Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2020

Bantuan Sara Hidup , BSH Tahun 2020 Peringkat Ketiga : Mula di bayar pada Jumaat 24/7/2020

BSH Bantuan Sara Hidup , BSH Tahun 2020 Peringkat Ketiga : Mula di bayar pada Jumaat 24/7/2020 1.  Kelmarin , Jumaat 24/7/2020 Mungkin hari yang gembira bagi sesetengah orang sebab ia merupakan bantuan sara hidup  BSH 2020 untuk peringkat ke tiga mula di bayar. 2. Lebih 4.28 Juta penerima akan mendapat manfaat daripada bantuan tersebut melibatkan Jumlah RM 3Bilion Ringgit. 3. Mungkin pada yang sudah dah pernah dapat BSH sebelum ini iaitu pada peringkat pertama dan kedua, anda tidak perlu risau sebab bantuan BSH peringkat ketiga ini mengunakan Database penerima yang sama. Ini bermaksud jika anda pernah dapat sebelum ini, anda juga berhak dapat untuk peringkat ketiga ini. 4. Tetapi kepada yang gagal, Tempoh rayuan akan dibuka pada 7 Ogos sehingga 6 September ini. Jadi anda bolehlah membuat rayuan di Mana - mana pejabat LHDN berdekatan dengan tempat anda. Atau anda boleh juga membuat Rayuan secara online di Laman Web BSH   5. Berikut adalah mereka-mereka yang layak mendapat Bantuan Sara H

Aqidah Ahlussunnah Wal Jamaah di Malaysia

Aqidah Ahlussunnah Wal Jamaah Aqidah Ahlussunnah Wal Jamaah di Malaysia 1. Di akhir zaman ini begitu banyak kekeliruan Ilmu yang menular dalam masyarakat islam di Da lam Malaysia amnya dan di dunia Khususnya. Kekeliruan yang aku maksudkan adalah ilmu yang bukan dari ajaran ulama’ atau kesepakatan para ulama terdahulu di dalam Ahlusunnah Waljamaah. Pekara ini sedikit sebanyak telah megelirukan orang awam seperti aku serta ramai lagi Rakyat Malaysia.  2. Lebih mendukacitakan lagi golonggan yang menyampaikan Ilmu-Ilmu ini bukanlah terdiri dari orang-orang biasa malah mereka ini sudah di anggap sebagai Ustarz pendakwah, dan mempunyai pegaruh dalam masyarakat. Seringkali kekeliruan yang mereka timbulkan adalah dalam pekara-pekara Khilafiyah seperti menghukum amalan-amalan umat islam di Malaysia sebagai Bidaah yang membawa keneraka.  3. Namun percanggahan pendapat dan ajaran sebegini tidaklah begitu mengugat kehormonian masyarakat , masih boleh berlapang dada di sebabkan penyebaran ilmu mere

Isu Pembalakan di Kedah : Sampai Bila Akan Berakhir ?

Pembalakan di Kampung Wang Perah Isu Pembalakan di Kedah : Sampai Bila Akan Berakhir ? 1. Gambar di atas menceritan apa yang berlaku di kampung aku, Kampung Wang Perah pada tahun lepas(2014). Bagaimana kerakusan pembalakan meranapkan sama sekali hutan-hutan di sana yang juga merupakan Hutan Simpan Kekal. Bayangkan sebuah hutan simpan kekal di musnahkan di bawah akta apa aku pun kurang pasti. mungkin di bawah akta Ringgit Malaysia (RM). 2. Selepas gambar dan cerita di dalam gambar di atas berlalu atau berhenti, ternyata pembalakan masih belum berhenti hasilnya gambar kedua di bawah berbicara... 3. Hendak saya ulang di sini, ini adalah hutan simpan kekal.... apalah sangat kalau bukan hutan simpan kekal nak di musnahkan.  4. Maklumat yang saya dapat dari orang kampung saya sendiri, pembalakan akan di sambung selepas ini dan ianya pastinya bukan sahaja menyedihkan kepada kami sebagai penduduk kampung, hutan di kampung kami yang indah dulu bakal hilang yang tinggal kekotoran anak-anak sunga

Malaysia Bukan Tempat Untuk Rasis

Pertahankan Perpaduan Malaysia Malaysia Bukan Tempat Untuk Rasis 1.  Sejarah menunjukkan Bangsa melayu adalah bangsa yang penuh dengan sifat lembut hati, sopan, mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Menuduh Melayu adalah satu bangsa yang penuh dengan Racis adalah salah. 2.  Namun begitu tak di nafikan ada segelintir orang melayu yang di lihat racis. ini di sebabkan mainan politik yang berlebihan oleh ahli-ahli politikus. 3.  Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum bukan tempat Racis. Walaupun Melayu mejoriti di negara ini, Melayu bukanlah bangsa yang Racis. melainkan ada pihak lain yang cuba menimbulkan isu Racis ini untuk kepentingan peribadi Pada satu ketika , Hangat di perkatakan “ Wartawan Malaysia Kini Di Serang dengan Rasis “ 4.  Timbul isu di mana seorang Wartawan Malaysia kini di serang di Facebooknya dengan serangan berunsur Racis. 5.  Apa yang aku lihat adalah mungkin orang melayu yang sudah tidak tahan den

Iklan Perniagaan di Blog, Hantar Artikel Berkaitan Perniagaan Anda Ke Dalam Blog

Iklan Perniagaan di Blog, Hantar Artikel Berkaitan Perniagaan Anda Ke dalam Blog Ini. 1. Saya ingin Kongsikan sedikit info berkaitan Mempromosikan Perniagaan Dengan Menggunakan Blog. 2. Blog antara Medium pengiklanan antara yang di sukai oleh Peniaga-peniaga di luar sana, Zaman sekarang ni setiap syarikat besar atau pun kecil pasti ada Website ataupun Blog. 3. Fungsi Blog adalah untuk menyampaikan Maklumat berkaitan perniagaan terus kepada Pencari maklumat yang mengunakan Search Engine Google. Google adalah Search Engine Number satu di dunia di kala ini. Pesaing terdekatnya iaitu Yahoo sudah jauh ketinggalan. 4. Pasti semua sama seperti saya yang suka bertanya Encik Google bila nak mencari sesuatu maklumat kan ? Tak perlu malu, semua orang selalu buat benda yang sama. 5. Di sinilah Mainannya yang saya nak cuba terangkan. Andai ada orang sedang mencari maklumat tentang sesuatu terutamanya berkaitan jual beli barang, perhidmatan, service. Kelebihan sudah tentulah kepada peniaga-penia

Ciri-ciri Orang yang Mudah Terjebak Dengan Fahaman Wahaby

Ciri-ciri Orang yang Mudah Terjebak Dengan Fahaman Wahaby     Kebanyakkan orang yang sudah terpegaruh dengan fahaman wahaby ini terdiri daripada orang awam. Ada yang tidak sedarpun bahawa mereka sudah di pengaruhi Fahaman wahaby. Malah akan marah kalau orang kata dia ni bawa fahaman wahaby. Bila dah terpegaruh tak ada siapa pun boleh tegor dan nasihat, Kalau ada yang nasihat pasti mereka akan melihat orang yang beri nasihat tu la yang tak betulnya. Benda ini kalau di biarkan boleh jadi putus saudara dan sahabat. Sebenarnya nak salahkan mereka 100% pun tak boleh jugak, sebabnya memang plan yang telah pendakwah wahaby pasang terlalu licik. Kalau orang yang tak betul faham asal agama yang berteraskan Jalan Ahlusunnah waljamaah pasti akan mudah tergelincir. Pendakwah wahaby selalunya mereka akan meninggalkan persoalan yang memerlukan orang awam berfikir, Kalau orang tersebut tak mampu berfikir dengan ilmu yang benar, di waktu inilah fahaman wahaby mula di suntik masuk kedalam pemikiran ora

Perniagaan Modal Kecil Tapi Menguntungkan 2020

Perniagaan Modal Kecil Tapi Menguntungkan 2020 1. Tahun 2020 ni merupakan tahun yang paling mencabar bagi semua orang, bukan saja pada rakyat Malaysia malah di seluruh dunia sedang bergelut dengan Virus Covid-19 dan secara langsung mengganggu gugat system ekonomi dunia. 2. Ada di antara kawan-kawan kita yang terpaksa di buang kerja, di berhentikan kerja dan akan di berhentikan di sebabkan kesan dari kelembapan ekonomi, Banyak majikan yang sudah tak mampu menanggung lagi kos operasi syarikat yang besar dan cuba mengurangkan kos operasi, Kesannya terpaksa mengurangkan jumlah pekerja. 3. Pasti ada di antara saudara-mara, kawan-kawan kita yang sudah berkira-kira untuk memulakan Plan mencari sumber pendapatan yang baru. Dan itulah yang perlu di fikirkan oleh semua orang buat masa sekarang sebagai Plan tambahan kalau-kalau kelembapan ekonomi berteruskan sehingga satu tarikh yang kita tak tahu sampai bila. 4. Firasat saya, Akan ramai lagi bakal kehilangan kerja pada hujung tahun ini. Kita sem