22/03/2010

25 Tahun aku di bumi Allah S.W.T.

25 Tahun aku di bumi Allah S.W.T. Mungkin ini sudah suku dari hidup ku, mungkin juga ini separuh dari hidup aku, atau berkemungkinan juga ini sudah 3/4 dari hidup aku. siapa tahu.. selama ini jugalah aku telah menempuh berbagai pergalaman hidup, suka duka yg tak dapat aku lupakan. aku rasa kehidupan aku bertuah sekali sebabnya, aku dilahirkan bersama keluarga yang penuh kasih sayang, penuh riang ria. Namun terdetik sejenak hati aku memikirkan orang-orang yang tidak begitu bernasib baik, seperti anak-anak palastine, kanak-kanak bosnia yg menderita dibumi sendiri, yang hanya mendegar dentuman bom dan penuh ketakutan. apakah mereka semua akan menemui kebahagiaan dan keamanan hidup di petegahan atau penghujung hidup mereka? bersamalah kita doakan untuk saudara kita disana.

Dalam usia ini, aku juga sudah dapat melihat merasa dan turut serta bersaing dan berlumba2 sesama insan lain dalam mencari nafkah hidup, keperluan hidup dan bermacam-macam lagi yang berkaitan kehidupan dunia yang sementara ini. Ada yang sibuk dengan urusan kerja, ada yang sibuk berpolitik dan tidak ketinggalan juga dengan urusan perniagaan bisnesman yang berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik.. ini menambah lagi warna-warni kehidupan ini.

Pada pandagan saya berlandaskan pengalaman yg setahun jagung ini. kita perlu sedar, kita semua tidak akan menongkat langit atau terus hidup selamanya diatas dunia ini. Jadi tidak perlulah terlalu berlebih-lebih dalam megejar kehidupan dunia dan kepentingan diri sehingga kita terlupa akan alam yang bakal kita tuju iaitu akhirat. kalau diantara kita sibuk berpolitik, perlulah kita fikirkan perjuang kita itu adalah utk masa depan agama,bangsa dan negara kita. buang terus kepentingan diri sendiri dalam berpolitik.. kerana anda adalah harapan semua rakyat. Dan sudah pasti kita tidak terlepas dari soalan-soalan di akhirat kelak. saya katakan ini disebabkan keadaan politik negara sekarang seolah2 tak tahu apa yg dikejar, mungkin ini pandagan peribadi saya. ingat lah.. yg dikejar adalah "ISLAM".

pengalaman setahun jagung aku ini juga telah megajar apakah erti cinta, aku telah menyedari betapa cintanya Rasul kita kepada kita, betapa cintanya ibu bapa kita kepada kita, betapa kita mencintai kehidupan ini.. dan tidak terlepas juga aku pernah mencintai seseorang sesama insan. Dan yang pastinya, jika kita tidak sertakan islam dalam hubunggan cinta sesama insan, ia akan merosakkan hati kita. Sekarang aku tahu, tiada cinta yang lebih agung selain daripada mencintai Allah s,w,t kerana itu lah cinta yg kekal selamanya. Apa yg saya belajar dari cinta utk dikongsi bersama adalah, cinta la orang2 yang kita sayang hanyalah kerana Allah S,W,T.

Assalammualaikum
tersalah bicara seribu kemaafan dipohon..

C U NEXT POST : )



No comments: