Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

Yang mana satu nikmat Allah yang hendak kita dustakan ?

Terjemahan surah ar-Rahman [1](Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. [2]Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran. [3]Dia lah yang telah menciptakan manusia; - [4]Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. [5]Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu; [6]Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya. [7]Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan, [8]Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan; [9]Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. [10]Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain: [11]Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang; [12]Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdap

Kenapa orang bertukar jadi Jahat ?

Hari demi hari, detik demi dedik, in another word tiap-tiap hari dan waktu ada saja cerita-cerita jenayah terpapar dlm surat khabar atau media masa. Hari ini 8/2/2012, bermacam-macam berita yang aku baca berkenaan kes jenayah .  Kenapa la ada orang pilih jalan nak jadi jahat? Apa yang mereka fikir dan kejar dalam hidup yang sementara ini. Kekayaan ker? Kemewahan ker? Harta ? pangkat ?. berani kerat kuku, kalau solan ini di ajukan kepada penjahat-penjahat tu, aku rasa dorang pun tak ada jawapanya. Jadi orang baik lagi mudah dari jadi orang jahat. Btl tak? Tetapi masih ada orang yang pilih jalan bertentaggan dalam kehidupan. Ini sudah tentulah ada yang tak kena pada orang seperti itu.  Some thing wrong org putih cakap. Di mana silapnya, siapa yang silap ni? Nak salahkan ibu megandung jugak ker? Atau salah ayah yang tak ajar atau tran betul-betul masa dorang kecik-kecik dulu. Majoriti yang melakukan jenayah adalah berumur dalam lingkugan muda dan sudah boleh berfikir dengan

Kita Adalah Ahlu sunnah wal Jamaah, Mazhab Syafie aliran Asya'iroh/al Maturidiyyah

Di Malaysia umum mengetahui, kita adalah berpegang kepada Ahlu Sunnah Wal Jamaah bermazhab syafie dalam Fiqh dan dalam akhidah bermazhab asyairoh, sudah sekian dan berkurun lamanya kita megamalkan apa yang sudah di gariskan oleh ulamak-ulamak di dalam mazhab syafie asyairoh. Amalan-amalan yg sudah kian subur dalam kehidupan umat islam di nusantara ini langsung tiada pertelagahan dan di terima baik oleh seluruh dunia islam di nusantara ini. Di dalam Ahlu sunnah waljamaah sudah sedia maklum , ada 3 lagi mazhab yang besar selain dari mazhab kita mazhab syafie, tiga mazhab itu ialan mazhab Hambali, Mazhab Maliki dan Mazhab Hanafi. Keempat-empat mahab ini tidak pernah bertelagah antara satu sama lain walaupun berbeza pendapat dalam sesetengan masalah khilafyyah(cabang) dalam memahami Hadist yang di tinggalkan oleh Rasulullah. Namun ulamak-ulamak dalam keempat-empat mazhab ini masih menghormati antara satu sama lain. Contoh ini di buktikan sendiri oleh Imam Besar kita Iaitu Imam Syafie