23/08/2010

Apa Khabar Pakistan

Baru-baru ini, pakistan telah di landa banjir terbesar dalam sejarah Negara itu, iaitu pada awal Ramadhan Al-Mubarak. Berjuta-juta saudara-saudara kita terpaksa bertarung nyawa dan begelut dalam banjir yang yang telah menengelamkan Pakistan. Apa yang pasti, Ramadhan yang datang kali ini di sambut dengan penuh kehibaan oleh saudara seagama kita disana. Hampir1,400 orang yang telah tewas dah kembali ke rahmatullah. Berjuta-juta orang hanya tinggal sehelai sepingang, tiada makanan untuk di jamah, tiada selimut untuk mereka tidur. Apa yang lebih memeritkan lagi, pegurusan penghantaran bantuan bencana terlalu lambat untuk sampai kepada magsa-mangsa ini.


Di beritakan presidentnya Asif Ali Zardari telah terbang ke luar semasa banjir sedang mengganas yang kononya untuk mencari bantuan. satu tindakkan yang sangat memalukan yang telah dilakukan dan telah membuatkan berjuta-juta penduduk Pakistan berang denganya. Mana taknya, di kala itulah penduduk memerlukan seorang yang boleh membantu mereka lebih-lebih lagi dia adalah Ketua negara.

Tetapi yang terjadi lain pula ceritanya.
Kumpulan-kumpulan perjuang yang dikatakan penganas dan sudah di cop oleh USA sebagai kumpulan pengganas, mereka-mereka ini lah yang turun menghulurkan bantuan dan pertolonggan kepada mangsa-mangsa ini. bersamalah kita doakan untuk mereka-mereka yang telah di timpa musibah.


No comments: