06/08/2013

Selamat Pulang Beraya, Hati-Hati Di Jalan Raya

Syukur Alhamdulillah , sedar tak sedar sudah sampai ke penghujung Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang kehadirannya di nanti dan pemergiannya pastinya di rindui. Mungkin perginya ramadhan kali ini sedikit sebanyak akan terubat dengan kehadiran 1 syawal yang akan di raikan beberapa hari saja lagi. Semoga kita semua di panjangkan usia supaya dapat bersua lagi dengan Ramadhan Tahun Hadapan.

Suasana Hari raya sudah pun bermula dengan pulangnya anak kampung kepangkuan Ibunda Tercinta. Segala penat lelah mencari rezeki sebagai seorang perantau pasti akan reda seketika ketika bertemu sanak dan saudara .

Kepulanggan yang di nanti, jagan sekali-kali tukarkan ia dengan kepulanggan yang di tangisi. Untuk itu aku harap para perantauan yang akan betolak pulang kekampung agar sentiasa berhati-hati semasa memandu. Sentiasa peka, Jangan terburu-buru biar 12 jam menunggu jangan walau satu minit pun meluru laju. Kalau mengantuk tidur dulu. Ingat yang tersayang sedang menunggu kamu di Jendela Pintu.
Saya mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung-pengunjung dan pembaca-pembaca Blog Ini. Maaf Zahir dan Batin.

No comments: