Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Tolong Mencintaiku Sampai Bila-Bila

1. Pagi ni rasa nak menulis, tapi idea tak datang, tapi nak tulis jugak... Nak tanya nih, korang pernah bercinta tak ? pernah tak ada perasaan kasih dan sayang dalam diri atau hati tu ? mesti la ada kan, kalau tak ada, tak normal la kan bagi seorang yang bernama manusia. Tak kisahlah bercinta dengan sapa pun, Tok Wan ka, Nenek, Mak/Ummi/Ibu Ayah/Abah femily, semuanya cinta kurniaan Allah yang di cari-cari setiap insan.. Tetapi cinta yang paling agung hendaklah bersemi sepenuhnya di sanubari iaitu cinta kan Allah dan Rasullullah. 2. Ada lagi ker yang tertinggal tentang kisah cinta mencintai ini... ? ada lagi ni tertinggal, cinta suami isteri. maklumlah rumah belum bertangga, isteri sayang suaminya dan suaminya mengakasihi isterinya pastinya akan membuatkan dunia ini berseri. Tentang Cinta kasih kekasih ni, tak nak la nak di highlight sangat, apa pun, panduan cara hidup seorang muslim haruslah kental di dalam diri untuk menghadapinya supaya tidak terjerumus dalam cinta nafsu semata-mata.

Selamat Menyambut Tahun Baru 1433 Hijriah - 2012 Masihi

Hanya tinggal beberapa hari lagi kita dah nak masuk tahun baru....... ops terlupa beri salam, Assalamualaikum.... beberapa hari lagi kita akan meninggalkan gerbang 2011, kalau ikut kalender masihi . Kalender Islam sudah pun masuk tahun baru 1433 Hijrah. Satu la angka akan bertambah kepada umur kita, pendek kata, dah semakin tua , tapi sikit jer tuanya .. muda banyak lagi nih ^_^. Masa yang telah berlalu ini tak mungkin kita akan bertemu lagi denganya... hanya yang tinggal adalah kenangan atau peristiwa-peristiwa indah yang akan kita abadikan dan simpan di dalam sanubari.. ada peristiwa manis dan ada juga peristiwa pahit... Alhamdulillah dalam tahun 2011 ni tak ada peristiwa pahit dalam hidup aku, ada tak... sat aku nak scan mamory sekejab... emmm tit tit... oh ada satu, dopet duit aku tercicir ^_^... Apapun yang manis biarlah tersimpan sebagai kenangan dan yang pahit buang jauh-jauh... semoga Tahun baru yang akan menunjukkan dirinya ini akan kita tempoh dengan lebih ceria bersama

Sultan Mohammad Al-Fateh

Pagi 22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Constantinople dikejutkan dengan laungan takbir, paluan gendang, dan nasyid. Demikian gema kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Sekali gus gema itu seolah-olah satu serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Penduduk Constantinople seperti tidak percaya kekuatan tentara Muhammad al-Fateh. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki, dan sejauh 160 kaki itu berjaya ditembusi oleh tentera Muhammad al-Fateh? Suatu yang menakjubkan, tentera Sultan Muhammad al-Fateh telah membawa kapal-kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas merentasi bukit melalui jalan darat! Taktik peperangan seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini. Tentera Uthmaniah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Sedangkan mereka t

Tidak Perlulah Terlalu Taksub Kepada Sesuatu Kumpulan

1. Sifat taksub atau berlebih-lebih pada sesuatu pegangan, fahaman atau kumpulan adalah satu sifat yang paling tak wajar kepada seseorang yang mempunyai jati diri yang kuat. Taksub ini boleh kita gambarkan seperti menganggap hanya diri atau dalam kumpulan kita je yang betul, yang selain itu adalah salah. Perasaan seperti ini boleh mengundang kemarahan orang lain yang di katakan salah. Sikap taksub membawa lebih kepada perpecahan berbanding perpaduan. 2. Kita harus sedar tak semua yang kita lakukan ini adalah betul dan tak semua yang orang lain lakukan juga betul. Sudah menjadi sifat asal manusia yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. jadi kita seringkali terdedah kepada kesilapan setiap hati. Apa bila sudah taksub kepada sesuatu, banyak kemungkinan pekara yang di luar jangkaan akan kita lakukan contohnya seperti terpaksa menegakkan benang yang basah(peribahasa melayu), menjadi marah apabila pendapat di sanggahi. 3. Setiap pendapat atau maklumat yang di perolehi rasanya lebih elo

Kenapa Wanita Islam Perlu Bertudung...

satu topik yang terus terpesong dari kebiasaan yang aku selalu post :).... kenapa wanita muslim perlu bertudung atau orang putih cakap why Muslim women must cover up themselves in Hijab ? sudah tentu lah ia membawa banyak kebaikan, kalau tak, takkan lah Allah perintahkan... Allah maha mengetahui dan Maha bijak sana... kenapa ? 1. Sebab utama mestilah kerana perintah Allah... dan hukunnya adalah wajib(bukan makruh, bukan harus, bukan haram) bila sebut wajib tu, berdosa kalau tak buat. 2. Wanita yang bertunung nampak lebih cantik, ayu dan sopan... nampak lebih lembut keperibaidan dirinya sesuai dengan muslimah sejati. memang manis dan cantiknya wanita yang menjaga auratnya 3. Sebab dia sayangkan ayahnya, wanita yang belum berkawin dan menjadi tanggung jawab ayahnya ... susah tentulah ayahnya turut akan dipersoalkan oleh Allah kelak sebab membiarkan anaknya Tak bertudung.. 4. Sebab dia sayangkan suaminya , wanita yang dah berkawin menjadi tanggungjawab suaminya dan suaminya turut akan di

Dimanakah Kebahagiaan

1. Di dalam suasana pagi yang sunyi ini, apa kata kalau kita berhenti sejenak memikirkan tugasan untuk esok… rehatkan minda kita seketika daripada memikirkan hal dunia wi… jom kita sama-sama renungkan dan muhasabah diri, adakah tugasan untuk diri kita yang di perintah Allah sudah kita sempurnakan tadi…. Kalau belum disempurnakan di sebabkan tugas harian yang terlalu banyak, maka berazamlah untuk besok akan kita sempurnakan dulu kewajipan keatas diri kita dahulu sebelum kita sempurnakan tugasan yang mungkin penting dari sudut duniawi sahaja… Alangkah ruginya kita mengabaikan kepentinggan diri kita sendiri seolah olah seperti pepatah “ kera di hutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan” 2. Disaat kita tercari-cari kebahagian dunia yang entah di mana letaknya… dan tertanya-tanya siapa yang menyimpanya. Aku percaya, tiada jawapanya … sebab kebahagian itu bukan terletaknya dimana-mana atau di simpan oleh siapa-siapa, kebahagian itu kepunyaan Allah s.w.t . Allah akan mencampakkan kebahagi

Tadahan Doa Seorang Hamba

Di dalam sebuah riwayat, Menceritakan tentang kisah seorang lelaki yang separuh umur bernama Abu Nawas... Sedang duduk bersendirian memerhati suasana matahari yang kian tenggelam di ufuk barat. Suasana itu sungguh indah sehinggakan tidak terlafas dengan kata-kata bertapa indahnya suasana itu. Disaat langgit di hiasi oleh biasan cahaya kuning jungga keemasan, Dia terus dan terus memerhati dengan penuh saksama sehinggalah suasana itu hilang seiringgan dengan tengelamnya matahari di ufuk barat... Di saat tenggelamnya matahari bersama purdahnya keindahan suasana tadi. Dia yang tidak dapat menahan sebak yang bergelora di dalam hati, akhirnya menitiskan air mata..... Di menangis. Entah mengapa sebak meruntun jiwanya. esakkannya semakin kencang dan tersedu-sedu menahan pilu lalu ditadahnya kedua tangannya" " Wahai Tuhan, Aku tidak layak kesyurga-Mu " " Namun tak pula, Aku sanggap keneraka-Mu " " Ampunkanlah segala dosa aku , terimalah taubat ku " " S

Bidaah Hasanah dan Bidaah Dholalah

Bidaah, Bidaah bidaah, itu bidaah, ini bidaah , sana bidaah , sini bidaah itu je yang mereka tahu.. Ketika pening kepala aku berhujah dengan kawan-kawan yang berfahaman wahabi ni , terjumpalah satu blog yg pada aku sangat best/indah/cantik untuk menerangkan tentang konsep bidaah, perkataan yg selalu di bibir golonggan-golonggan Wahabi yg suka sangat membidaahkan amalan umat islam di Malaysia ni.... rasanya tak perlu kot aku edit balik tulisan blog tu sebab penerenggannya dah cukup cantik dan mudah difahami... Wirid dengan doa ramai-ramai lepas sembahyang, baca tahlil, baca Yasin malam Jumaat, sapu tangan ke muka lepas bagi salam dalam sembahyang, baca doa Qunut, lafaz niat sebelum takbiratul ihram, tambah ‘saidina’ dalam lafaz selawat nabi…macam-macam lagi la. Nabi tak buat tu. Rasulullah kata, “ Awaslah kamu daripada mengada-adakan perkara baru kerana setiap perkara baru adalah bidaah dan setiap bidaah adalah sesat dan setiap yang sesat balasannya adalah api neraka.” Had

Aku Dan Perniagaan Bahagian 3, Menambat hati pelanggan dan jadikan mereka pelanggan tetap

1. Melayan karenah pelanggan memang salah satu dugaan dalam perniagaan.... teringat lagi aku masa mula-mula berniaga dulu... aku rasa macam satu sumbar masalah pula bagi aku untuk melayan masalah pelanggan yang banyak cakap ni, apatah lagi kalau pelangan tu kondem perniagaan kita, bagi perniaga baru macam aku dikala itu, setuasi sebegitu sudah cukup untuk melemahkan semangat aku... nak je aku bertengkar dengan costemor yg macam tu... tapi harus di ingat, pelanggan yang macam tu jugaklah yang membantu untuk kita menjadi lebih kuat dan matang... 2. Tanpa pelanggan, sesebuah perniagaan tu tak akan pergi kemana, begitulah juga kalau kita sentiasa bersikap dingin dengan pelanggan... kadang-kadang penguna ni suka sangat nak test IQ dan sikap kita semasa berurusan... perlu disini untuk menimba ilmu dan mendapatkan seberapa banyak pengalaman tentang cara-cara yang terberurusan dengan setiap pelanggan... bagi aku, setiap perniaga tidak boleh terlalu berlembut dan juga tidak boleh terlalu ker

Detik - Detik Pemergian Rasulullah S.A.W

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayapnya. Pagi itu.. Rasullullah dengan suara terbatas memberi khutbah terakhirnya.. " Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.. " "Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Quran dan Sunnahku.., barang siapa mencintai sunnahku nererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-sama aku" Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasullullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca... Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya... Usman menghela nafas panjang... Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam... Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.. " Rasullullah akan meninggalkan kita semua " keluh hati semua sahabat kala itu.. Manusia tercinta

Mengenali Ciri-Ciri Ringkas Fahaman Wahabi

Dipetik dari : Dimasukkan oleh IbnuNafis Label: Soal Jawab Aqidah Assalamualaikum Warahmatullah. PENGENALAN Fahaman Wahabi ini terlalu kerap ditimbulkan oleh pelbagai pihak samaada dari golongan muda ataupun golongan tua. Sejak sekian lama juga saya sering kali ditanyakan isu-isu berkaitan fahaman Wahabi. Pelbagai persoalan diajukan kepada saya samada melalui Email dan YM ataupun melalui PM di iLuvislam. Di antara mereka ini ada yang meminta saya untuk menyediakan sedikit sebanyak info dan maklumat berkaitan dengan fahaman Wahabi ini. Di samping itu, saya juga tidak terlepas dari menerima kritikan dan cemuhan dari golongan Wahabi setiap kali saya berhujjah dan berbincang dengan mereka. Di sini saya cuba memberikan beberapa maklumat untuk dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat semua bagi mengenali fahaman Wahabi. Tujuan utama saya menulis dan menyediakan artikel ini bukanlah bertujuan untuk mencari gaduh dengan golongan Wahabi akan tetapi penyediaan artikel ini adalah perbin

Kadang-kadang Kita Terlupa

Setiap hari kita di bangunkan dari tidur dengan sihat tubuh badan... sedar dari sebuah mimpi yang indah, kadang kadang membuatkan kita tersenyum sendirian... cuitan kenangan-kenangan indah yang lalu sudah cukup membuat kita bangun dengan sebuah ukiran senyuman... sehinggakan kadang-kadang kita terlupa siapa yang kurniakan kehidupan seterusnya pada hari itu dan hari-hari berikutnya.... Setiap detik kehidupan kita seringkali di temani oleh kawan-kawan yang menghiburkan, ada saja telatah kelakar mereka, tak kering gusi di buatnya... sehinggakan , kadang-kadang kita terlupa siapa yang menganugerahkan senyuman semanis itu dan perasaan riang ria itu... Ada ketika kita rasakan kenikmatan yang di kurniakan adalah milik mutlak kita, sehingga kita takut kehilanggannya... tetapi , kadang-kadang kita terlupa , dari mana datangnya nikmat-nikmat kehidupan itu... sehinggakan kita terlupa bersyukur diatas kurniaan itu. Kadang-kadang kita marah kepada orang yang tidak berlaku adil kepada kita... apa ya

Tanda-Tanda Kecil Kiamat Mengikut Huraian Hadis

1. Kita seringkali di gambarkan tentang Kiamat, setiap orang muslim wajib membercayainya... di dalam Al-Quran dan hadis ada menceritakan tanda-tanda kecil kiamat dan tanda-tanda besar kiamat. Malangnya bagi sesetengah orang , gambaran tanda-tanda kecil kiamat ini umpama sebuah kisah dogeng pada mereka.... Dengar telinga kiri, keluar telinga kanan... 2. Mungkin tanda-tanda besar hari kiamat belum belaku, tapi tanda-tanda kecil kiamat sudah pun tak terhitung banyaknya. Dah macam kebiasaan pulak, kita yang selalu pandangnya pun dah macam tak ada apa-apa yang berlaku... 3. Aku tak lah pandai sangat ulas bab-bab yang berkaitan dengan hadis ni... jadi aku tak beranilah nak menyentuh lebih-lebih di sebabkan ilmu yang terbatas ni... tapi aku ada sedikit info berkaitannya, yang aku ambil dari sumber yang boleh rasanya di percayai, sekali dengan huraian hadis yang berkaitan tanda-tanda kiamat kecil.... jom kita kongsi dan berfikir.... 4. Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncu

Semua Itu Hanya Alasan !

Saat tubuh segar bugar, Dihiasi busana berkilauan, Jejaka menatap, bergetar keimanan, Walau gaya potongan menidakkan suruhan TUHAN, Dek mengikut tema dan kesesuaian zaman, Sedangkan semua itu hanya alasan! Saat mata melihat,tidak buta, Dipandang, memandang kecantikan ‘taman larangan’, Putih gebu, hitam manis, melonjak keghairahan, ‘Si ikan ada didepan si kucing jantan’, Peluang keemasan, jangan disiakan, Sedangkan semua itu hanya alasan! Saat telinga mendengar, tidak tuli, Suara manja menggoncang iman,’ halwa’ pendengaran, Berita sensasi, gossip terkini, Alunan cinta nafsu, membuai keasyikan, Sekadar berhibur penawar kepenatan, Sedangkan semua itu hanya alasan! Saat mulut berbicara, tidak bisu, Patah kata umpat-umpatan, Bicara kesat, membuak kemarahan, Biar luahan sangat melukakan, Asal diri puas menuturkan, Tercapai hasrat, maksud dan tujuan, Konon perbincangan berpaksi kebenaran, Sedangkan semua itu hanya alasan! Beringatlah wahai tubuh yang segar bugar, Beringatlah mata yang tidak b

Cara Nak Backup Data Dari Windows Yang Sudah Rosak

1. Pernah tak anda mengalami masalah ini, Windows Laptop/PC anda tak tak boleh boot / log in Windows.... Masalah ini selalunya disebab kan Virus dan sewaktu dengannya menyebabkan file windows Anda sudah rosak dan tak boleh nak boot windows.. 2. Untuk menyelamatkan data anda dari PC tersebut, sudah tentu lah kita perlu backup data terlebih dahulu supaya ia tidak hilang sewaktu process reformat... Tapi masalahnya, macam mana nak backup data dengan windows yang sudah hilang... 3. Ada dua cara / Altenatif untuk backup data dari windows yang sudah Corrupt. Pertama dengan buka Harddisk dan masuk kedalam PC lain . Kedua dengan menggunakan Ultimate Recovery CD untuk Boot windows sementara dari CD or DVD Rom. 4. Aku nak kongsikan di sini adalah cara yang kedua iaitu mengunankan Ultimate Recovery CD Boot. Jadi kita kena sediakan satu CD Ultimate Recovery . 5. Langkah - langkah Untuk Buat CD Ultimate Recovery... Kita perlukan sofware ( UBCD4Win ) yang boleh di download dari internet, In my case,