23/09/2010

Entah Lah Labu

Kadang-kadang, kalau sesuatu benda yang kita kejar dah dapat, dah ada pun dalam gengaman, tapi masih dirasakan tidak cukup. Masih inginkan yang lebih atas dan yang lebih baik untuk dicapai. Tak di nafikan semua orang nak kan yang terbaik dalam hidup, termasuklah aku sendiri. Entah lah labu....

Aku rasa manusia ni tak kan pernah cukup dengan apa yang ada. buktinya? banyak buktinya, contoh yang jelah kes yang hangat sekarang, pembunuhan kejam sosilawati oleh geng datuk peguam tu. semunya hanya kerana wang, duit, money. Aku ada terbaca juga hal peguam tu, di beritakan aset yang telah dibekukan untuk siasatan berjumlah RM250 Juta wa cakap lu.. tu pun masih tak cukup.. tak tau lah betul ke tak, masih dalam siasatan, tapi rasanya betula , Entah lah labu....

Kalau aku lah ada duit sebanyak tu, fuhhh... dah telibih cukup satu melaya boleh buat kenduri makan tak habis. tapi bagi orang-orang ni tak cukup lagi pada mereka.. nak dapat 1 sejuta pun macam anggan-anggan nak kawin dengan puteri gunung ledang. Entah lah labu....

Bukan tu saja, boleh dikata hari-hari ada saja kes bunuh, tipu, dah macam-macam lagi sampai boleh jadi gila aku dibuatnya. yang pasti semuanya benda ni terjadi di sebabkan rasa tidak berasa cukup dengan apa yang dah ada. duit, perempuan, dadah.. entah lah labu....

Mungkin jugak populasi manusia terlalu ramai menyebabkan kita saling menyainggi antara satu dengan yang lain, macam pokok-pokok di hutan. disebabkan pokok-pokok itu tiada perasaan seperti kita, maka tiadalah kes-kes macam manusia bersaing di muka bumi ni. dalam setuasi sekarang kemanakan yang patut kita rujuk? tempat kita merentih dan megadu? untuk kembalikan kesejahteraan dunia, untuk mehapuskan tindas menindas, zalim menzalimi... entah lah labu...tidak, bukan entahlah labu lagi.. terang lagi bersuluh, Sudah tentulah kepada Allah s,w,t, AL-Quran dan Al-sunnah.





No comments: