15/08/2013

Aku Dan Perniagaan Bahagian 5, Angin

Kata orang, kalau tak tarik berlawanan dengan angin , Layang-layang itu tak akan naik. angin ini benda yang tak nampak. angin jugaklah yang membentuk corak awan, kadang-kadang kita lihat awan yang berbentuk gunung ganang, padang pasir, Hati(love), moyet, pokok, kalau suka berimejinasi dengan bentuk awan macam aku ni, kadang-kadang bentuk serigala jadian pun keluar.

Ada orang kena ikut angin dia. bila tak kena angin, mukanya ketat(tegang) jer. orang senyum dia buat tak tahu. ada orang berkepala angin, pantang silap sikit melenting dan yang ganas sampai ada benda yang terpelanting.

Angin ni kalau tak bertiup memang tak boleh duduk, panas lebih2 lagi kita yang terletak di garisan katulistiwa ni. ( betul ker eja mcm tu? " katulistiwa" ) ^_^.  sebab cuaca kita di sini agak panas. kalau datang dengan bertiup kencang 100 km/j pula orang pangil ribut. pendek kata angin ni kena bersederhana saja . baik yang bertiup di luar ataupun yang bertiup di dalam kepala. jagan sampai ribut biar ia bertiup agar kenyamanan terasa .

Rasanya kalau istilah angin ini digunapakai dalam cabaran dugaan dan halangan dalam sesebuah perniagaan. sememangnya tepat dan boleh di ambil iktibar. lihat bagaimana dia menaikkan layang-layang, mencorak awan. dan menerbangkan kereta. kalau terlalu ikutkan angin layang-layang itu akan tajuh. corakkan perniagaan sebagaimana angin mencorakkan awan, tak pernah berhenti untuk menghiasi langit hinggakan kita padang indah sekali. kalau perniagaan di landa ribut, kena percaya putus asa jangan sekali, itu antara lumrah seorang peniaga.









No comments: