25/06/2012

Bingkisan cerita Perniagaanku

Assalamulaikum, dah lama rasanya tak menulis menyentuh tentang pejalanan aku dalam business. Tahun ni adalah tahun ke-5 aku menguruskan kedai kesayanggan aku ni… cinta aku pada kedai ini dah menjadi terlalu mendalam sangat-sangat. Hanya dia yang menjadi teman aku tiap-tiap hari. Teman aku bersembang(sorang2), Tempat aku berehat. Hanya dia saja yg setia bersama aku di saat aku suka dan down… cheywah… tak adalah. Cinta yang sepatutnya kita letakkan adalah cintakan Allah right? Sungguh pun begitu, memang aku sayangkan perniagaan aku ni.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, kedai aku sekarang dah ubah nama sekali lagi. Bukan lagi Idaman Computer centre. Tetapi “ RHI idaman enterprise " . Aku terpaksa tukar sebab apa bila kita letak nama “ COMPUTER “ pada nama sesuatu perniagaan, kita dah tak boleh letak lain-lain perniagaan dah pada nama tu. Contoh kalau aku nak jual baju ker, kain tudung Maya Karen ka , dah tak boleh sebab nama computer tu dah membatasi utk aku libatkan diri dalam perniagaan-perniagaan lain kelak. Kakak SSM(Suruhanjaya Syarikat-Syarikat Malaysia) tu la yang cakap. Jadi aku ni jenis orang yang dengar cakap, aku ikut la kakak tu cakap. So sekarang kedai aku Namanya “ RHI Idaman Enterprise “ RHI stand for “ Rahman Hj Ishak “ dan sebab aku kekalkan nama idaman tu cos dah ramai org kenal nama tu dan aku tak nak orang keliru. Yg penting tak melibatkan yg masih hidup ataupun yang sudah mati.

Tambahan pengalaman setelah 5 tahun… Mungkin ada penambahannya, tak di nafikan, ada satu dua pekara baru yang telah aku lalui contohnya. Pihak Microsoft telah mendenda beberapa kedai di kawasan aku Jitra Dan Alor star sebab menggunakan perisian bukan original. Secara tak langsung membuatkan aku sedikit cuak dan berhati-hati. Bukan sikit wa cakap lu. Sebiji kedai kena sampai 12 ribu. Tapi Alhamdulillah sebab aku banyak menjual computer Recond tak ada masalah sangat sebab computer recond sudah ada lisen windows original . yang problemnya perisian Microsoft office. Lepas ni kalau sesiapa nak aku install Office 2007/2010 ka? Siap la 3/4 Ratus sebab aku kena beli yg original jer. Yg piret aku tak layan dan sebab takut kena denda makan tak habis.

Sejak dua menjak ni, aku sering terfikir dalam ayat mudah faham “ Muhasabah diri” aku di dalam sepanjang lima tahun aku berniaga ni. Aku dulu dan sekarang dari segi kenalan dan pelanggan memang dah ramai kenal berbanding dulu. Cuma aku rasa dari segi prestasi aku dlm bab promosi/ marketing plan aku sedikit merosot. Kalau dulu aku banyak keluar mencari pelanggan, sekarang aku banyak tunggu pelanggan datang kedai. Mungkain ini satu sifat yang buruk pada aku dan para perniaga-peniaga lain . atau memang aku sorang ja mcm ni. Entah. Terpikir sejenak, aku perlu menjadi diri aku seperti 5 tahun lepas dalam mengatasi masalah ini. isyaallah, mungkin itu yang aku perlu fikirkan sekarang... berfikir dan terus berfikir.  di samping mengharapkan kurniaan rahmat dan hidayah diripada Allah. 

14/06/2012

Mencari Yang Terbaik

Setiap orang mempunyai naluri untuk mencari yang sempurna dan terbaik dalam hidup ini. tak kiralah dalam apa pekara sekalipun. Semua orang nakkan kehidupan yang terbaik dan selesa. Ada kereta besar, rumah yang cantik. Mempunyai anak yang soleh, dan mempunyai ayah dan mak yang misalli. Pendek kata semualah yang sempurna dan best-best menjadi keutamaan dalam hidup setiap orang. 

Andai kesempurnaan itu belum tercapai maka semua orang akan berusaha dan berlumba-lumba untuk mencapainya dan akan jadilah persaingan hidup. Seperti pokok-pokok di hutan yang bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari. Tetapi ingat segala-galanya kalau bukan kehendak Allah, maka segala yang kita inginkan tidak akan tercapai dan perlu juga di ingat ada hikmah di sebalik apa yang belaku di dalam kehidupan kita. Tidak semestinya apa yang kita nak sangat-sangat tu terbaik untuk kita. Ada kalanya apa yang hadir dalam hidup kita suka mahupun duka, itulah yang terbaik tanpa kita tahu apa hikmah di sebaliknya.

Ada satu dilong antara cikgu dan anak muridnya tentang “ mencari yang terbaik ”. Bertanya si murid tadi kepada cikgunya “ Cikgu, macam mana kita nak dapatkan pasanggan yang terbaik dalam hidup kita?”…. ada ka budak sekolah tanya soalan macam tu? Tak logic kan. Tapi nak di jadikan cerita baca jer ok ^_^. Lalu cikgu pun mengarahkan anak muridnya tadi pergi ke padang sekolah.” Ok sekarang kamu pergi cari rumput yang terbaik dan bawakannya kepada cikgu, dengan syarat kamu perlu bermula dari padang sebelah kanan dan terus ke kiri dan tidak boleh berpatah balik, hanya satu cikgu nak” Dan di suruhnya mencari satu rumput yang terbaik, tercantik yang ada di atas padang sekolah.

Si anak murinya tadi bersetuju dan terus mencari satu rumput yang terbaik di atas padang tersebut.



Bermulalah pencarian anak murid tadi untuk mendapatkan sehelai rumput yang tercantik. Tiba-tiba matanya tertarik dengan sehelai rumput yang bersinar cantik , warnanya kehijauan dan segar, lalu di petiknya. “ Hah dah dapat, dah dapat.” Bisik hatinya dengan gembira. Tiba-tiba matanya melihat non jauh ke kehadapan melihat masih jauh perjalanan dan masih banyak rumput-rumput di hadapatnya untuk di nilai. Bisik hatinya “ mungkin ada lagi yang cantik dari ini di hadapan sana “ lalu dia membuang rumput yang di petiknya tadi dan terus mara kehadapan dengan harapan akan bertemu dengan rumput yang lebih cantik, lebih bersinar dan lebih segar dari rumput tadi. 

“ hah ini dia dah dapat “ wajah gembira terpancar di mata nya. Tiba-tiba di lihatnya ruput tersebut ada tompuk kekuninggan di sebelah bawah, hati dan fikiranya kembali memikirkan rumput yang sebelum ini. dengan kata mudah rumput ini tak mampu menandinggi kecantikan rumput sebelumnya. Dengan perasaan tersentap dengan apa yg bermain di fikiranya di pun meninggalkan rumput tersebut dan menerukan mencarian dengan harapan yang sama, mencari rumput yang terbaik dari rumput pertama. Setelah berjumpa dengan rumpt yang ketiga, keempat dan kelima. Semuanya senasib dengan rumput yang kedua. Dalam hatinya begitu menyesal mengenangkan rumput yang pertama dan sudah pasti rumput itu akan mati setelah di petik. Nak saja dia pergi dapatkan balik rumput yang pertama tadi, tetapi bila teringatkan syarat cikgunya “ tidak boleh berpatah balik” dia menjadi begitu kecewa.

Setelah selesai mencari rumput yang terbaik di padang, dia pun terus meningalkan padang dan menuju kepada cikgunya yang menanti tanpa membawa sehelai rumput pun, di  tanganya konsong.
Soal cikgu “ dah jupa rumput yang cikgu cakapkan tu”
“ ya, dah jumpa cikgu “ jawanb anak murid tadi dengan suara yang lemah.
“ bak sini , cingu nak lihat “ minta cikgu
Jawabnya sambil duduk lemah di atas sebuah kerusi“ saya dah buang “ wajah kecewa jelas di wajahnya.
Cikgu pun tersenyum  melihat telatah kecewa anak muridnya tapi. Berkata cikgunya “ Apa yang Allah anugerahkan kepada kita adalah yang terbaik dan kita wajib bersyukur keatas-NYA. Lihat orang-orang di sekeliling kita, merekalah yang terbaik untuk kita. Jangan sia-siakan mereka yang hadir dalam hidup kita, merekalah yang terbaik.