27/08/2010

Sekarang Melayu Tersepit dan Terkepit.

Perpecahan demi perpecahan, perselisihan pendapat kian menjadi-jadi sekarang, Benda yang kecil di bersarkan, hanya nak tunjuk siapa lagi tera(Hebat). Yang tahu buat-buat tak tahu, yang tak tahu lagi lah tak tahu. Yang sedihnya semuanya terjadi pada bangsa kita sendiri, bangsa melayu. mengapa? mengapa kita perlu berpecah, mengapa kita perlu berselisihan? perlukan kita berlawan.
siapa yang menang? kita berlawan tetapi kita takkan menang, yang pastinya, islam akan tewas dengan sendirinya tanpa perlu ditentang. Secara peribadi, saya lebih sayangkan islam dari Melayu, tetapi saya juga sayangkan bangsa saya sendiri. Kita ada Islam dan Islam tak ajar kita berpecah dan islam ajar kita berdakwah dan bersatu padu. itu yang kita semua belajar sejak dari sekolah rendah lagi.

Saya dapat rasakan keadaan politik di Negara kita sekarang seolah-olah telah menghimpit orang-orang melayu sendiri. Disebabkan perpecahan antara kita, mudah bangsa lain untuk bangun dan megatakan tidak kepada kita dengan lantangnya.

26/08/2010

Sepohon Kayu



Hidup bagaikan sebatang pohon,
Lebat bunganya serta buahnya,
Walaupun hidup seribu tahun,
Kalau tak sembahyang apa gunanya,

Kami berkerja sehari-hari,
Dengan mengharap rezeki ilahi,
Walaupun hidup seribu tahun,
Kalau tak sembahyang apa gunanya,

Kami lakukan sembahyang fardu,
Tak lupa juga sembahyang sunat,
Supaya Allah menjadi saying,
Kami bekerja hatilah riang,

Wajib sembahyang bagi muslimin,
Lima waktu yang telah di tentukan,
Janganlah jangan kita tinggalkan,
Kerana itu perintah Tuhan,

DI dalam kubur kita sendiri,
Tiada lagi yang menemani,
Bila tak taat pada ilahi,
Neschaya siksa menimpa diri,

23/08/2010

Apa Khabar Pakistan

Baru-baru ini, pakistan telah di landa banjir terbesar dalam sejarah Negara itu, iaitu pada awal Ramadhan Al-Mubarak. Berjuta-juta saudara-saudara kita terpaksa bertarung nyawa dan begelut dalam banjir yang yang telah menengelamkan Pakistan. Apa yang pasti, Ramadhan yang datang kali ini di sambut dengan penuh kehibaan oleh saudara seagama kita disana. Hampir1,400 orang yang telah tewas dah kembali ke rahmatullah. Berjuta-juta orang hanya tinggal sehelai sepingang, tiada makanan untuk di jamah, tiada selimut untuk mereka tidur. Apa yang lebih memeritkan lagi, pegurusan penghantaran bantuan bencana terlalu lambat untuk sampai kepada magsa-mangsa ini.


Di beritakan presidentnya Asif Ali Zardari telah terbang ke luar semasa banjir sedang mengganas yang kononya untuk mencari bantuan. satu tindakkan yang sangat memalukan yang telah dilakukan dan telah membuatkan berjuta-juta penduduk Pakistan berang denganya. Mana taknya, di kala itulah penduduk memerlukan seorang yang boleh membantu mereka lebih-lebih lagi dia adalah Ketua negara.

Tetapi yang terjadi lain pula ceritanya.
Kumpulan-kumpulan perjuang yang dikatakan penganas dan sudah di cop oleh USA sebagai kumpulan pengganas, mereka-mereka ini lah yang turun menghulurkan bantuan dan pertolonggan kepada mangsa-mangsa ini. bersamalah kita doakan untuk mereka-mereka yang telah di timpa musibah.


21/08/2010

Tanggal 31, Bulan 8, 1957

Tanggal 31,

bulan lapan 57,

Merdeka, merdeka tetaplah merdeka,

ia pasti menjadi sejarah,

Tanggal 31,

bulan lapan 57,

hari yang mulia,

hari yang bahagia,

sambut dengan jiwa yang merdeka,

mari kita seluruh warga negara,

ramai-ramai menyambut hari merdeka,

Merdeka,

31 bulan lapan 57,

hari mulia,

Negara ku merdeka,

(ulang sekali lg) (>_<)v







Pernah, Sekarang, Akan

Pernah...
pernah aku mencuba,
pernah aku merasa,
pernah aku tertawa,
pernah aku berduka,
pernah aku berlari,
pernah aku berjalan,
pernah aku bertatih,
pernah aku terluka berdarah,
pernah aku dicucuk sembilu bisa,
pernah aku kabur penglihatan,

Sekarang...
sekarang aku disini,
sekarang aku berisi,
sekarang aku telah melalui,
sekarang aku di pertegahan perjalanan,
sekarang aku di medan perjuanggan,
sekarang aku tahu arah jalan,
sekarang aku tahu kemana arah ku,


Akan...
akan aku buktikan,
akan aku tempuh berseorangan,
akan aku maju kehadapan,
akan ku kesat peluh di dahi,
akan aku terus berangkak,
akan aku terus bertatih,
akan aku terus berjalan,
akan aku terus berlari,

20/08/2010

My Fantastic player Zizou


NO7 Manchester United Lagen


The lagen... Manchester United no-7

World Cap 2010 Africa Selatan dalam kenangan..


World Cap 2010 Africa Selatan dalam kenangan..

Layan...

Usain Bolt World Record 100m Berlin


Record dunia dalam 100 meter kini di pegang oleh pelari sensasi Jemaica Usain Bolt yang dilakukanya di Berlin pada 2009 dengan catatan 9.58 saat, 0.11saat lebih pantans dari record dunia yang ciptanya pada sukan Olympics Baijing.

Usain telah menewaskan musuh no 1 nya Tyson Gay pelari USA yang mencatakan masa 9.71saat dan ketiga rakan senegara Bolt sendiri Asaffa Powell dengan catatan 9.84 saat.

Kini Usain Bolt adalah pemegang Record dunia untuk 100meter (9.58saat) dan 200meter yang di pecahkannya di Olympic Baijing dengan catatan(19.19saat).

17/08/2010

Internet Download Manager IDM


Pasti yang dah ramai gunakannya, Rasanya tak perlulah saya terang panjang lebar IDM memang bagus untuk kaki-kaki download..Ia dapat membantu hampir 80% (lebih kurang) kelajuan data yang di download..
download IDM

Selamat mencuba..


"Lahirnya sebuah kemesraan apabila terukirnya sebuah senyuman"

16/08/2010

Deep Freeze


Kali ini saya ingin kongsikan sedikit info tentang software yang dipanggil Deep Freeze,
Deep Freeze adalah software yang digunakan untuk mematikan, membeku, lock system windows.
Contohnya jika anda telah install deep freeze kedalam system computer anda, secara automatiknya system windows anda sudah tak boleh di edit atau install sebarang software lain, ia seolah-olah telah di kunci, segala data yang anda simpan kedalam system computer selepas anda install deep freeze akan hilang setiap kali anda restart computer.

Oleh di sebabkan itu, software ini bukanlah untuk kegunaan biasa, tetapi ia dapat membantu untuk tujuan-tujuan tertentu saja. contohnya cybercafe, pc yang digunankan oleh semua orang seperti komputer pencuci gambar dan yang sewaktu dengannya.

Bagaimana Deep freeze membantu?
ia akan megembalikan system windows kepada asal setiap kali komputer di restart.
secara tidak langsung komputer anda susah di serang Virus.

Download Deep Freeze

Perhatian!
Sebelum anda install software ini, pastikan computer anda sudah lengkap dengan aplication-aplication yang anda perlu seperti microsoft office, printer dan lain-lain dan pastikan semuanya berjalan dengan baik. Sebabnya, selepas anda install deep freeze, system windows anda sudah tidak dapat di edit. setiap kali anda restart computer, ia akan kembali ke asal.

http://rapidshare.com/files/293940274/deepfreeze.rar

"senyum-senyum selalu"

10/08/2010

Fadilat Ramadhan

Ramadhan adalah bulan untuk semua muslimin dan muslimat.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,

"Apabila tiba bulan Ramadhan, maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan. "

Sabda baginda dalam hadis yang lain, yang bermaksud
"Jika umat manusia itu mengetahui akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadhan."

1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.

2. Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu.

3. Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebaan dari siksa api neraka.

4. Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawih, witir dan solat-solat sunat yang lain.

5. Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.

6. Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.

7. Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.

8. Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.






08/08/2010

Anak Kecil Main Api


Anak kecil main api,

Terbakar hatinya yang sepi,

air mata darah bercampur keringat,

bumi di pijak milik orang,

nenek moyang kaya raya,

tergadai seluruh harta benda,

akibat sengketa sesamalah kita,

cita lenyap di arus zaman,

indahnya bumi kita ini,

warisan berkurun lamanya,

hasil mengalir ketangan yang lain,

pribumi merintih sendiri,

masa depan sungguh kelam,

kan lenyap pristiwa semalam,

tertutup lah hati terkunci mati,

maruah pribadi dah hilang,

kini kita cuma tinggal kuasa,

yang akan menentukan bangsa,

bersatulah hati, bersama berbakti,

pilih kembali harga diri,

kita sudah tiada masa,

bagun la dengan gagah perkasa,

janganlah terlalai, teruskan usaha,

MELAYUKAN GAGAH DI NUSANTARA

Demi Masa


Demi masa, sesunggunya manusia kerigian,

Melainkan Yang beriman dan beramal soleh,

Demi masa , sesungguhnya manusia kerugian,

Melainkan nasihat kepada kebenaran dan kesabaran,

Gunakan kesempatan yang masih diberi,

moga kita takkan menyesal,

masa usia kita, jangan di siakan,

kerana ia takkan kembali,

Ingat lima pekara, sebelum lima pekara,

SIHAT SEBELUM SAKIT,

MUDA SEBELUM TUA,

KAYA SEBELUM MISKIN,

LAPANG SEBELUM SEMPIT,

HIDUP SEBELUM MATI,

05/08/2010

Guna Handy Cafe untuk mini Cyber cafe


Handy cafe adalah software yang dapat membantu kita contol sesebuah cyber cafe....(paham? saya pun tak faham apa saya tulis )

ok.. jika anda sudah, hendak atau akan membuka sebuah mini cyber cafe dan tercari-cari software untuk membantu anda.. Handycare adalah jawapannya.

Mengapa handy cafe... of couse sebab ianya free. anda hanya perlu register dan dapatkan key untuk software tersebut.. untuk mendownload Handy cafe clik disini
handy cafe akan membantu anda dalam menetapkan had masa untuk sesebuah Komputer yg hendak diguna dengan kos sekali..
Pastikan komputer yang digunakan untuk sever pilih bahagian sever dan client untuk client.

selamat mencuba..

03/08/2010

Harapan Ramadhan


Apa harapan Ramadhan anda tahun ini? macam-macamlah kan. Bersamalah kita berdoa agar bulan Ramadhan yang bakal menjelma kali ini penuh dengan rahmat dan pertunjuk untuk kita, supaya dapat kita bersama-sama memperbaiki diri.