31/12/2012

2012 Yang Pasti Akan Ku Kenang

Selamat tinggal 2012

Besok (1.1.2013 ) semua orang akan melangkah ke tahun yang baru. Bersama azam baru, semangat baru dan cita-cita mungkin yang baru atau masih yang lama. Malam ini akan berakhirlah gerbang tahun 2012 yang pasti akan meninggalkan kita semua buat selama-lamanya. Pasti kita akan merinduinya.

Berbagai coretan hidup dengan warna-warni peristiwa yang sudah kita tempuh dalam jangka masa setahun yang akan kita tinggalkan ini. Ada yang suka mahupun duka silih berganti. Ada kenangan yang mungkin takkan kita lupakan buat selama-lamanya. Mungkin Ada peristiwa yang telah mengubah jalan cerita perjalanan hidup. Kalau dulu pada tahun 2011 masih solo sekarang akan melangkah ketahun baru 2013 bersama pasanggan, atau mungkin sudah bertiga barangkali atau mungkin sudah berempat.

Tahun 2012 yang pasti akan di rindui ini pastinya telah menjadi saksi kepada kenangan-kenangan indah mahupun pahit yang sentiasa menemani kita silih bergandi hari demi hari. Kita sebelum ini kita masih bersama orang yang kita sayang, mungkin dalam melangkah ketahun baru ini, orang yang kita sayang itu tidak lagi bersama-sama kita turut serta menempuh cabaran dan dugaan di sepanjang tahun 2013 yang bakal menjelma.

Yang pergi takkan kembali lagi, Bersyukur kepada Allah kerana masih dipanjangkan usia dan mendapat meluang menyaksikan apa pula mungkin akan terjadi tentang kisah-kisah manusia di alam semesta ini juga turut sama menyertainya dalam pementasan duniawi. Semuga dengan usia ini, aku , kamu, dan dia akan sentiasa mendapat hidayah dan rahmat Allah dan sentiasa berada di dalam ketakwaan untuk di jinjing dan di pikul sebagai bekalan persediaan kalau-kalau tahun 2013 adalah tahun akhir untuk kita menghirup udara dunia bersama jasad ini.

Yang pastinya satu lagi angka akan bertambah pada bilanggan umur sesiapa saja. Tak ada sapa yang dapat megekalkannya. Tua mengejar di mana saja kita berada. Kalau taknak nakpak tua, SENYUM SELALU. SELAMAT MELANGKAH KETAHUN BARU 2013.