22/11/2010

Kehidupan Satu Perjalanan.

Setiap insan akan merasai perjalanan yang sesaat ini untuk menuju kehidupan yang kekal abadi kelak. Berapa banyak ranjau yang kita tempuhi didunia ini tidak akan dihitung sama sekali. Yang akan dihitung hanyalah amalan kita dan bagai mana cara kita melepasi halangan dan dugaan hidup ataupun ujian Allah di atas dunia ini.

Kehidupan adalah satu perjalanan yang indah yang tidak ternilai. tidak terhitung nikmat yang Allah telah kurniakan pada hambanya. Tapi sayangnya kita semua seringkali terlupa akan nikmat kurnian Allah itu, kita menjadi ego, riak, takbur, angkuh kepada pencipta kita. sehinggalah kurniaan itu pergi barulah kita menagis meratapi pemergian Nikmat kurniaan Allah s.w.t. itu. dan yang paling sedih lagi, kita seringkali terlupa kali kedua apabila nikmat itu kembali kepada kita.


20/11/2010

Cari Kawan

Berkawan adalah pekara yang penting dalam kehidupan seseorang yang normal . Orang-orang tua selalu berpesan pada anak-anak meraka apa bila anak mereka dah mula nak berjauhan atau berdikari. Rasanya, kalau tak salah mak aku pun pernah pesan masa aku nak tinggal di asrama dulu, " duduk elok-elok, pilih kawan-kawan yang baik". Kawan memang memainkan peranan yang penting dalam menentu corak kehidupan seseorang individu. Berkawan dengn orang baik akan membentuk peribadi diri kearah kebaikan. Berkawan dengan orang yang tak berapa baik akan mempegaruhi kita jadi sepertinya.

Bagi pandanagan aku, kawan ni mempunyai sifat dan perangai yang berbeza-beza, tak seorang pun sama. Selalunya, bila kita dah mendekatinya baru kita tahu sifat seseorang itu macam mana. Selalunya lah kan, keiklasan dan nilai-nilai murni dalam berkawan ni lebih penting dari benda-benda yang lain. Keiklasan ni tak boleh kita belakon, dia akan di terjemahkan oleh perbutan dan rasa senang bila berurusan secara automatik.

Ada orang berkawan sebab si x ni kaya, ada yang berkawan sebab si z ni lawa, hansem dan macam-macam lagilah. Bagi aku, persahabtan adalah jalinan antara hati dan perasaan, dan bukannya jalinan antara faktor-faktor fizikel atau sebab-sebad diatas..

sebagai contoh..
Kamal (bukan nama sebenar) nak cari kawan baru. Dalam setuasi itu ada dua orang kawan baru bernama (Daniel) dan (Razak). Kedua-dua kawan baru kamal ni iaitu Dabiel dan Razak mempunyai dua watak dan sifat yang berbeza. Sifat Daniel nak gambarkan macam ni, seorang yang hansem, agak berada, panas baran, tak pandai simpan rahsia, pentingkan diri, kurang berdisiplin. Razak pula sifatnya, Tak la hansem sangat, orang biasa-biasa ja, suka tolong menolong, penyabar pendik kata bertentanganlah dengan Daniel.

Mungkin pada permulaan persahabatan mereka, Kamal lebih rapat dengan Daniel disebabkan kamal yang nampak sempurna pada mata Kamal, dan Razak pada pandangan Kamal hanya kawan biasa-biasa dan tidak begitu rapat disebabkan Razak tak sehebat Daniel. Tetapi lama-kelamaan apabila sifat-sifat peribadi yang lahirnya dari hati tadi terdedah. Kamal akan lebih rapat dan lebih senang berkawan dengan Razak dan akan menjauhi si Daniel tadi. Tu lah kuasa jalinan hati yang cuba aku nak sampaikan.

Apapun aku nak berpesan pada korang dan pada diri aku sendiri. Buat lah sesuatu pekara itu kerana Allah s.w.t dan jadilah seorang kawan yang baik . peace...

Berkawan biar beribu, bercinta biar satu....... ehhhh (out off topic )

Di Pondok Kecil


Di pondok kecil,

di pantai ombak,

berbuih putih,

beralun-alun,

Di suatu hari,

Ayah berkata,

Jaga adikmu,

Ayahkan pergi jauh,

Ku pandang wajah ayah,

Dahinya ku cium,

Air mata mengalir,

Hati ku pilu,

Diam-diamlah sayang,

Jangan menagis,

Doakan ayah semoga sejahtera,

Diam adik ku sayang jagan menagis,

Walaupun ayah gugur,

pastinya dia Syahid,

Diponduk kecil,

dipantai ombak,

berbuih putih,

beralun-alun,

Wahai abang ku,

kemana ayah,

Ku sayang ayah,

Ku cinta Ayah,

Duhai adikku sayang,

Jangan bersedih,

Ayah mu pergi menyambut seruan ilahi,

Tapi ingatlah adik ku,

pesanan ayah,

Belajar berusaha walau dimana jua,

Pada MU Tuhan,

aku bermohon,

Dosa ayah ku minta diampunkan,

Ku iringgu doa,

Rahmati dia,

Tempatkan lah ayahku bersama kekasihMU,

Di ponduk kecil ,

dipantai ombak,

berbuih putih,

beralun-alun.


15/11/2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua Muslimin dan Muslimat tak kira dimana anda berada. Semoga kita semua dirahmati Allah s.w.t.

Berkorbah apa saja harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia. Bersama kita berkorbah kejalan Allah. insyaallah.. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita akan kembali..

06/11/2010

2010 To 2011

Diam tak diam, dah pun sampai akhir tahun. rasa seperti masa itu berlalu begitu pantas. Sepantas degupan jantung. secepat kerdipan kelopak mata, memang terlalu pantas. Tapi ada orang kata , kalau kita rasa masa tu cepat berlalu tanpa sempat buat apa-apa, orang tu kurang amal ibadatnya. Orang la kata bukan aku :). Tapi mungkin betul kot, cuma kita semua saja yang tak perasan.. maklumlah, memang susah mengesan kelemahan diri sendiri ni, apa pun kita jaganlah putus asa dalam memperbaiki kelemasan diri... Manusia memang dijadikan dalam serba kekurangan dan tak terlepas dari melakukan dosa(kecuali Rasullullah s.a.w. yg maksum)... right.

Selalunya lah kan, pada tiap-tiap tahun, semua orang ada memasang azam dan target dalam hidup ni, semua orang nak kan perubahan yang lebih baik dalam hidup, persoalanya anda dah dapat ke apa yang anda azamkan untuk tahun ni? masih ada lagi 2 bulan. Harap-harap semua dah dapat dan hampir mencapainya. Bagi aku pula, rasanya dah dapat dan ada yang hilang... apa yang aku dapat, sukur alhamdulillah . dan apa yang tercicir itu.... i want to say good bye. memang prinsip hidup aku macam tu... kalau benda yang dah tercicir di belakang, susah untuk aku berpatah balik untuk ambik balik.. sebab aku rasa benda yang dah tercicir dari aku bukanlah milik aku, walaupun aku memerlukan dan merindui benda tu....tak kisah la benda apa pun, pada aku, kita perlu buka mata luas-luas dan pandang kehadapan dan meneruskan perjalanan. Tu prinsip aku, prinsip anda, korang la tentukan, ye tak?

Harapan untuk tahun 2011 aku, adalah untuk menjadi lebih baik dari tahun 2010. Harap kita semua di izinkan oleh Allah s,w,t untuk bertemu dengan tahun 2011 dan sihat-sihat dan di pelihara oleh-NYA.