11/07/2010

Spain VS Holland WORLD CAP final..

Bg kaki-kaki bola... ini lah perlawanan yang ditunggu-tunggukan setelah 4 tahun memanti... bagi kaki-kaki judi no komen... Piala dunia 2010 Afrika selatan telahpun sampai ke kemuncaknya. sebagai penutupnya.. kita akan disajikan dengan perlawanan klasik antara Spain menentang Holland yg mana kedua-dua negara ni akan berentap sesama sendiri untuk menjulang piala dunia Pertama. Untuk record, kedua-dua negara ini belum pernah merangkul piala yg paling yang paling berprestij di muka bumi ini.

Walaupun sedua-dua negara kuasa besar bola sepak ini tidak pernah merangkul juara dunia.. tetapi Holland dilihat memiliki sejarah yang lebih menarik dalam kejohanan ini, di mana mereka telah sampai di pentas final sebnyak dua kali, namun kedua-duanya berakhir dengan kegagalan. kali ini mereka turun buat kali ke-3 di pentas akhir dengan harapan menamatkan penantian untuk menjulang piala dunia.Bagi Spain pula, walaupun sejarahnya kurang hebat berbanding lawan mereka itu, namun mereka telah membuktikan sejarah adalah sejarah yg tak perlu di bandingkan dengan skuad yg meraka miliki sekarang. ramai meganggap Spain adalah satu pasukan yang mantap dari segenap sudut padang, dengan adanya pemain seperti Iniesta, xabi sudah cukup untuk mengerunkan lawan. total foodball yg di amalkan dalam corak spain sama seperti Barcelona yang pastinya akan membuatkan lawan berhati-hati sepanjang masa.

Dalam perlawanan ini saya memilih Spain sebagai juara dunia edisi kali ini.. dan saya menjangakan satu perlawanan senget akan berlangsung kali ini..


No comments: