30/09/2012

Itulah Sayang Part2

 Tepat Jam 10 malam, semua jemaah sudah beransur pulang setelah selesai Kulyyah malam Jumaat. Banyak ilmu yang di timba Iskandar dan Hafiz malam ni. Kehadiran yang begitu ramai Jemaah bertambah saban minggu ke minggu menunjukan keberkesanan pendekatan yang di ambil oleh Ustarz Yusuf untuk menarik para jemaah kemasjid Al-Hijjaz.

           Ketegasan dan kejujuran dalam menyampaikan Ilmu yang benar menjadi daya penarik kepada Ustarz Yusuf dalam majlis ilmunya. Penjelasan demi penjelasan tentang masalah aqidah, masalah khilafyyah yang menjadi factor pepecahan Masyarakat Islam mudah di rungkai dan di jawabnya dengan Jelas.

          Ustarz Yusuf begitu rapat dengan Iskandar dan Hafiz , malah sentiasa menjadi rujukan mereka dalam segala pekara yang berkaitan hukum hakam Islam. Apa saja persoalan pastinya mereka akan berjumpa dengan Ustarz Yusuf yang ilmunya di akui benar di bawah ajaran ulama’ – ulama’ ahlu sunnah waljamaah bermazhab syafie dan asyairoh.

            “ Panjang juga kupasan ustarz malam ni yer ? bab aqidah ni memang tak boleh main-main. Silap pegang boleh lingkup kita. “ Hafiz bersuara sebaik saja mereka memandu keluar dari kawasan Masjid.

           “ apa boleh buat. Zaman sekarang terlalu banyak ilmu yang orang belajar dan di ajar. So kita kenalah pandai menilai ilmu yang kita dengar , Ramai sangat yang mengaku alim ulamak, tapi bila ajar orang awam , bercanggah dengan ajaran ulamak ahlu sunnah waljamaah. “ sambung Iskandar dengan nada kecewa.

           “ emm entahlah, doakan saja kita dan umat islam lain sentiasa di beri petunjuk “

“ Nak singgah makan tak ? “ Hafiz memperlahankan keretanya sebaik saja melalui kawasan gerai makan berdekatan rumah mereka.

           “ Kalau kau nak makan, singgah la, aku dah makan petang jadi, rasa kenyang lagi “ sampal membuka tali pinggang keselamatan menandakan dia setuju dengan cadanggan Hafiz itu.

           " Manchester United vs Spurs pukul berapa Fiz? " Soal Iskandar kepada Hafiz sebaik saja matanya terpandang ke screen gergasi yang di sediakan oleh tuan kedai makan yang sedang menayangkan saluran astro ESPN.Iskandar..

           " malam Jumaat, mana ada bola.Manchester United lawan Spurs malam besok, mesti kena punya lah Manchester malam besok, Spurs sekarang tengah meningkat moral dan gaya pemainan " Usik Hafiz yang sememangnya dia tahu Iskandar adalah peminat Fanatik Clab bola sepak enggeris itu.

            Iskandar memerhati tajam kearah Hafiz yang tersenyum lebar di ponduk kecil yang di sediakan di pekaranggan kedai makan. " ini Manchester United la, bukannya liverpool" Iskandar membalas sindiran Hafiz dengan megecil-kecilkan pasukan kesukaannya Liverpool.

Di rumah kedua mereka terus baring seorang di atas sofa dan seorang lagi di atas karpet. Kedua-duanya menunjukkan tanda keletihan . Sambil membelek-belek surat khabar yang belum pun di sentuh. Hafiz sekali-sekali menjeling kearah Iskandar. Ada sesuatu yang ingin di perkatakannya.

" Is , aku ada satu soalan nak tanya kau.. " Hafiz bersuara.

          Iskandar terus menjeling kehairanan pada Hafiz , sebelum ini hafiz tak pernah macam tu, kalau dia nak tanya sesuatu, dia terus tanya je, tanpa meminta kebenaran,
" ape? Tanya la " Balas Iskandar..

           " Bila kau nak ada pasanggan ni, Tak boring ker? Diana pun dah beranak pinak. kau tak nak cari penganti ke? " hafiz mengajukan soalan kepada Iskandar, tanpa dia sedar telah menyebut nama Diana bekas kekasih Iskandar yang mungkin akan mengguris hati Iskandar.

         Soalan Hafiz itu telah membuat kan wajah diana terlintas di ingatan Iskandar yang sememangnya dia telah berkerja keras untuk menghilangkan memori Diana dalam kotak memorinya.

          "Tak lah, mana ada boring, Lagi bagus Hidup macam ni. Tak payah fikir apa-apa " Jawab Iskandar dengan selamber. Walaupun rialitynya, di dalam hatinya penuh dengan kesunyian.

              Lumrah kehidupan semua orang nakkan kebahagian hidup bersama keluarga sendiri, ada rumah tangga yang bahagia sebagai peneman di masa sunyi dan penyeri di masa hadapan. Bagi Iskandar Biarlah Allah tentukan dan ketemukan dengan jodohnya. Walaupun dia sedar Tawakal tanpa usaha tidak kemana.       

" tapi kau kena ingat , tak kan kau nak kawin tua, Nanti orang ingat kau hantar cucu kesekolah." Tambah Hafiz sambil ketawa dengan sengaja membakar perasaan Iskandar.
         " Pandai la kau, nanti kalau aku nak kawen, aku suruh mak ayah aku cari. Kau tak payah nak susah hati? Sekarang ni otak aku hanya kepada kerja,kerja dan kerja " Iskandar cuba menamatkan perbualan memandangkan dia sudah malas berfikir tetang pekara itu.

           "Kau dengan Zulaika bila lagi? Bertunang dah setahun " Soal balas Iskandar

           "Tahun depan kot "

           "Ada code pulak " Sambil tersenyum dengan jawapan diberi Hafiz.

“ Takkan tarikh belum komfrom lagi ? “ soal Iskandar ingin tahu status terkini hubunggan Hafiz dengan Zulaika Tunang Hafiz yang masih menuntut di Universiti Utara Malaysia. Dalam masa yang sama Iskandar Berjaya mengalih cerita berkisar tentang kawannya pula.

“ Hujung tahun ni baru dia habis belajar, aku bagi dia peluar untuk cari kerja kejap. Eh aku pulak yang kena soal. Aku Tanya kau la. Bila lagi ? Cari la seorang teman“ Balas Hafiz

“ Gunung yang di kejar takkan kemana, nanti-nanti la. Kau doakan untuk aku ok“ sambil menyelak satu persatu helaian surat khabar di hadapannya.

             Hafiz Teringgat tentang tugasnya di tempat kerja keesokan hari " Kau boleh tolong aku tak besok? "

           " Tolong apa? "

            " Aku kena pergi Kuala Lumpur dua hari ada kerja sikit di sana, kau tolong hantar aku dekat tempat kerja aku besok pagi, boleh? " Terang Hafiz meminta tolong.

            " Kecik punya hal la " balas Iskandar menandakan dia bersedia menolong.

            Dalam Susana pagi itu, Iskandar perlu menghantar Hafiz ketempat kerja seperti yang di janjikan.

            " Ok, Fiz , Jaga diri, Nanti kau sampai sini, call aku, aku datang ambil ok " Pesan Iskandar pada Hafiz.
             " EH takkan kau dah nak balik? kalau ye pun jom la sarapan dulu, Lagi pun kedai kau buka pukul 9 kan ? " balas Hafiz.

" ok, jom, kau belanja aku "

              Ketika sedang menikmati sarapan pagi, Iskandar terpandang kelibat seorang wanita yang asyik memerhati kearah mereka. Iskandar menjadi serba tidak kena , perasaannya ingin membalas renuggan itu menjadi serba salah.

              " Fiz kau tengok awek tu, Di macam pandang-pandang kita jer"

              " mana? "
              " Tu, yang meja dekat tiang tu "

               Tiba-tiba , wanita itu berjalan kearah Hafiz dan Iskandar " Hai Hafiz, wah bersemangat nampak nak pergi KL ni"
              " ehh Sofia, Mana yang lain, Pukul berapa kita nak bertolak ni? " Balas Hafiz menjawab teguran Sofia.

              Sofia adalah rakan sekerja Hafiz yang bekerja di Syarikat Samudra Holding sdn bhd..
                " Ohh ye, ni kawan saya, Iskandar, Is, ini Sofia Kawan sekerja aku " Hafiz mengenalkan Sofia kepada Iskandar

                 " Hai Iskandar " Sofia menyapa Iskandar dengan satu senyuman yang menawan.

                  " Hai Sofia " Iskandar membalas senyuman .

                  " Saya nak masuk office kejap, nak ambil beberapa ducument " Beritahu Sofia pada Hafiz.                     " OK " balas Hafiz                 
                     " What ? " Hafiz bersuara sambil memandang Iskandar sejurus Sofia beredar.

                   Iskandar kehairanan dengan pertanyaan Hafiz secara tiba-tiba tanpa langsung di faham kelakuan Hafiz itu.

" What ? " Soal balas Iskandar.                     " Single " Tambah Hafiz                     " Apa yang single ? " Tanya Balas Iskandar dengan muka yang berkerot di dahi menunjukan di tak faham apa yang di maksudkan Hafiz.

                    " She " Tambah Hafiz.                    “ Siapa? “ Tanya Iskandar dengan wajah yang serius dan kehairanan apa yang nak di maksudkan oleh Hafiz.

                      “ Yang tadi tu, Sofia , cantik tak ? dia single lagi “ Jawab Hafiz dengan suara yang lantang dan jelas.

                      " So What " Jawab Iskandar dengan suara yang tegas.                    " Sudah lah Is, Aku berkawan dengan kau dari sekolah lagi, Semuanya ada dalam dada aku ni " sambil menepuk-nepuk dadanya.

                  " Hah mengarut je lah kau ni "
                   " Nak aku tolong ke... " Tanya Hafiz terus megusik Iskandar                     " Dah , aku pun dah lewat ni. Aku nak pergi kerja dulu. Layan kau sampai besok pun tak habis " Iskandar menamatkan perbualan meraka di sebuah restorent berdekatan tempat kerja Hafiz.
                   " Fiz... Nanti sampai Call aku awal sikit, boleh aku datang ambil " pekik Iskandar dari dalam keretanya..                 

" okkk " Hafiz membalas pekikan

No comments: