18/05/2013

Arab Spring dan Malaysia Spring

 Keadaan Negara yang di cintai ini seumpama retak menunggu belah. Oleh kerana politik keterlaluan sehinggakan perpecahan masyarakat semakin menjadi-jadi dan berterusan. Sangkakan habis saja pilihan raya ke 13 lepas akan meredakan kembali pebalahan perbezaan pendapat antara masyarat berkenaan politik dan pentakbiran Negara.

                 Ternyata sangakan itu meleset apabila Pahat terus berbunyi walaupun rumah sudah siap. Malah fitnah terus menjadi bahan mainan di Facebook, Blog dan di bibir rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. Tuduh menuduh tentang kepincanggan system pilihan raya yang lepas terus di mainkan malah sekarang Rakyat dari pihak pembangkang di ajar turun kejalanan untuk menzahirkan ketik puasan hati mereka.

                 Dari pihak yang menang hanya memerhati dan melihat sikap pihak pembangkang dengan tekun dan penuh berhati-hati. Dengar khabar melalui pendedahan Bekas Naib Pengerusi DAP iaitu Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, setelah gagal dalam PRU13 untuk menukar kerajaan yang di ketuai oleh  UMNO.




"Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi melampau seperti Arab Spring itu bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Beliau mendakwa, Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr. Chen Man Hin pernah menyatakan sokongan kepada Bersih 3.0 selain membayangkan demonstrasi itu sebagai permulaan kepada Malaysia Spring pada 26 April tahun lalu.


"Saya agak musykil, apakah yang dimaksudkan beliau dengan Malaysia Spring? Adakah beliau menyokong rusuhan dan keganasan seperti yang berlaku di negara-negara Arab? Adakah juga Bersih 3.0 hanyalah permulaan kejadian lebih buruk selepas ini?" katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Kelab Sri Damansara, di sini hari ini.
Yang turut hadir, bekas Ketua Cawangan DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat.
Menurut Tunku Abdul Aziz, demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram setakat ini dirancang pemimpin politik tertentu sejak beberapa tahun lalu sekiranya tidak mendapat mandat menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Disebabkan itu juga, katanya, beberapa pemimpin pembangkang ketika itu berterusan menggesa rakyat bersama-sama mereka menggulingkan kerajaan melalui be

Tambah Tunku Abdul Aziz, apa yang menghairankan pemimpin pembangkang lain sudah memulakan tugas sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing meskipun dalam masa sama menuduh pilihan raya umum lalu tidak telus.
Malah, katanya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah antara yang paling awal mengangkat sumpah sekali gus mengakui kemenangannya menerusi proses pilihan raya umum itu.

"Kalau mereka menang, mereka tidak bising malah akui keputusan itu telus tetapi yang kalah menyalahkan kerajaan dengan pelbagai tuduhan tidak logik termasuk 'mengimport' warga Bangladesh mengundi selain berbohong Presiden Amerika, Barack Obama akan campur tangan," katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa polis mengambil tindakan tegas dalam usaha mengekang tindakan Anwar dan pemimpin pembangkang lain daripada terus mengadakan perhimpunan haram di seluruh negara.

Katanya, beliau bimbang tindakan bebas pemimpin pembangkang menghasut rakyat itu boleh mencetus kepada perhimpunan haram yang lebih besar dan ganas pada masa depan.

"Pembohongan yang menyentuh sentimen rakyat akan menjadi aset untuk mereka merancang sesuatu yang lebih besar dan buruk. Pihak polis perlu bertindak lebih tegas, jangan biarkan golongan seperti ini menghancurkan keamanan negara," katanya."



                Pembangkang yang di ketuai oleh Anuar Ibrahim sedang giat untuk menghasut rakyat supaya turun kejalanan untuk menentang kerajaan yang kononnya tidak adil dalam PRU13 yang lepas. Usaha menghasut ini terus di jalankan dari negeri ke negeri tanpa mengira hujah renyai atau rebut petir. Yang menjadi magsa adalah anak muda atau darah-darah muda yang mudah panas dengan hasutan ini walaupun fakta yang di bawa tanpa bukti yang kuat atau di reka-reka untuk memuaskan tuntutan nafsu pemimpin mereka.

                 Kesannya , Negara Malaysia yang sudah aman dan maksur ini sekarang terdedah dengan pemberontakan ala-ala Arab Sring di timur tengah. Seperti yang belaku di Negara Mesir dan beberapa Negara Arab Yang lain. Beza antara Negara Malaysia dengan Negara-negara arab yang rakyatnya bangun meberontak adalah jauh. Di Malaysia rakyatnya tak pernah di zalimi walau ada sesetengan org mendakwa mereka di zalimi oleh pemerintah. Musuh – musuh Negara sekarang sedang memerhati keadaan Negara ini dengan penuh minat.

                 Sampai ada di dalam you tube doa orang Yahudi kononya untuk kerajaan Baru Malaysia. Ini menunjukan mereka sedang memerhati apa yang terjadi di Negara Malaysia yang di kenali umum sebagai sebuah Negara Islam yang pesat membangun dan aman makmur.

                    Perpecahan anatara Bangsa hasil dari keputusan PRU13 juga amat ketara. Yang mana Majoriti orang-orang Cina sudah beralih kepada parti DAP manakala orang-orang melayu Kembali kepada UMNO. Buktinya undi Umno meningkat berbanding PRU12 meningkat sebanyak 9 kerusi Peliment dari pada 79 kerusi pada PRU12 kepada 88 kerusi pada PRU13. Manakala DAP juga meningkat mendadak kepada 38 meninggalkan PAS(21) dan PKR(30).

                    Ini menunjukkan kerusi yang di tangdinggi DAP adalah kebanyakkan di tempat majority kaum Cina sudah beralih kepada parti DAP dalam masa yang sama mengharapkan Rakan parti di dalam Pakatan Rakyat juga mendapat tambahan kerusi. Tetapi malang kemerosotan kerusi PAS dan PKR membantutkan mereka menawan putrajaya.

                  Kemerosotan PAS dan PKR juga menunjukkan orang-orang melayu terutamanya di negeri kedah menolak mereka dan kembali Kepada UMNO. Keadaan ini seolah-olah kita lihat seperti sudah terbahagi kepada dua bangsa yang besar di dalam Negara iaitu Melayu kerajaan dan Cina pembangkang. Ini satu senario yang kurang sihat dalam politik atau pentakbiran Negara.

                  Keadaan ini seolah-olah menunjukan satu suasana perkauman yang sedang membiak di kalangan Masyarakat. Kita di parahkan lagi dengan penolakkan sebarang jawatan karbinet oleh parti MCA. Ini membuatkan tiada wakil Cina di semenanjung dalam Kabenet kerajaan.

                  Kalau ini terus berlaku api perkauman mudah di nyalakan kelak yang tak baik untuk Negara Malaysia yang terkenal Negara yang berbilang bangsa. Keadaan ini jugalah yang membuatkan Negara Malaysia sekarang terdedah dengan pemberontakkan Ala-ala Arab Spring. Di harapkan kemerterian Dalam negeri yang baru 
 Dr. Ahmad Zahid Hamidi  lebih tegas dalam menagani risiko ini…

                  kalau mereka ada separuh rakyat yang menyokong. Jangan di lupa separuh lagi rakyat yang membisu yang tidak rela bumi yang harmoni ini di perkosa dan di liwat.

08/05/2013

Boleh Tak Berkawan atau bekerjasama dengan Orang Kafir ?

Assalamualaikum... bertemu kembali di ruanggan Blog yang tak seberapa ini...

Coretan kali ini adalah berkisar tentang isu yang panas sebelum ini... maklum sajalah pilihan Raya ke 13 baru saja lepas... banyak lah isu-isu panas semasa kempen pilihan raya untuk memenagkan parti-parti yang bertanding... Dalam banyak-banyak isu yang keluar ada yang panas, suam dan Dingin... di sini dengan sedikit pengetahuan yang tak seberapa ini, saya nak menyentuh bab Golonggan-golonggan kafir. Bunyinya agak besar untuk di sentuh tetapi nak sentuh jugak lah... walaupun agak sedikit menyentuh bab Politik tetapi demi Aqidah Saya terpaksa dedah( pinjam tek line Tv Al hijrah kejap ) .

Kafir umumnya terbahagi kepada dua iaitu kafir Zimmi dan Kafir Harbi....

Kafir Harbi tak boleh kita tahalluf siasi, jadikan sebagai kawan atau bekerjasama, kafir zimmi boleh tolong.... simple jer kan nak faham.

Kafir Harbi adalah kafir yang menentang agama dan apabila mereka berkuasa mereka mengusir kamu dari tanah air... Yahudi adalah contoh kafir harbi yang terbaik utk kita lihat... Kafir Zimmi tidak sepegitu.... tetapi asal kafir Harbi adalah dari kafir zimmi. Kafir Zimmi boleh kita tolong kalau mereka minta tolong.

DAP, MIC, MCA, Gerakan, SUPP, PBS lihat pada ideology perjuanggan mereka.... adakah mereka perjuangkan hak sama rata agama termasuk agama islam... adakah mereka perjuangkan utk hapuskan agama islam sebagai agama Rasmi... kalau ya. kita kena tolak... dan tak boleh berkawan. itu ciri2 kafir Harbi.

"Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama kamu, dan mengeluarkan kamu dari negerimu, sesungguhnya Allah s. w. t. menyukai orang yang berlaku adil. Sesungguhnya, Allah hanya melarang kamu daripada menjadikan sebagai kawanmu, orang-orang yang memerangi kamu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu orang lain untuk mengusirmu. Dan sesiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang yang zalim." (Surah al-Mumtahanah, ayat, 8 - 9).

Surah al-Mumtahanah, di atas menunjukan ayat 8 boleh berkawan mereka ini kafir Zimmi.... Pada ayat 9... Allah Larang berkawan.

Firman Allah, yang bermaksud: "Kecuali mereka yang kamu mengikat dengan perjanjian setia (dengannya) daripada orang musyrik, kemudian mereka tidak mencabuli perjanjian kamu itu sedikitpun, dan mereka tidak menolong seorang pun yang memusuhi kamu, maka sempurnakan kepada mereka perjanjian mereka sehingga (habis) tempohnya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertakwa." (Surah at-Taubah, ayat 4).

dalam contek negara malaysia sudah termatri perjanjian agama islam sebagai agama Rasmi. dan hak keistimewaan org melayu .... di malaysia bila sebut melayu mereka adalah beragama islam.... kita lihat kafir mana cuba-cuba mengusik perjanjian ini?

Saya tinggalkan tanya soal ini untuk sama-sama kita renung dan fikir perintah Allah Ini...
Wallahu 'alam...