10/08/2010

Fadilat Ramadhan

Ramadhan adalah bulan untuk semua muslimin dan muslimat.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,

"Apabila tiba bulan Ramadhan, maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan. "

Sabda baginda dalam hadis yang lain, yang bermaksud
"Jika umat manusia itu mengetahui akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadhan."

1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.

2. Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu.

3. Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebaan dari siksa api neraka.

4. Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawih, witir dan solat-solat sunat yang lain.

5. Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.

6. Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.

7. Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.

8. Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.






No comments: