04/10/2010

Kenapa perlu guna title ustaz, ustazah.

Agak lama juga aku berfikir tentang benda ni, Kenapa media massa dan yang sewaktu dengannya suka sangat mengunakan title atau gelaran yang boleh di anggap baik dan di hormati oleh orang-orang islam, semata-mata hanya untuk menghotkan berita sensasi mereka. Adakah ini patut dan elok dibaca ditonton oleh semua orang yang terdiri dari berbagai dari lapisan masyarakat dan bangsa.. contoh berita ini..
"
Ustaz kena cekup khalwat
Oleh Zuliaty Zulkiffli
bhnews@bharian.com.my
2010/07/21


Gigitan cinta ustazah khalwat
Hmetro
2010/03/12


Bagi aku, tak perlulah kita nak mengsensasikan cerita yang kita dah tau sensasi ni. Tak perlulah kita nak guna title Ustaz atau pun Uztazah. Ia buka memalukan orang-orang yang berkenaan, tapi juga memalukan aku ni, orang lain tak taulah. Aku bukanlah ustaz. tapi tah la, aku rasa tak berapa puas hati kalau ada cerita yang mengunakan title yang baik-baik ini.
Banyak lagi tajuk yang boleh digunakan untuk menghangatkan cerita tu. Kita boleh guna tajuk-tajuk macam ni... "beruk jantan kena cekup" "lelaki mangkuk kena tangkap" atau sebagainya. rasanya tak perlu kot menyebut perkataan Uztaz. Bagi aku title Uztaz pada lelaki tu dah lucut automatik atau pun tak pernah wujud pada dia sebab mungkin hatinya tak pernah takut pada Allah s.w.t. Gelaran Uztaz itu sendiri melambangkan seseorang yang baik, alim mungkin. kalau seorang itu dan tak ada ciri-ciri tu rasanya tak perlulah di sebut ustaz kepadanya walau pun dia megajar matapelajaran pendidikan islam di sekolah ataupun madrasah..

Cuba kita bayangkan kalau non muslim baca surat khabar, apa mereka kata.. mungkin mereka ketawa haha.. ustaz pun kena tangkap.. apa lah islam ni. contohla, so disini apa kita nak jawab, dalam gambaran mereka ustaz ni adalah org kuat agama. Ini juga memberi kesukaran kepada pendakwah-pendawah menjalankan tugas dakwah kepada non muslim.

Itu tak pa lah non muslim, yang sedihnya yang muslim-muslim ni pun tumpang gelak kalau ada berita-berita yang macam ni, dialog yang mungkin mereka keluarkan contohnya "korang ingat semua ustazah, ustaz tu semua baik ka? hahah... dan korang ingat kami yang freehair dan pakai sendat-sendat ni jahat ke? ha tu la korg... " dengan rasa megahnya...

sama-samalah kita fikir...
see u nest post >_<

2 comments:

Peminat Katie Holmes said...

betul. tak perlu kot nak highlight benda-benda macam tu. imej buruk.

Anonymous said...

stuju2