15/06/2014

Semuanya Tahu

Kadang2 di kalangan kita atau mungkin aku, cakap semuanya apa yang kita nampak, bercakap tentang pekara yang kita dengar seolah-olah arif tentangnya. Ada yang petah bercakap sekali sekali memetik kata-kata cendiakawan, Bijak pandai malah ulama' tersohor.. dalam waktu yang sama sebenarnya kita bukanlah arif tentang pekara-pekara itu. dengan kepetahan bercakap di sertakan dengan kelulusan tinggi di iktiraf IPT dalam dan luar negara membuatkan kita di kagumi serta merasa terkagum dengan kehebatan diri yang entah betul atau tak fakta yang di keluarkan.

Tanpa sedar di sebelah kita ada org yang alim, arif, Master, atau di kalangan Ahli dalam bidang yang sedang kita cakapkan itu. Namun org itu hanya mampu tersenyum dan hanya dapat menyampuk sikit-sikit percakapan kita oleh kerana dia tiada kemahiran kepetahan bercakap, kalau di tanya soalan.. mungkin jawapan yang dia beri sukar di fahami, membuatkan org keliru dan Blur.. tetapi itulah jawapannya.

Dalam Kitab Al-Hikam Syeikh Ibn Atahaillah as-Sakandari. Syeikh Berpesan antara tanda-tanda orang yang jahil adalah dia akan bercakap apa saja dia lihat dan dengar. sememangnya benar, terbukti di sekeliling kita sekarang. Atau kita sendiri melakukanya tanpa sedar.

No comments: