Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

Semua Itu Hanya Alasan !

Saat tubuh segar bugar, Dihiasi busana berkilauan, Jejaka menatap, bergetar keimanan, Walau gaya potongan menidakkan suruhan TUHAN, Dek mengikut tema dan kesesuaian zaman, Sedangkan semua itu hanya alasan! Saat mata melihat,tidak buta, Dipandang, memandang kecantikan ‘taman larangan’, Putih gebu, hitam manis, melonjak keghairahan, ‘Si ikan ada didepan si kucing jantan’, Peluang keemasan, jangan disiakan, Sedangkan semua itu hanya alasan! Saat telinga mendengar, tidak tuli, Suara manja menggoncang iman,’ halwa’ pendengaran, Berita sensasi, gossip terkini, Alunan cinta nafsu, membuai keasyikan, Sekadar berhibur penawar kepenatan, Sedangkan semua itu hanya alasan! Saat mulut berbicara, tidak bisu, Patah kata umpat-umpatan, Bicara kesat, membuak kemarahan, Biar luahan sangat melukakan, Asal diri puas menuturkan, Tercapai hasrat, maksud dan tujuan, Konon perbincangan berpaksi kebenaran, Sedangkan semua itu hanya alasan! Beringatlah wahai tubuh yang segar bugar, Beringatlah mata yang tidak b

Cara Nak Backup Data Dari Windows Yang Sudah Rosak

1. Pernah tak anda mengalami masalah ini, Windows Laptop/PC anda tak tak boleh boot / log in Windows.... Masalah ini selalunya disebab kan Virus dan sewaktu dengannya menyebabkan file windows Anda sudah rosak dan tak boleh nak boot windows.. 2. Untuk menyelamatkan data anda dari PC tersebut, sudah tentu lah kita perlu backup data terlebih dahulu supaya ia tidak hilang sewaktu process reformat... Tapi masalahnya, macam mana nak backup data dengan windows yang sudah hilang... 3. Ada dua cara / Altenatif untuk backup data dari windows yang sudah Corrupt. Pertama dengan buka Harddisk dan masuk kedalam PC lain . Kedua dengan menggunakan Ultimate Recovery CD untuk Boot windows sementara dari CD or DVD Rom. 4. Aku nak kongsikan di sini adalah cara yang kedua iaitu mengunankan Ultimate Recovery CD Boot. Jadi kita kena sediakan satu CD Ultimate Recovery . 5. Langkah - langkah Untuk Buat CD Ultimate Recovery... Kita perlukan sofware ( UBCD4Win ) yang boleh di download dari internet, In my case,

Puisi Buat Ayah

Sajak buat ayah yang baru je aku tulis secara spontan ..... ( sajak ke ni ? hamtam sajalah) ^_^ Buat Ayah Ayah Anugerah yang tidak ternilai dalam hidup kami, Terima khasih ayah, kerana telah menyayagi ibu kami, Terima kasih ayah, kerana kasih sayang mu terhadap kami, Terima kasih ayah , kerana telah menjadi insan yang paling kami kagumi, Ayah Ukiran tercantik adalah senyum mu, Menjaga kami tanpa jemu, Walau berjuta titisan air yang jatuh dari dahi mu Ayah Pahlawan yang kami sanjung, Jasamu ayah , tak termampu kami junjung Terlalu besar dan tiada penghujung, love U ayah... Kami sayang ayah kami ( Siti Aisyah Binti Ishak , Siti Azizah Binti Ishak , Siti Mariam Banti Ishak , Siti Zaleha Binti Ishak , Abdul Rahman Bin Ishak , Siti Fatimah Binti Ishak , Abdul Rahim Bin Ishak , Abdullah Bin Ishak , Abdul Fitri Bin Ishak ) 

Tetamu Senja

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja Bila cukup detik Kembalilah Kita kepadaNYA Kita datang ini kosong tangan dada Bila pulang nanti, bawa dosa bawa pahala Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan kepada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang usahlah derhaka pula pada tuhan kepada insan Bila kita lihat manusia lupa tempat atau segera sesat puja darjat puja pangkat segera kita insaf kita ini punya kiblat segera kita ingat, kita ini punya tekad Bila kita lihat manusia terbiar larat Hingga mesti merempat kelaut biru kekuning darat Harus kita lekas sedar penuh pada tugas Harus kita tegas sembah seluruh rasa belas Kita datang ini satu roh satu jasad Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat kita datang ini satu roh satu jasad Bila pulang nanti bawa bakti penuh berkat by : A samad Said 6 april 2007

Aku Dan Perniagaan : Business tak semudah yang di sangka

1. Kali ni, nak bercakap sikit ler tentang kerjaya setahun jagung aku ni... berniaga. aku dah ada dalam dunia business ni dah 3 tahun lebih, puasa tahun ni adalah puasa yang keempat la. Rasa sekejap sangat masa tu berlalu... 2. Habis je belajar dulu, aku ambik satu langkah Kamikaze iaitu aku memilih kerjaya aku sekarang tanpa bercakap banyak, tapi berfikir agak banyak dan agak laju, sebabnya ini adalah impian aku dan cita-cita aku . dan aku rasa aku harus menghormati impian aku itu iaitu untuk menjadi seorang perniaga yang berjaya dan terbilang, wah , memang agak ganas di dengar... tapi..... tak ada tapi-tapi , just follow the flew... 3. Aku sedar , banyak halangan yang aku dah tempuh dan bakal aku tempuh... tapi , apa yang ada dalam fikiran dan hati aku sekarang, langsung tiada rasa takut dan gugup.. sebenarnya perasaan takut dah gugup pernah wujud dalam hati aku dulu... alhamdulillah , sekarang aku lebih yakin ... harap tahap moral aku akn terus membantu aku untuk terus harunggi s

Tak tahu nak letak tajuk ape.......

Sebenarnya aku rasa nak menulis... tapi tak tahu nak tulis apa.... so, sebab tak ada idea, aku tulis je benda yang aku buat hari ni... Hari ini aku bangun mcm biasa, Lepas mandi solat subuh, mcm selalu rutin harian aku... termenung jap di depan Komputer, check kot-kot ada benda baru dlm wall aku, tapi mcm biasa, tak de benda yg best.... keluar cari sarapan pagi, tiba-tiba hari ni rasa tak lalu nak makan, so aku beli roti gardenia je bersama air susu dutch lady rendah lemak. Pastu kemas sikit-sikit kedai hari ni... jam 10 aku bukan kedai... mcm biasa deringan telifon dah mula kedegaran.. kadang-kadang rasa malas nak angkat, tapi kalau ikut aku punya malas sampai bila pun aku tak maju... hari ni aku keluar service luar... tinggal pembantu je kat kedai, pk balik kesian jugak kat dia.. tapi nak buat mcm mana, dah memang dinamakan kerja aku mcm tu... kerja sendiri, sendiri susun la... kadang-kadang sendiri cari pasal, kerja banyak, aku melepak..(apa nak jadi ni ) . b, kadang-kadang naik let