01/09/2010

Balik Kampung

Tak lama lagi, lebuh raya Utara selatan, Timur Barat akan di banjiri oleh rakyat-rakyat jelata untuk pulang kekampung masing-masing. Ini lah saat yang paling hebat yang di tunggu-tunggu oleh semua orang, saya pasti. Dalam keterujaan dan dengan hati berkobar-kobar untuk balik ke kampung halaman itu, jangan la kita abaikan tentang keselamatan diri dan keluarga terutamanya semasa memandu. berhati-hati dan ingat orang di kampung sedang menunggu anda dengan penuh harapan dan rasa gembira seperti anda juga. Jagan drive laju-laju dan patuhilah undang-undang jalan raya. ingat lah orang yang tersayang. Kepada yang dah lama tak pulang ke kampung beraya bersama mak ayah, pulang lah. kepulangan anda pasti membahagiakan mak ayah anda.

Selamat pulang ke kampung saya ucapkan dan berhati-hati selalu. untuk org anda sayang dan menyayagi anda.

JOM layan lagu balik kampung...


Perjalanan jauh tak kurasa,

kerna hati ku melonjak sana,

ingin berjumpa sanak saudara,

yang selalu bermain dimata,

nun menghijau gunung ladang dan rimba,

langit yang tinggi bertambah birunya,

deru angin turut sama berlagu,

semua bagaikan turut gembira,

balik kampung...

ho ho ho balik kampung..

ho ho ho balik kampung..

hati gira,

ho ho ho balik kampung..

ho ho ho balik kampung..

hati gira,

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang,

satu-satu tersemat di kalbu,

menyambut ke pulangan ku nanti,

(ulang)







No comments: