06/11/2010

2010 To 2011

Diam tak diam, dah pun sampai akhir tahun. rasa seperti masa itu berlalu begitu pantas. Sepantas degupan jantung. secepat kerdipan kelopak mata, memang terlalu pantas. Tapi ada orang kata , kalau kita rasa masa tu cepat berlalu tanpa sempat buat apa-apa, orang tu kurang amal ibadatnya. Orang la kata bukan aku :). Tapi mungkin betul kot, cuma kita semua saja yang tak perasan.. maklumlah, memang susah mengesan kelemahan diri sendiri ni, apa pun kita jaganlah putus asa dalam memperbaiki kelemasan diri... Manusia memang dijadikan dalam serba kekurangan dan tak terlepas dari melakukan dosa(kecuali Rasullullah s.a.w. yg maksum)... right.

Selalunya lah kan, pada tiap-tiap tahun, semua orang ada memasang azam dan target dalam hidup ni, semua orang nak kan perubahan yang lebih baik dalam hidup, persoalanya anda dah dapat ke apa yang anda azamkan untuk tahun ni? masih ada lagi 2 bulan. Harap-harap semua dah dapat dan hampir mencapainya. Bagi aku pula, rasanya dah dapat dan ada yang hilang... apa yang aku dapat, sukur alhamdulillah . dan apa yang tercicir itu.... i want to say good bye. memang prinsip hidup aku macam tu... kalau benda yang dah tercicir di belakang, susah untuk aku berpatah balik untuk ambik balik.. sebab aku rasa benda yang dah tercicir dari aku bukanlah milik aku, walaupun aku memerlukan dan merindui benda tu....tak kisah la benda apa pun, pada aku, kita perlu buka mata luas-luas dan pandang kehadapan dan meneruskan perjalanan. Tu prinsip aku, prinsip anda, korang la tentukan, ye tak?

Harapan untuk tahun 2011 aku, adalah untuk menjadi lebih baik dari tahun 2010. Harap kita semua di izinkan oleh Allah s,w,t untuk bertemu dengan tahun 2011 dan sihat-sihat dan di pelihara oleh-NYA.





No comments: