Skip to main content

Jangan Marah-Marah.


Aku pun hairan kenapa org suka marah-marah,

"aku pantang tok nek aku kalau ada org pandang aku"
"Kau ingan tempat ni bapak kau punya"
"ape, tak puas hati,"

Macam-macam la kalau nak list kan ayat-ayat power bila org tu marah... tu tak kira yg telinga dah naik merah, dan vokal maki hamun di lontarkan. bagi aku la, marah ni macam api tengah menyala-nyala dalam tubuh badan manusia. korang jagan ingan api tu ada kat luar je tau... dalam badan manusia ni pun banyak api...

selalunya api ni lawannya semua org tau, air. Air ni kita bolah gambarkan seperti air tasik yang tenang, kadang-kadang kita boleh anggap air terjun yang sungguh sejuk dengan kesegarannya atau air laut yang kebiruan melanggar pantai..... kalau tak jalan jugak ambik paip bomba.
Api selalu kalah kalau lawan dengan air. so penawarnya adalah air.

Aku yakin semua org pernah mengalami situasi tegang, di marah atau memarahi orang, aku tau sebab aku pun seperti anda ... apa yang kita rasa masa memarahi atau di marahi org... aku rasa telinga jadi panas, jantung pam jalu je, muka rasa panas disebabkan aliran darah yang cepat... sebab tu org panggil naik darah.. dulu la masa remaja sedang memberonta... sekarang dah tak : )

Mungkin disebabkan kerjaya aku yang memerlukan sifat sabar yang tinggi membuatkan aku cuba dan sedang belajar cara-cara menyerap kemarahan dan tekanan atau mungkin sebab nak merasai kehidupan yang lebih tenang... bagi aku, bila aku tgok je orang tengah marah, aku jadi kelakar pulak... aku nampak pada orang yang tengah marah tu macam tengah buat lawak... selalunya aku nampak bos marahkan pekerja lah, ok la yang tu sbb mungkin baik untuk tingkatkan produktiviti. Tapi yang aku hairanya, ada yang di sebabkan benda-benda yang kecik atau berlainan pendapat, boleh menimbulkan kemarahan dan seterusnya pergaduhan. contohnya, politiking, kejiranan, perlu ke tu. Jagan terasa pulak ya, contoh je. Ada yang melarut-larut sampai pembunuhan... masyaallah. bagi aku kita perlu belajar cara megawal kemarahan dan menyerap kemarahan.. Tak di sangkal lagi, bila kita tgah marah , syaitan mudah meresap masuk, time ni lah kita akan dengar je apa kata syaitan tu. Kita dah tak boleh fikir dengan normal dah.. otak pun dah jem.

so tanggani lah konflik dengan bijak... buang sifat marah.. sebab ia hanya membebankan perasaan dan langsung tak membantu apa-apa. fikir secara rasional dan sertakan keimanan..
insyaallah konflek yang setinggi gunung pun dapat diselesaikan...

Kalau konflek tu melibatkan masalah keselamatan keluarga, agama, dan negara pun aku rasa lebih elok kita tangani dengan kepintaran dan kebijaksanaan yang kita ada. Insyaallah Allah s,w,t di pihak yang benar...

Jangan Marah-Marah ok..... cau ci chaa.... senyum selalu ^_^

Comments

Popular Posts

Resepi Rendang Ayam Kedah

Masakan Rendang Ayam Kedah Resepi Rendang Ayam Kedah 1.  Rendang Pasanganya Lemang atau ketupat. Tak kesahlah Ketupat Daun Palas atau Ketupat Daun Buluh . Yang penting Rendang mesti kena ada kalau nak makan Ketupat, Barulah Lengkap. Penting untuk setiap keluarga salah seorangnya mesti pandai Masak Rendang Ayam ataupun rendang Daging supaya tak kempunan Nanti. 2. Rendang ni ada juga pedebatan dalam kalangan Netizen yang mempersoalkan asal usul rendang dari Negeri Mana. Bukan di situ saja, malah antara Malaysia dan Indonesia pun menjadi isu claim mengclaim asal usul rendang. Bagi aku taklah menjadi isu dari mana Sejarah asal usul Rendang, yang penting pandai masak Rendang dan sedap di makan. 3. Kali ini aku nak Kongsi sedikit ilmu tentang cara nak masak Rendang Ayam yang sedap. Oleh kerana aku orang Kedah, aku namakan resepi rendang ini sebagai Rendang ayam Kedah hihi. 4. Masak Rendang ayam ni lebih mudah daripada Masak rendang Daging. Kalau Rendang Daging, kita perlu cari daging yang b

Menara Berkembar Petronas KLCC, Mercu Tanda Kebanggaan Rakyat Malaysia

Menara Berkembar Petronas KLCC, Mercu Tanda Kebanggaan Rakyat Malaysia 1. Menara Berkembar Petronas KLCC adalah mercu tanda kebanggaan Rakyat Malaysia. Siap dibina pada tahun 1998 dan terus di nobatkan sebagai banggunan tertinggi di dunia sehingga Tahun 2004. 2. Namanya sebaris dengan mercu tanda yang populer di dunia seperti Affel Tower di Perancis dan Statue of Liberty di New York City. Namanya sudah tak asing lagi bagi penduduk dunia. 3. Dibina di atas tapak bekas padang lumba kuda menjadikannya satu tranformasi yang bijak kepada imej Kuala Lumpur. 4. Bangunan berkembar yang dibina oleh dua Syarikat yang berbeza , Satu dari Japan dan satu lagi dari Korea. Arkiteknya dari negara Argentina dan buah idea dari Dr Mahatdir Mohamad dari Malaysia sebagai perdana Menteri, Kewangan dari Syarikat Petronas adalah gabungan yang mantap yang telah menghasilkan banggunan secantik KLCC yang kita dapat lihat sekarang. 5. Setiap mata yang melihat pasti akan kagum dan bangga sebab ia berada di depan m

Kenali Jenis-jenis Handbag Dan Fungsinya Mengikut Kesesuaian Tempat Anda Pergi

Kenali Jenis-jenis Handbag Dan Fungsinya Mengikut Kesesuaian Tempat Anda Pergi Di pasaran sekarang ada pelbagai jenis Handbag dengan banyak Jenama, saiz dan reka bentuk yang menarik. Semua anda boleh pilih mengukut cita rasa anda, ada yang panjang, pendek leper dan bulat. Ia merupakan Benda penting untuk menyerlahkan gaya personaliti diri anda apabila berada di majlis-majlis formal mahupun tak formal, bergantung kepada kesesuaian majlis yang anda hadiri. Handbag juga sudah menjadi satu imej Mewah kepada golongan-golongan yang tertentu. Ada sesetagah orang kaya yang menjadikan handbag sebagai Benda koleksi dan ada harganya yang mencecah Ratusan ribu ringgit. dari Bag Tangan pun orang dah boleh tahu personaliti diri anda. Handbag atau Bag Tangan adalah aksesori yg wajib menjadi peneman kepada setiap wanita.. tak kiralah kemana di nak pergi. Tapi, tahukah anda yang handbag juga dapat menentukan keperibadian diri seseorang? Jom ketahuai Jenis Handbag dan Fungsinya agar anda tak Tersalah Ha

Ketupat Daun Palas Kedah

Ketupat Daun Palas  Ketupat Daun Palas Kedah        Ketupat Daun Palas Kedah atau Utara memang menjadi antara manu wajib pada hari Raya Aidilfitri mahupun Hari Raya aidil adha. Cara penyediaannya pula memerlukan kemahiran dan mengalaman dalam mendalam untuk menyediakan ketupat daun palas yang enak. Menambah lagi kemeriahan makan ketupat daun palas semestinya dengan adanya pencicahnya seperti kari ayam/daging, Rendang Ayam atau pun daging. Pasti akan menceriakan pagi hari raya anda. Untuk menyediakan Ketupat Daun Palas Kedah kita memerlukan beberapa bahan asas iaitu :  1. Beras Pulut 2. Santan Kelapa Pekat ( 400 gram santan pekat Untuk 1 kg pulut ) 3. Daun Pandan ( 5 helai ) 4. Daun Palas 5. Gula ( Secukup Rasa )  6. Garam ( Secukup Rasa ) Bahan Untuk masak pulut ketupat *Untuk rasa yang lebih enak, Gunakan Pulut Susu. Cara Penyediaan Pulut untuk di Balut ( Masakan petama ) Saya terangkan dengan anggaran untuk 1 kg Beras Pulut. Sukatan air dan santan , 400Gram santan pekat + 1 gelas ai

Berapa ketinggian Menara KLCC ?

1. Berapa ketinggian Menara KLCC ? (A) 8220 M (B) 4520 m (C) 452 km (D) 452 M (E) Tinggi, aku pergi melawat dah dengan femily hari tu. 2. Ketinggian Menara Kuala Lumpur (A) 200 M Kot (B) 450 m (C) 452 km (D) 421 M (E) Yang mana satu menara KL ? 3. Apakah nama ibu negara Manggolia ? (A) emmmm ... (B) Mosssssco ? (C) Ulambatu (D) Ulaanbaatar (E) Altantuya. 4. Sungai terpanjang di Malaysia ? (A) Sungai kinabatanggan. (B) Sungai kinabalu (C) Sungai Rajang (D) Sungai Ranjang (E) Sungai Pahang   5. Gunung tertinggi pula? , Dalam Malaysia je. (A) Gunung Kinabalu (B) Gunung Everest (C) Gunung Jerai (D) Gunung Tahan (E) Senang je soalan ni, tak nak jawab.   6. Negeri apa paling terkecil di malaysia? (A) Perlis (B) Pulau pinang (C) Melaka (D) Langkawi (E) Singgapore?   7. Negeri Terluas di Malaysia ? (A) Kedah (B) Pahang (C) Perak (D) Sarawak (E) Bornio   8. Jarak Lebuh Raya Utara Selatan PLUS ? (A) 847.7 Pounds (B) 847.7 Kj (C) 847.7 KG (D) 847.7 KM (E) 847.7 Mph   9.B