Skip to main content

Aku Dan Perniagaan : Business tak semudah yang di sangka

1. Kali ni, nak bercakap sikit ler tentang kerjaya setahun jagung aku ni... berniaga. aku dah ada dalam dunia business ni dah 3 tahun lebih, puasa tahun ni adalah puasa yang keempat la. Rasa sekejap sangat masa tu berlalu...

2. Habis je belajar dulu, aku ambik satu langkah Kamikaze iaitu aku memilih kerjaya aku sekarang tanpa bercakap banyak, tapi berfikir agak banyak dan agak laju, sebabnya ini adalah impian aku dan cita-cita aku . dan aku rasa aku harus menghormati impian aku itu iaitu untuk menjadi seorang perniaga yang berjaya dan terbilang, wah , memang agak ganas di dengar... tapi..... tak ada tapi-tapi , just follow the flew...

3. Aku sedar , banyak halangan yang aku dah tempuh dan bakal aku tempuh... tapi , apa yang ada dalam fikiran dan hati aku sekarang, langsung tiada rasa takut dan gugup.. sebenarnya perasaan takut dah gugup pernah wujud dalam hati aku dulu... alhamdulillah , sekarang aku lebih yakin ... harap tahap moral aku akn terus membantu aku untuk terus harunggi semua ni...

4. Sebenarnya , tak ada seorang pun individu yang terlibat secara langsung untuk membimbing atau berdiri di belakang aku sejak awal-awal lagi... walaupun femily aku sendiri, mereka lebih suka aku keluar bekerja... aku dapat merasakan meraka takut dengan keputusan yang aku buat ini. kecuali ayah aku... yang memahami, I love U ayah..

5. Tapi sekarang, Setelah hampir 4 tahun, alhamdulillah, semuanya dah mula memberi semangat.. kakak, mak, semua lah.. I love U All.. aku hanya berharap berikan aku sedikit masa untuk aku buktikan...

6. Memang, berniaga tak semudah yang di sangka, bukan senang nak berurusan melibatkan nak keluarkan duit orang dari wallet atau banknya. tapi itu lah salah satu cabaran sebenarnya.

7. Satu tips yang aku nak share pada kawan-kawan yang sealiran dengan aku... lakukan sesuatu kerana Allah dan dengan niat nak tolong... dan jangan sesekali fikirkan duit je... contoh; Kalau ada orang datang kekedai aku membeli atau membaiki komputer, serap terus perasaan ingin tolong selesaikan masalanya kerana Allah. ianya akan membuatkan kita menjadi sedikit tenang untuk menyelesaikan masalahnya, dan Ingat rezeki dari Allah akan datang kemudian.

8. Jujur juga penting, itu lah sebenarnya yang paling penting dalam berniaga... Semoga Allah akan pelihara kita dengan sentiasa bersikap jujur.

9. Senyum mesti manis bro dan Iklas. Kadang-kadang kita sendiri pun boleh kesan sapa senyum iklas dan tak iklas atau ada udang di sebalik mee... begitu juga anggapan orang kepada kita..

10. Dan yang paling penting pegurusan kewangan kena cantik... haa benda ini aku masih belum mahir sepenuhnya... tapi aku hanya boleh berjaga-jaga aliran masuk keluar.... duit syarikat adalah duit syarikat, dan bukan duit kita, kalau kita nak syarikat kita maju, jujur denganya..

11. Belajar dari kesilapan lepas dan kesilapan orang lain... sebab orang yang bijak akan belajar dari kesilapan diri sendiri, orang yang cerdik akan berlajar dari kesilapan orang lain....

Semuanya Hanya kerana Allah.....

Comments

Popular Posts

Resepi Rendang Ayam Kedah

Masakan Rendang Ayam Kedah Resepi Rendang Ayam Kedah 1.  Rendang Pasanganya Lemang atau ketupat. Tak kesahlah Ketupat Daun Palas atau Ketupat Daun Buluh . Yang penting Rendang mesti kena ada kalau nak makan Ketupat, Barulah Lengkap. Penting untuk setiap keluarga salah seorangnya mesti pandai Masak Rendang Ayam ataupun rendang Daging supaya tak kempunan Nanti. 2. Rendang ni ada juga pedebatan dalam kalangan Netizen yang mempersoalkan asal usul rendang dari Negeri Mana. Bukan di situ saja, malah antara Malaysia dan Indonesia pun menjadi isu claim mengclaim asal usul rendang. Bagi aku taklah menjadi isu dari mana Sejarah asal usul Rendang, yang penting pandai masak Rendang dan sedap di makan. 3. Kali ini aku nak Kongsi sedikit ilmu tentang cara nak masak Rendang Ayam yang sedap. Oleh kerana aku orang Kedah, aku namakan resepi rendang ini sebagai Rendang ayam Kedah hihi. 4. Masak Rendang ayam ni lebih mudah daripada Masak rendang Daging. Kalau Rendang Daging, kita perlu cari daging yang b

Cara Install Printer Canon G2010 Tanpa CD Driver

Cara Install Printer Canon G2010 Tanpa CD Driver Memang akan ada masalah kalau CD printer yg di beri semasa kita beli kumputer hilang. Selalunya benda-benda yg kita anggap simple ni tak lah kita nak ambil kisah sangat letak dekat mana. Ia menjadi genting bilamana kita nak guna CD tu untuk tujuan Install Printer.  Ada beberapa stuasi yg memerlukan kita guna perlu install balik driver printer iaitu setelah Windows di format baru atau Driver hilang seperti tak sengaji di Uninstall driver. Tapi jagan cemas kalau CD driver printer tu hilang, sebab dalam website Syarikat pembekal printer seperti Canon, HP dan sebagainya ada tersedia tempat untuk kita download balik Software Driver Priter mengikut Model yang kita guna. Kalau anda faham betul-betul langkahnya , ia akan menjadi mudah saja untuk di lakukan. Berikut saya sertakan link Website untuk dawnload driver printer mengukut jenama Syarikat. Klik Disini :  Canon website download link Saya akan tunjukkan cara download satu persatu. Sila perh

Kedai Printing dan Fotostat Jitra, Kubang Pasu Kedah

Kedai Printing dan Fotostat Jitra, Kubang Pasu Kedah Ana nak cerita sikit tentang kedai kawan Ani ni, Kedai Printing dan Fotostat Paksu. Untuk pengetahuan semua yang kerjanya berkaitan Printing atau Photostat , Kedai Paksu ini saya amat-amat sarankan untuk anda berurusan. Sebabnya , kedai ini amat selesa untuk anda buat kerja. Ruang dalaman yang selesa, udara yang nyaman dan bersih, Tersusun dengan rapi pasti membuatkan anda selesa disana. Kedai Paksu ni juga Mesra pelanggan dan mudah mesra pasti anda takkan rasa terasing bila berurusan dengan Mereka. Sejujurnya , dari segi layanan dan persekitaran, saya bagi Lima Bintang untuk Kedai Paksu ni.  Kalau anda perlukan Plotter atau Printing Bersaiz A1, Kedai Paksu ada sediakan Mesin Plotter untuk kerja-kerja anda. Jadi kalau anda nak Print Plan rumah atau sepertinya, boleh datang Print di Kedai Paksu. Plotter Printer Disini juga tersedia tempat khas untuk anda buat kerja-kerja yang belum siap dengan santai. Suasananya pun berhawa dinggin da

Cara Download Driver Printer Canon Untuk Installation

Download dam Install Printer Driver Cara Download Driver Printer Canon Untuk Installation          Memang akan ada masalah kalau CD printer yg di beri semasa kita beli kumputer hilang. Selalunya benda-benda yg kita anggap simple ni tak lah kita nak ambil kisah sangat letak dekat mana. Ia menjadi genting bilamana kita nak guna CD tu untuk tujuan Install Printer.  Ada beberapa stuasi yg memerlukan kita guna perlu install balik driver printer iaitu setelah Windows di format baru atau Driver hilang seperti tak sengaji di Uninstall driver. Tapi jagan cemas kalau CD driver printer tu hilang, sebab dalam website Syarikat pembekal printer seperti Canon, HP dan sebagainya ada tersedia tempat untuk kita download balik Software Driver Priter mengikut Model yang kita guna. Kalau anda faham betul-betul langkahnya , ia akan menjadi mudah saja untuk di lakukan. Berikut saya sertakan link Website untuk dawnload driver printer mengukut jenama Syarikat. Klik Disini : Canon website download link Saya aka

Tips Untuk Peniaga Baru Shopee, 2 Kesalahan Besar Dalam Penggunaan Shopee Ads

1. Sebagai peniaga yang baru memasarkan produk dalam laman shopee, Shopee Ads salah satu pekara yang perlu kita belajar dan mendalami sejauh mana Shopee Ads ini dapat membantu melonjakkan jualan di Shopee. 2. Shopee Ads adalah iklan berbayar yang tujuannya adalah untuk menolak iklan produk kita berada di halaman yang paling utama. 3. Maksudnya, kita perlu mengeluarkan duit kepada shopee untuk mengunakan shopee ads ini. Di sebabkan ia bukanlah free, maka kita perlu mengunakan ia sebaik mungkin supaya duit yang kita laburkan itu tidak melebur begitu saja. 4. Pulangan hasil yang dah kita laburkan itu mesti setimpal dengan jumlah yang telah kita keluarkan.  5. Kita perlu faham, di dalam shopee ada beribu seller seperti kita yang juga berlumba-lumba bersaing sesama sendiri untuk menjual. 6. Seringkali, peniaga yang baru akan tewas dalam persaingan ini dengan seller yang sudah otai disebabkan pengalaman yang mereka miliki. 7. Tapi, tu bukan alasan untuk peniaga yang baru ceburi berniaga di s