Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2020

Cina Malaysia atau Cina China ?

Gambar Hiasan Sudah berpuluh tahun Malaysia merdeka. Tapi Bangsa Cina di Malaysia masih di dalam kecelaruan Identiti. Mereka masih gagal membina identiti sendiri iaitu sebagai Bangsa Cina Malaysia atau Malaysian Chinese. Sudah tentu identiti Bangsa tidak dapat di ubah, tetapi identiti kewarganegaraan mestilah selari dengan di mana kamu berada, dan Malaysia adalah Negara kamu. Bukan Tanah Besar China itu negara kamu. Post ini bukanlah bersifat Rasis (perkauman ) utk mencetuskan perbalahan antara kaum. Aku sebagai Warganegara Malaysia yang berbangsa melayu sebenarnya cintakan perpaduan antara kaum di Malaysia yang sememangnya merupakan negara Berbilang Kaum.