03/07/2014

Berjudi di tukar kepada majlis Zikir

Dalam masyarakat Siam di malaysia( aku ada kawen yang siam ) kebetulan kematian ayahnya. yang aku lihat. upacara urus mayat ayah mereka begitu rumit dan memerlukan jumlah kos(RM) yang banyak.

bermacam upacara mereka lakukan mengikut adat nenek moyang mereka yang beragama budha. namun aku tertarik untuk melihat satu upacara mereka. iaitu berjudi. mereka berkumpul ramai-ramai di malam hari di malam Mayat ada dirumah, mereka berjudi.

Terfikir sejenak aku tentang kisah ulama' dulu atau wali songo yang datang berdakwah di alam Nusantara ini. inilah mungkin stuasi yang jadi ketika itu , ketika mana orang2 di nusantara masih dalam kecelaruan agama entah agama apa yg mereka anuti sebelum datangnya pendakwah-pendakwah ini.

Mengikut kisahnya, Masyarakt dulu di nusantara sebelum kedatangan islam, apabila ada kematian mereka berkumpul di rumah si mati dan melakukan aktiviti perjudian seperti Laga Ayam. tradisi ini di lihat org ulama' islam yg baru datang berdakwah adalah bercanggah dengan ajaran islam. Namun dengan kebijaksanaan ulama' dulu mereka mencari jalan bagaimana nak mempegaruhi masyarakat ketika itu dengan ajaran islam dan membuang amalan tradisi yg bercanggah dengan islam.

Mereka tidak terus membunuh masyarakat di kala itu, mereka tidak meninggi suara dan menenking ini Bidaah sesat masuk neraka walaupun itulah bidaah yang sebenar. mereka mengambil pendekatan memasukkan ajran baru sedikit demi sedikit. kalau sebelum ini masyarakat berkumpul di rumah kematian dan berjudi(laga ayam). ulama' tukarkan dengan berkumpul dan memuji Allah, membaca Al-Quran di rumah kematian. dengan kebijaksaanan ulamak yg datang berdakwah ketika itu. maka tertegaklah Cahaya islam di bumi Nusantara. Memoga Allah mengrahmati mereka.

Ini jugalah antara satu cerita susur jalur sejarah bagaimana terjadinya upacara tahlil, Majlis bacaan Yasin , doa di rumah Kematian sehingga kehari ini. yang di hukum Bidaah sesat masuk neraka oleh saudara kita yang berfahaman Salafy Wahaby. Andai fahaman salafy wahaby yg datang berdakwah dulu , entah apa terjadi. perperangan mungkin.

Sory to say, say no to wahaby/syiah.

No comments: