Skip to main content

Kita Adalah Ahlu sunnah wal Jamaah, Mazhab Syafie aliran Asya'iroh/al Maturidiyyah



Di Malaysia umum mengetahui, kita adalah berpegang kepada Ahlu Sunnah Wal Jamaah bermazhab syafie dalam Fiqh dan dalam akhidah bermazhab asyairoh, sudah sekian dan berkurun lamanya kita megamalkan apa yang sudah di gariskan oleh ulamak-ulamak di dalam mazhab syafie asyairoh. Amalan-amalan yg sudah kian subur dalam kehidupan umat islam di nusantara ini langsung tiada pertelagahan dan di terima baik oleh seluruh dunia islam di nusantara ini.

Di dalam Ahlu sunnah waljamaah sudah sedia maklum , ada 3 lagi mazhab yang besar selain dari mazhab kita mazhab syafie, tiga mazhab itu ialan mazhab Hambali, Mazhab Maliki dan Mazhab Hanafi. Keempat-empat mahab ini tidak pernah bertelagah antara satu sama lain walaupun berbeza pendapat dalam sesetengan masalah khilafyyah(cabang) dalam memahami Hadist yang di tinggalkan oleh Rasulullah. Namun ulamak-ulamak dalam keempat-empat mazhab ini masih menghormati antara satu sama lain. Contoh ini di buktikan sendiri oleh Imam Besar kita Iaitu Imam Syafie ketika Imam Syafie menziarahi anak muridnya Imam Ahmad Bin Hambal, ketika Imam Syafie mengimamkan solat subuh, beliau meningalkan bacaan doa qunut di sebabkan menghormati mazhab hambali yang tidak mengamalkan doa qunut pada setiap solat subuh. Tetapi di dalam mazhab syafie , Qunut subuh adalah pekara sunat dan sudah menjadi kebiasaan. Dapat pahala kalau lakukan dan tak berdosa kalau ditinggalkan.

Namun , sejak akhir-akhir ini dan mungkin juga sudah lama , timbul satu kumpulan yang entah dari mana datangnya cuba menimbulkan persoalan tentang amalan-amalan yang di lakukan oleh umat islam di rantau ini. Dengan mengunakan nama minda pembaharuan , minta tahjid, atau pergerakan kembali kepada Al-quran dan As-sunnah. Kumpulan kecil ini Cuma mainkan isu-isu yang boleh memecah belakan perpaduan umat islam di rantau amnya atau di Malaysia Khasnya. Adakah mereka benar mengikut sunnah? Adakah orang lain selain mereka tidak mengikut sunnah? Atau mereka hanya mencuba nasib mencari pengaruh di bumi Malaysia. Dengan megajar fahaman yang tidak selari dengan apa yang sudah sedia ada dengan nama gerakan pembaharuan, ianya pasti akan timbul rasa kurang senang dan tuduh menuduh pihak mana yang mengikut sunnah dan pihak mana yang punah.

Kumpulan ini seringkali memainkan isu khilafyyah(masalah furu’) sebagai satu amalan yang Bidaah , sesat, syirik dan bermacam-macam tuduhan liar lagi. Kumpulan ini juga membawa fahaman yang tidak membolehkan berpegang atau bertaklid pada satu mazhab sahaja dengan Alasan ulama tidak maksum. Dan sudah pasti sasaran penyebaran fahaman mereka adalah orang awam yang masih belum tahu dengan mendalam hal-hal agama seperti kita.

Dengan menghukum amalan – amalan yang di lakukan oleh umat islam di rantau ini sebagai pekara bidaah yang membawa kepada keneraka , sudah tentulah ini satu tudukan yang berat dan jahat. Seolah-olah mereka sudah meletakan kita, ibu-bapa kita, datuk dan nenek kita yang sudah lama meninggal tempatnya di dalam neraka, Nauzubillah. Apa hak mereka menuduh sedemikian rupa? Sedangkan amalan-amalan yang di lakukan oleh datuk dan nenek kita dan di warisi sehingga sekarang masih mempunyai dalil dan Nas dan sudah di bincang dan di sepakati oleh ulamak-ulamak besar di dalam mazhab di zaman terdahulu. Tuduhan-tuduhan ini adalah seperti melakukan Kenduri Tahlil Arwah sebagai bidaah. Membaca yasin malam jumaat sebagai Bidaah, berzikir dan berdoa beramai-ramai sebagai bidaah dan seribu satu macam lagi masalah yang mereka cuba mengserabutkan pemikiran orang awam yang kurang pengetahuan seperti kita.

Di tegaskan sekali lagi di laman blog saya ini untuk saudara dan saudari yang berkunjung berfikir sejenak. Kita di Malaysia adalah berpegang kepada Mazhab Syafie di dalam Fiqh dan akhidah bermazhab asyairoh. Selain dari itu adalah tertolak kecuali dalam kelompuk mazhab-mazhab yang 4. Berhati-hati dengan kumpulan ini yang berbeza sama sekali dengan apa yang sudah kita belajar dan terdidik dari zaman sebelum kita mengenal dunia lagi.


Baca Juga ; 

Maksud Fahaman Wahabi Secara Ringkas Dan Kesannya Kepada Masyarakat "
Salafi Wahabi Fahaman Yang Mengelirukan "
Bidaah Hasanah dan Bidaah Dholalah "
Maksud Bid'ah dan Pembahagian Bidaah "




Comments

Popular Posts

Resepi Rendang Ayam Kedah

Masakan Rendang Ayam Kedah Resepi Rendang Ayam Kedah 1.  Rendang Pasanganya Lemang atau ketupat. Tak kesahlah Ketupat Daun Palas atau Ketupat Daun Buluh . Yang penting Rendang mesti kena ada kalau nak makan Ketupat, Barulah Lengkap. Penting untuk setiap keluarga salah seorangnya mesti pandai Masak Rendang Ayam ataupun rendang Daging supaya tak kempunan Nanti. 2. Rendang ni ada juga pedebatan dalam kalangan Netizen yang mempersoalkan asal usul rendang dari Negeri Mana. Bukan di situ saja, malah antara Malaysia dan Indonesia pun menjadi isu claim mengclaim asal usul rendang. Bagi aku taklah menjadi isu dari mana Sejarah asal usul Rendang, yang penting pandai masak Rendang dan sedap di makan. 3. Kali ini aku nak Kongsi sedikit ilmu tentang cara nak masak Rendang Ayam yang sedap. Oleh kerana aku orang Kedah, aku namakan resepi rendang ini sebagai Rendang ayam Kedah hihi. 4. Masak Rendang ayam ni lebih mudah daripada Masak rendang Daging. Kalau Rendang Daging, kita perlu cari daging yang b

Ketupat Daun Palas Kedah

Ketupat Daun Palas  Ketupat Daun Palas Kedah        Ketupat Daun Palas Kedah atau Utara memang menjadi antara manu wajib pada hari Raya Aidilfitri mahupun Hari Raya aidil adha. Cara penyediaannya pula memerlukan kemahiran dan mengalaman dalam mendalam untuk menyediakan ketupat daun palas yang enak. Menambah lagi kemeriahan makan ketupat daun palas semestinya dengan adanya pencicahnya seperti kari ayam/daging, Rendang Ayam atau pun daging. Pasti akan menceriakan pagi hari raya anda. Untuk menyediakan Ketupat Daun Palas Kedah kita memerlukan beberapa bahan asas iaitu :  1. Beras Pulut 2. Santan Kelapa Pekat ( 400 gram santan pekat Untuk 1 kg pulut ) 3. Daun Pandan ( 5 helai ) 4. Daun Palas 5. Gula ( Secukup Rasa )  6. Garam ( Secukup Rasa ) Bahan Untuk masak pulut ketupat *Untuk rasa yang lebih enak, Gunakan Pulut Susu. Cara Penyediaan Pulut untuk di Balut ( Masakan petama ) Saya terangkan dengan anggaran untuk 1 kg Beras Pulut. Sukatan air dan santan , 400Gram santan pekat + 1 gelas ai

Berapa ketinggian Menara KLCC ?

1. Berapa ketinggian Menara KLCC ? (A) 8220 M (B) 4520 m (C) 452 km (D) 452 M (E) Tinggi, aku pergi melawat dah dengan femily hari tu. 2. Ketinggian Menara Kuala Lumpur (A) 200 M Kot (B) 450 m (C) 452 km (D) 421 M (E) Yang mana satu menara KL ? 3. Apakah nama ibu negara Manggolia ? (A) emmmm ... (B) Mosssssco ? (C) Ulambatu (D) Ulaanbaatar (E) Altantuya. 4. Sungai terpanjang di Malaysia ? (A) Sungai kinabatanggan. (B) Sungai kinabalu (C) Sungai Rajang (D) Sungai Ranjang (E) Sungai Pahang   5. Gunung tertinggi pula? , Dalam Malaysia je. (A) Gunung Kinabalu (B) Gunung Everest (C) Gunung Jerai (D) Gunung Tahan (E) Senang je soalan ni, tak nak jawab.   6. Negeri apa paling terkecil di malaysia? (A) Perlis (B) Pulau pinang (C) Melaka (D) Langkawi (E) Singgapore?   7. Negeri Terluas di Malaysia ? (A) Kedah (B) Pahang (C) Perak (D) Sarawak (E) Bornio   8. Jarak Lebuh Raya Utara Selatan PLUS ? (A) 847.7 Pounds (B) 847.7 Kj (C) 847.7 KG (D) 847.7 KM (E) 847.7 Mph   9.B

Kenali Jenis-jenis Handbag Dan Fungsinya Mengikut Kesesuaian Tempat Anda Pergi

Kenali Jenis-jenis Handbag Dan Fungsinya Mengikut Kesesuaian Tempat Anda Pergi Di pasaran sekarang ada pelbagai jenis Handbag dengan banyak Jenama, saiz dan reka bentuk yang menarik. Semua anda boleh pilih mengukut cita rasa anda, ada yang panjang, pendek leper dan bulat. Ia merupakan Benda penting untuk menyerlahkan gaya personaliti diri anda apabila berada di majlis-majlis formal mahupun tak formal, bergantung kepada kesesuaian majlis yang anda hadiri. Handbag juga sudah menjadi satu imej Mewah kepada golongan-golongan yang tertentu. Ada sesetagah orang kaya yang menjadikan handbag sebagai Benda koleksi dan ada harganya yang mencecah Ratusan ribu ringgit. dari Bag Tangan pun orang dah boleh tahu personaliti diri anda. Handbag atau Bag Tangan adalah aksesori yg wajib menjadi peneman kepada setiap wanita.. tak kiralah kemana di nak pergi. Tapi, tahukah anda yang handbag juga dapat menentukan keperibadian diri seseorang? Jom ketahuai Jenis Handbag dan Fungsinya agar anda tak Tersalah Ha

Karangan Sayangi Malaysiaku

     Sayangi Malaysiaku Karangan Sayangi Malaysiaku       Negara Kita malaysia namanya, di sinilah tempat kita dilahir, besarkan dan mungkin juga tempat kita dikebumikan, tempat tumpah darah. Semua org sayangkan negara ini sehubunggan dengan itu kita perlu mempertahankan negara dan agama kita dengan apa cara sekalipun, dari berbagai bentuk ancaman. Tak kiralah siapa kita, kerjaya kita, saiz fizikal kita. Agama dan negara, wajip kita pertahankan.      sememangnya, bercakap adalah terlalu mudah untuk dilafaskan, untuk memikul tangungjawan ini memerlukan seribu satu pengorbanan, tetapi tidak bermakna ianya susah untuk di pikul " Kami tak besar dan kami tak kuat, bila bekerjasama semua jadi mudah" wanderpet ^_^       Perpaduan adalah teras kepada kekuatan agama, bangsa dan negara. Dalam hal ini, ia melibatkan seluruh rakyat malaysia dan semua lapisan masyarakat untuk saling mengeratkan perpaduan di antara kita. Hanya dengan perpaduan saja yang dapat membantu kita melaksanakan seg