09/03/2011

26 Tahun Aku di Atas Bumi Allah s.w.t

1. Sudah 26 Tahun aku di atas bumi Allah s.w.t. Dah meningkat dah umur aku. Mungkin ini sudah suku dari hidup aku, mungkin juga ini separuh dari hidup aku, atau berkemungkinan juga ini sudah 3/4 dari hidup aku, siapa tahu... Semuanya milik Allah s.w.t.

2. Masih segar lagi memori pada zaman kanak-kanak aku bermain di ingatan ini... saat aku bermain hujan, main jengket2, aci ligan(kejar2), toi(sejenis sukan rakyat), main sorok2. semuanya masih indah di ingatan. semuanya adalah kenangan terindah dan tak mungkin sama sekali aku akan kembali kezaman itu..

3. Tak lupa juga bagai mana hari pertama aku masuk sekolah darjah satu, ketakutan aku masa berkhatan, kawan-kawan yang pernah aku kenal dahulu.... semuanya aku rasa bagaikan baru belaku kelmarin.

4. Indahnya kehidupan ini yang dianugarah oleh Allah. Tak keterlaluan jika aku megatakan sudah separuh dari warna-warni keindahan alam ini sudah aku merasainya.

5. Di usia ini juga, aku tersedar yang kehidupan ini adalah singkat dan hanyalah sementara. semudah A,B,C,D,E

A) Zaman kanak-kanak yang hanya fikirkan nak main je kerjanya..
B) Zaman remaja yang penuh dengan perasaan ingin tahu dan mencuba, sekali-sekali cuba
memberontak inginkan perhatian.
C) Zaman Dewasa yang sering fikirkan servivel kehidupan dan berlumba-lumba
mencari dan tercari-cari kerjaya, profetion untuk menentukan arah tuju masa hadapan.
D) Zaman Dewasa Matang yang Bahagia bersama anak-anak dan kehidupan berkeluarga.
E) Usia emas, Berbahagia bersama cucu-cucu, dan juga persiapan terakhir menyediakan
bekalan untuk bertemu yang maha esa..

6. Itu lah rantai kehidupan sesaat pada kaca mata pandagan aku. Memang singkat, so tiada makna enjoy dlm kehidupan ini.

No comments: