13/02/2010

Untukmu Malaysia Tercinta.

Negara malaysia, di sinilah tempat kita lahir dan di besarkan, tempat tumpah darah. di tanah ini jugalah mungkin tempat kita dikebumikan.. kita perlu mempertahankan negara dan agama kita dengan apa cara sekalipun dan dari berbagai bentuk ancaman. tak kiralah siapa kita, kerjaya kita, saiz fizikal. Agama dan negara, wajip kita pertahankan.
sememangnya, bercakap adalah terlalu mudah utk dilafaskan, dlm melaksanakannya mungkin tak semudah itu, tetapi tidak bermakna susah untuk kita memikul tanggungjawab ini.

Perpaduan adalah teras kepada kekuatan. Dalam hal ini, ia melibatkan seluruh rakyat malaysia dan semua lapisan masyarakat untuk saling megeratkan perpaduan di antara kita. Hanya dengan perpaduan saja yang dapat membantu kita melaksanakan segalanya untuk negara yang kita cinta ini dengan berkesan.

Sekarang, mungkin ramai di antara kita pasti bersedih dengan masalah masyarakat di negara tercinta kita ini yang kian menjadi-jadi. Tak habis-habis masalah timbul, dadah, pergaulan bebas, pelacuran, bunuh, curi dan bermacam-macam lagi yg kita dengar. ini menunjukkan betapa parahnya penyakit masyarakat kita sekarang. Saya pasti, dengan menyimpan perasaan kecewa, sedih, tanpa melakukan sesuatu, rasanya ia tak akan merubah apa-apa kecuali masa semakin senja.

Untuk merawat penyakit masyarakat sekarang, kita perlu kembali kepada asas, iaitu Islam. Sebenarnya kita bertuah disebabkan kita dilahirkan dlm agama yg pernuh kesempurnaan ini. kalau di ikut logik akal kita, apa yg terkandung di dalam islam. kita sudah pun menjadi satu bangsa yang kuat dan negara yang disegani. tetapi megapa ianya tidak belaku? saya percaya, ia di sebab kan masalah hubunggan kita dengan pencipta kita.. Bak kata dr Fadhilah Kamsah, " jangan cakap tentang hubunggan, perpaduan andara manusia jika hubunggan kita dengan Allah S.W.T tiada" ada benarnya kata-kata itu.

Saya juga percaya, kita basih belum terlambat dalam memperbaiki penyakit masyarakat kita yg ada sekarang sebelum ianya menjadi parah dan tak dapat di bentuk lagi.
saya rasa, cara yg paling berkesah dalam memulakan usaha kita utk menjadi sebuah agama,bangsa, dan negara yg kuat dari segi rohani dan jasmani nya, kita perlu bermula dari kiraan kosong.. tiada gunanya juga kalau negara kita maju tetapi penghuni nya boleh dikatakan hancur lebur dibakar kelalaian hidup di dunia ini.

bermula dari kosong, bermaksud bermula dari diri kita sendiri, diri saya sendiri dan diri anda sendiri. bukan bermula dari org lain. sebabnya, Allah takkan merubah seseorg itu melainkan dia merubah dirinya saja. kita hanya perlu melihat diri kita sekarang, adakah kita bersedia utk berubah ke arah yg lebih baik. dlm erti kata lain, kita tidaklah perlu terlalu mengkritik org lain ataupun sibuk berpolitik utk merubah masyarakat, saya beranggapan org lain tidak akan dapat merubah diri kita melainkan diri kita sendiri begitulah sebaliknya. jika kita mahukan negara kita aman, kita perlu terlebih dahulu mengaman kan diri kita. jika kita hendak negara kita bersatu padu, kita terlebih dahulu melakukannya pada diri kita. Kita perlu telebih dahulu mengenali diri kita sebelum kita dapat megendali diri kita, setelah kita berjaya megendali diri kita dengan baik, secara tidak langsung kita dapat megendali keluarga kita dengan baik. dengan tertubuhnya keluarga-keluargan yg harmoni sudah pastilah masyarakat menjadi harmoni, perpaduan menjadi utuh, dan apabila masyarakat menjadi kuat, negara kita akan hebat, agama ISLAM menjadi kuat dan tidak mudah di tindas seperti sekarang. Jadikan kesucian ISLAM sebagai guideline utk kehidupan kita..

artikel ini ditujukan kepada diri saya sendiri dan seluruh rakyat Malaysia.










No comments: