01/12/2010

Susahnya nak jadi macam ayah aku.

Aku tak pasti, boleh ka aku jadi ayah sehebat ayah aku nanti... rasa cemas pun ada ni.. terlalu susah rasa nak tandinggi kehebatan ayah aku.... fuhhh.. aku kenal siapa ayah aku, dan aku kenal sapa aku. Aku dah rasa macam kalah sebelum bertanding..
macam mana aku nak jadi sehebat dia ni...
emmm...

-Dia jenis yang tak boleh duduk diam, ada ja keja yang dia nak buat. Aku pulak jenis, kalau boleh nak duduk diam2 hari cuti.

-Dia akan buat sesuatu keja yang susah dan berat-berat tanpa bekata apa-apa, aku pulak, kalau angkat benda berat-berat mesti nak kena ambik mood dulu... kalau pegang cangkul pula, kena belek-belek tanggan seketika dan pandang kiri dan kanan... kadang-kadang cari tempat duduk kejap(rehat).


-Dia layah kesemua anak-anaknya yang setiap satu ada perangai yang bermacam-macam. lebih-lebih lagi aku yang suka buat ikut kepala aku. semua nak dengan segera... dulu la masa kanak rabina.. aku pulak, layah juga tapi... lebih-lebih nanti angin jugak yang naik atas ini kepala..

-Waktu tgah hari dia masak... bukan mak aku buli... tapi memang dia yg jenis yang macam tu... apa dia nak makan, dia akan buat sendiri... tak suruh mak aku buat... kegemarah dia... ulam-ulaman... belilah makanan sesedap atau seenak mana pun, dia pasti kata tak sedap. Aku pula, masuk bilik buka tudung saji je... kalau ada makanan yang best aku tak tunggu lama, terus ambik pinggan. Aku pun masak jugak . tapi mcm biasa nak kena tgok mood hari tu... tapi rasanya dah 3 tahun aku tak masak huhuhu....

-Kalau ada baby nagis dalam rumah pd pukul 2,3 pagi. tak kisah la baby tu adik aku yang kecik ke atau cucu dia ka... mesti dia bagun... dan tak kan boleh tidur punya selagi baby tak berhenti nagis... aku pulak kalau masa tu tengah di buai mimpi indah... dan cuba ambik bantal letak di telingga... :)

banyak lagi kelebihan dia berbanding aku. kalau nak list rasa tak cukup disini.

aduhhh.... apa pun aku akan lawan mengatasi ayah aku... tak kira lah apa jadi sekalipun... kalah menang belakang cerita... rasanya mcm kalah je.. :(

No comments: