dewasa dengan dunia mencari nafkah hidup, orang tua mungkin asik memikirkan cucu-cucu.

2. Dalam setuasi di atas, kita dapat lihat sekarang banyak pendapat diantara lapisan masyarakat kita sekarang, banyak yang tidak sependapat dlm
persoalan tentang kehidupan. dan kesannya yang remaja sudah tiada rasa hormat pada yang tua dan yang tua sudah hilang rasa kasih pada yang muda. keadaan ini secara langsung telah membuatkan perpaduan kita menjadi lemah.
cerdik pandai megatakan, jika hendak melihat generasi akan datang, hilatlah generasi sekarang.

Sekarang, gejala sosial boleh dilihat merata-rata dan di mana saja, dan dengan selambanya. seolah-olah tiada apa yang menghalang ianya berlaku. Buang anak yang baru lahir, buang ayah, tinggal mak di rumah orang tua-tua. salah siapakah ini?

saya percaya, masalah ini hanya boleh diselesaikan dirumah, sebab hanya dirumah ada orang yg diamanahkan oleh Allah utk mendidik dengan ajaran agama islam.

Tepuk dada tanya hati, fikir dengan akal.

No comments: