Skip to main content

Kita Adalah Ahlu sunnah wal Jamaah, Mazhab Syafie aliran Asya'iroh/al Maturidiyyah



Di Malaysia umum mengetahui, kita adalah berpegang kepada Ahlu Sunnah Wal Jamaah bermazhab syafie dalam Fiqh dan dalam akhidah bermazhab asyairoh, sudah sekian dan berkurun lamanya kita megamalkan apa yang sudah di gariskan oleh ulamak-ulamak di dalam mazhab syafie asyairoh. Amalan-amalan yg sudah kian subur dalam kehidupan umat islam di nusantara ini langsung tiada pertelagahan dan di terima baik oleh seluruh dunia islam di nusantara ini.

Di dalam Ahlu sunnah waljamaah sudah sedia maklum , ada 3 lagi mazhab yang besar selain dari mazhab kita mazhab syafie, tiga mazhab itu ialan mazhab Hambali, Mazhab Maliki dan Mazhab Hanafi. Keempat-empat mahab ini tidak pernah bertelagah antara satu sama lain walaupun berbeza pendapat dalam sesetengan masalah khilafyyah(cabang) dalam memahami Hadist yang di tinggalkan oleh Rasulullah. Namun ulamak-ulamak dalam keempat-empat mazhab ini masih menghormati antara satu sama lain. Contoh ini di buktikan sendiri oleh Imam Besar kita Iaitu Imam Syafie ketika Imam Syafie menziarahi anak muridnya Imam Ahmad Bin Hambal, ketika Imam Syafie mengimamkan solat subuh, beliau meningalkan bacaan doa qunut di sebabkan menghormati mazhab hambali yang tidak mengamalkan doa qunut pada setiap solat subuh. Tetapi di dalam mazhab syafie , Qunut subuh adalah pekara sunat dan sudah menjadi kebiasaan. Dapat pahala kalau lakukan dan tak berdosa kalau ditinggalkan.

Namun , sejak akhir-akhir ini dan mungkin juga sudah lama , timbul satu kumpulan yang entah dari mana datangnya cuba menimbulkan persoalan tentang amalan-amalan yang di lakukan oleh umat islam di rantau ini. Dengan mengunakan nama minda pembaharuan , minta tahjid, atau pergerakan kembali kepada Al-quran dan As-sunnah. Kumpulan kecil ini Cuma mainkan isu-isu yang boleh memecah belakan perpaduan umat islam di rantau amnya atau di Malaysia Khasnya. Adakah mereka benar mengikut sunnah? Adakah orang lain selain mereka tidak mengikut sunnah? Atau mereka hanya mencuba nasib mencari pengaruh di bumi Malaysia. Dengan megajar fahaman yang tidak selari dengan apa yang sudah sedia ada dengan nama gerakan pembaharuan, ianya pasti akan timbul rasa kurang senang dan tuduh menuduh pihak mana yang mengikut sunnah dan pihak mana yang punah.

Kumpulan ini seringkali memainkan isu khilafyyah(masalah furu’) sebagai satu amalan yang Bidaah , sesat, syirik dan bermacam-macam tuduhan liar lagi. Kumpulan ini juga membawa fahaman yang tidak membolehkan berpegang atau bertaklid pada satu mazhab sahaja dengan Alasan ulama tidak maksum. Dan sudah pasti sasaran penyebaran fahaman mereka adalah orang awam yang masih belum tahu dengan mendalam hal-hal agama seperti kita.

Dengan menghukum amalan – amalan yang di lakukan oleh umat islam di rantau ini sebagai pekara bidaah yang membawa kepada keneraka , sudah tentulah ini satu tudukan yang berat dan jahat. Seolah-olah mereka sudah meletakan kita, ibu-bapa kita, datuk dan nenek kita yang sudah lama meninggal tempatnya di dalam neraka, Nauzubillah. Apa hak mereka menuduh sedemikian rupa? Sedangkan amalan-amalan yang di lakukan oleh datuk dan nenek kita dan di warisi sehingga sekarang masih mempunyai dalil dan Nas dan sudah di bincang dan di sepakati oleh ulamak-ulamak besar di dalam mazhab di zaman terdahulu. Tuduhan-tuduhan ini adalah seperti melakukan Kenduri Tahlil Arwah sebagai bidaah. Membaca yasin malam jumaat sebagai Bidaah, berzikir dan berdoa beramai-ramai sebagai bidaah dan seribu satu macam lagi masalah yang mereka cuba mengserabutkan pemikiran orang awam yang kurang pengetahuan seperti kita.

Di tegaskan sekali lagi di laman blog saya ini untuk saudara dan saudari yang berkunjung berfikir sejenak. Kita di Malaysia adalah berpegang kepada Mazhab Syafie di dalam Fiqh dan akhidah bermazhab asyairoh. Selain dari itu adalah tertolak kecuali dalam kelompuk mazhab-mazhab yang 4. Berhati-hati dengan kumpulan ini yang berbeza sama sekali dengan apa yang sudah kita belajar dan terdidik dari zaman sebelum kita mengenal dunia lagi.


Baca Juga ; 

Maksud Fahaman Wahabi Secara Ringkas Dan Kesannya Kepada Masyarakat "
Salafi Wahabi Fahaman Yang Mengelirukan "
Bidaah Hasanah dan Bidaah Dholalah "
Maksud Bid'ah dan Pembahagian Bidaah "




Comments

Popular Posts

Resepi Rendang Ayam Kedah

Masakan Rendang Ayam Kedah Resepi Rendang Ayam Kedah 1.  Rendang Pasanganya Lemang atau ketupat. Tak kesahlah Ketupat Daun Palas atau Ketupat Daun Buluh . Yang penting Rendang mesti kena ada kalau nak makan Ketupat, Barulah Lengkap. Penting untuk setiap keluarga salah seorangnya mesti pandai Masak Rendang Ayam ataupun rendang Daging supaya tak kempunan Nanti. 2. Rendang ni ada juga pedebatan dalam kalangan Netizen yang mempersoalkan asal usul rendang dari Negeri Mana. Bukan di situ saja, malah antara Malaysia dan Indonesia pun menjadi isu claim mengclaim asal usul rendang. Bagi aku taklah menjadi isu dari mana Sejarah asal usul Rendang, yang penting pandai masak Rendang dan sedap di makan. 3. Kali ini aku nak Kongsi sedikit ilmu tentang cara nak masak Rendang Ayam yang sedap. Oleh kerana aku orang Kedah, aku namakan resepi rendang ini sebagai Rendang ayam Kedah hihi. 4. Masak Rendang ayam ni lebih mudah daripada Masak rendang Daging. Kalau Rendang Daging, kita perlu cari daging yang b

Tempat Borong Barang Murah Untuk Memulakan Perniagaan

Tempat Borong Barang Murah Untuk Memulakan Perniagaan Kali ini saya ingin Kongsikan satu Rahsia yg sudah jadi bukan rahsia lagi.. Iaitu cara bagaimana nak borong Barangan dari China untuk Business. Kalau dulu, ya mungkin tak ramai org tahu bagaimana, tapi sekarang sudah Ramai yang pandai dan pakar. Bagai mana dengan anda sudah tahu caranya atau sudah pakar ? kalau belum teruskan membaca perkongsian saya. Sekarang ni zaman sudah berbeza, anda dah tak perlu terbang pergi ke Negara China sana untuk cari dan borong barang untuk perniagaan anda.. sekadar duduk di depan Komputer dan online je, anda dah boleh beli dan borong barang dari sana.. Kenapa China? bukan negara lain..      Kenapa Negara china ?  sebab sekarang sudah tak boleh di nafikan lagi bahawa negara China itu adalah Kuasa ekonomi dunia, dan Baranggan keluaran kilang-kilang di sana adalah yg terbesar di dunia buat masa sekarang. USA yg antara kuasa ekonomi dunia pun sudang pening dengan peningkatan Kuasa ekonomi dunia.

Perkhidmatan Urut Tradisional di Jitra, Daerah Kubang Pasu

Perkhidmatan Urut Tradisional di Jitra, Daerah Kubang Pasu 1. Assalamualaikum Semua.. Ni Degaq cek nak Habaq, Kalau ada sesiapa yang rasa badan selalu tak selesa dan rasa sakit-sakit. Tu bermakna sistem pengaliran darah di badan anda perlukan rawatan. Salah satu cara yang boleh anda usaha adalah dengan membuat Urutan. 2. Kalau anda nak cari siapa yang boleh bantu anda , ni saya nak bagi tahu pakar urut tradisional yang parlu anda jumpa. Al Rahman Reflexology , Encik Naim, No Tel  013-469 4360, atau anda boleh terus tekan Link WhatsApp di bawa untuk buat temu janji.  http://www.wasap.my/+60134694360/NakUrut Urut Badan Tradisional 3. Untuk maklumat semua, Perhidmatan urut ini di usahakan oleh Pasangan Suami isteri, So perhidmatan ini juga terbuka untuk lelaki dan perempuan.  4. Perkidmatan urut tradisianal ini di lakukan secara pergi dari rumah ke rumah. Jadi jika anda berhajat, tak perlulah susah-susah pergi ke kedai urut. Cukup sekadar buat temujanji dengan contact link WhatsApp saya b

Rumah Untuk Dijual di Taman Tunku Sarina Bandar Darul Aman , Jitra Kedah

Rumah Untuk Dijual di Taman Tunku Sarina Bandar Darul Aman , Jitra Kedah Ada sapa yang berminat nak memiliki aset Rumah di Taman Tunku Sarina Bandar Darul Aman, Jitra Kedah? Ana nak bagi tau sebiji rumah teres Dua tinggat kepunyaan kawan Ana nak dilepaskan. Berikut adalah Gambar depan rumah Tersebut di Taman Tengku Sarina. Pandangan Hadapan Rumah Rumah Teres Dua Tingkat ini memiliki 3 Bilik tidur dan 3 Bilik Air. Sudah siap berpagar dengan Cantik dan ruang depan yang selesa. Jalan Dihadapan Rumah Berdekatan dengan sekolah, Mini Market 1km ke Taman Tema Tasik Darul Aman. Berhadapan dengan Jalan Utama Masuk Taman Perumahan Tengku Sarina. Jalan Utama Harga Jualan adalah RM340 Ribu. Untuk maklumat lanjut dan berminat nak meninjau Rumah ini secara lebih terperinci. Boleh whatsapp atau hubunggi Number di bawah. EN Joe: 0165889878 Atau Klik Je Link WhatsApp ini  http://www.wasap.my/+60165889878/NakTengokRumah

Pembekal Daun Pisang Untuk Membungkus Makanan

Pembekal Daun Pisang Untuk Membungkus Makanan 1. Daun Pisang adalah daun yang sudah sinonim dengan Masyarakat kita di Malaysia. Banyak kegunaan Daun Pisang dalam manu-manu masakan yang terkenal di negara kita, seperi Nasi Lemak, Lemang, Ikan Bakar dan pelbagai jenis Kuih Muih. 2. Saya rasa sejak dari zaman dulu lagi, datok nenek kita mengunakan Daun Pisang sebagai bahan utama dalam pembungkusan makanan. Banyak kelebihan yang kita dapat jika kita menggunakan Daun Pisang dalam pembungkusan Makanan.   3. Sudah tentulah daun pisang adalah bahan yang mesra alam berbanding Kertas dan Plastik. Bahan-bahan seperti Plastik yang di gunakan dlm industri Makanan telah banyak mencemarkan alam sekitar. Jika kita ingin melihat bumi kita kekal segar, penggunaan Daun Pisang perlu di utamakan dalam pengunaan pembukusan terutamanya nasi Lemak. 4. Jika anda adalah seorang yang pencipta Alam, saya sarankan, gunalah daun pisang dalam membungkus, melapik makanan dan hindari jauh-jauh daripada pengunaan bahan