28/05/2012

Hari Itu Pasti Akan Tiba

Biar wang segudang, Biar kita mempunyai kapal terbang… Nanti bila amal di timbang, Kita tak mampu menentang. Dan ianya pasti akan tiba. Hari itu semua binasa, Di waktu langit digulung , tak ada seorang pun yang terlepas dari menyaksikan sendiri Hari itu menjelma.

Di saat dunia dan makluk di bumi melabuhkan tirai pementasannya. Tiada siapa yang bertegur siapa. Semuanya sebuk dengan diri sendiri. Si ibu terlupa akan si baby yang sedang di susukannya. Si pencinta dunia akan tergamam pada apa yang sedang di saksikannya. Suatu hari yang sudah di janjikan akan tiba. Berulang-ulang ulamak memesan dan meperigati kepada kita. Berjuta kali doa dipohon untuk manusia semoga tak terlupa akan hati itu. Dunia seindah ini pasti binasa.

 Tiada lagi kesempatan untuk meminta ampun akan dosa yg di lakukan. Tiada lagi gunanya air mata walau tumpahnya sekolam. Tiada lagi jeritan penyesalan yang dapat di jelaskan oleh suara hati yang hitam. Tiada lagi pembohonggan yang terlepas dari penghakiman. Hanya yang punya bekalan dapat melaluinya dengan tenang.

 Beruntunglah kepada siapa yang telah berjuang, dalam menegakkan syiar agaman Islam. Igauan hitam menghantui di dalam, ketika itu sudah faham maksud sebenar ajaran islam, benarlah kepalsuan kepahagiaan yg di sajikan syaitan rupanya sebuah perangkap yang kejam. 

Peringatan ini untuk diriku dan juga saudara seagamaku..

08/05/2012

Berkorban Apa Saja

video
Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra Sejati dan mulia
 hmm... hmm... hmm...

Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
 Itulah tandanya Jika mahu diuji

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia