02/01/2013

Kisah Cucur Udang

Cerita tentang seorang bekas samseng yang sudah insaf dan kembali kepangkal jalan.

Setelah bekas samseng yang terkenal ni insaf dan letak segala jawatan yang di sandang. Beliau bersama isterinya telah mengusahakan perniagaan menjual cucur udang dan membuka sebuah warung.


Hari demi hari perniagaanya berkembang di sebabkan kesedapan cucur udangnya. Ia sudah menjadi buah mulut orang di tempat itu dan menjadikan cucur udangnya popular.


Dengan tiba-tiba datang sekumpulan manusia yang jugak samseng sepertinya satu ketika dulu hendak merasa sendiri kelazatan cucur udangnya seperti yg diperkatakan ramai orang.


Samseng-samseng tu pun memborong habis cucur udangnya, dengan gelojoh mereka menjamah cucur udang itu di rasmi dulu oleh ketua mereka.


Tiba-tiba ketua samseng itu dengan suara lantang bersuara “ Dah banyak ketul aku makan cucur ni, tapi satu ekor udang pun aku tak nampak “


Terdengar kata-kata sindiran samseng itu telah membuatkan penjual cucur udang itu jadi bengang tahab Gaban.


Di tinggalnya periuk dengan minyak yang tengah mendidih lalu di gulungnya lengan baju dan di buangnya opran(baju perisai yang orang pakai utk memasak) lalu dia berkata dengan selambernya. “ ooooo cucur udang aku jual tak ada udang korang bising…. Tuh.. orang jual cucur badak tapi tak ada badak… korang tak bising pulak “