27/12/2010

2010, aku akan merindui kamu

Pejam celek, pejam celek dah pun nak masuk tahun 2011... syukur allamdulillah sebab kita semua dipanjangkan usia oleh Allah utk meneruskan kehidupan... masih boleh pejam celek.. kalau pejam terus, tamatlah disini... jom kita bawa segala kelengkapan utk terus berjuang bersama-sama ke tahun 2011 yg bakal menunjukan dirinya tak lama lagi... jadikan apa yang buruk, yang telah melanda diri kita sepanjang melayari tahun 2010 sebagai panduan utk kita lebih bersedia dan matang dari semua hal berkaitan kehidupan ni.. bak kata cerdik pandai " org yang paling teruk adalah org yang dipatuk ular dua kali di tempat yang sama".. jadi, jagan biar diri kita dipatuk ular walau pun sekali... sakit... aku takut ular....

Yang pasti umur kita pun dah meningkat sikit, satu lagi digit number akan bertambah pada angka umur kita. Tu lah yang dinamakan kehidupan, yang kakak-kanak akan melangkah masuk ke alam remaja, remaja ke dewasa, dan yang dewasa bertambah dewasa lah kan. Satu kitaran yang normal pada kehidupan manusia… di dunia ni mana ada yang kekal abadi untuk selama-lamanya, betul tak… setiap pertemuan pasti ada perpisahannya, tu langsung kita tak boleh nafikan. Kehidupan hanyalah satu perlayaran yang menuju satu destinasi yang kekal abadi.

Pasti ada antara kita yang telah melalui peristiwa-peristiwa besar sepanjang tahun 2010 yang akan terpahat didalam hati dan fikiran sampai bila-bila. Baik peristiwa bahagia mahupun persitiwa duka. Dan kita perlu ingat , kedua-duanya adalah ujian dari pada Allah s.w.t.

Untuk peristiwa bahagia, ada yang dulunya bujang sekarang sudah beristeri dan bersuami, ada yang sudah jadi ayah, ibu, ada yang naik pangkat jadi bos sekarang , ada yang perniagaannya berkembang maju, dan semualah peristiwa yang membahagiakan, syukur Alhamdulillah di atas nikmat dari allah itu.. dan kita perlu ingat, itu adalah pemberian daripada Allah dan Allah akan member pada sesiapa saja yang dikehendaki-Nya. Ujian yang paling susah oleh Allah s.w.t kepada hambanya adalah ujian yang berbentuk kesenagan.

Ada juga saudara-saudara kita yang pada tahun 2010 telah meninggalkan peristiwa duka didalam diri mereka yang mungkin akan tepahat didalam ingatan sampai bila-bila. Ada yang sudah kehilangan orang tuanya, atau ahli keluarga yang disayanggi. Penceraian, bencana alam, ada yang dulunya mewah searang muflis dan bermacam-macam lagi. Ini juga ujian Allah s.w.t dan sebagai penawarnya adalah kesabaran dan ketakwaan.. ingat dunia adalah satu pelayaran…. Yang kekal abadi hanyalah di sana.

Yang pasti kita semua bakal merindui 2010 yang bakal meninggalkan kita untuk selama-lamanya dan teman baru kita , 2011 akan bersama kita untuk terus berjuang bersama-sama… insyaallah.

senyum-senyum selalu

No comments: