23/08/2014

Selamat hari ulang tahun Kemerdekaan Negara kita Malaysia.

1.            Setiap tahun, bila ogas datang , tahulah kita semua bahawa hari yang penuh bersejarah pada negara kita akan tiba iaitu hari ualang tahun kemerdekaan. Teringat lagi aku semasa di sekolah, ketika itu sekitar tahun hujung 90an hingga awal melenium... dapat aku rasakan semangat petriotik begitu menebal dalam jiwa aku. 

2.            tak tahu la dalam jiwa pembaca sekalian mcm mana, tapi bagi aku. setiap kali detik akan menjelangnya tarik 31 ogas... memang best. akan terdegar semua orang mula membuat plan untuk menyambut hari merdeka, ada yang membawa femely pergi ke tempat perkelahan menarik seperti di Pantai Merdeka, Gua kelam perlis, air terjun bukit Hijau dan sebagainya. bagi org di tempat aku di kala itu, ada yang sewa bas untuk satu kampung buat rombonggan pergi berkelah. sekarang tradisi dan suasana itu kian hilang dan di lupakan. mungkin sekarang semua org dah sebok dan sudah berkelana jauh dari kampung. 

3.             Pada ketika itu juga aku dapat rasanya semangat petriotisme(ce wah) di kalangan masyarakat ketika itu cukup hebat.. boleh di katakan kebanyakkan kereta dan motosikal yang berjalan di atas jalan raya akan memasang jalur gemilang. susah untuk melihat yg tidak memasang jalur gemilang. tradisi dan suasana sebegitu pun sudah lenyap, hilang berkubur entah kenapa. apa yang kita lihat sekarang , susah untuk melihat kereta apatah lagi motosikal yang megibarkan jalaur gemilang. 

4.             Satu lagi... kalau dulu ketika ini, pergi kemana saja, pasti aku akan terdengar alunan lagi petriotik... sampai sekarang aku rasakan aku boleh hafal kesemuanya... lagu2 hebat seperti Sejahtera Malaysia, Wawasan2020, Jalur Gemilang, Setia, Keranamu Malasyia dan yang paling tidak di lupa Tanggal 31 Ogos. terlalu banyak lagu2 petriotik yg begitu menyentuh jiwa dan menaikkan semanggat. tapi sekarang sudah hilang. yang ada pun lagu 1 malaysia yang aku sendiri masih belum faham tujuang dan tema lagu itu. 

5.                Dan sebenarnya apa yang aku betul-betul rasa sekarang... jiwa petriotik yang mencintakan Jalur Gemilang dan kemerdekaan negara sudah hilang. Pendapat peribadi aku. ini semua terjadi di sebabkan suasana Politik negara bertukar menjadi EXtream... Sehingga ada yang menggangkat Komunis menjadi Hero ketika ini, atau mungkin ada alasan lain yang membuatkan ianya jadi begini... sehinggan Jalur gemilang di hina dan hendak di tukar kepada yang lain... sudah hilang petriotisme yang datang berganti entah apa-apa..... mohon maaf seandainya coretan ini menguris hati pembaca... hanya terkenang kenangan dulu yang tiba-tiba menjelma.

No comments: