Ramai Masih Tak Sedar Modus Operandi Scam Ini Semakin Berleluasa Pernah tak anda terima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali? Bila angkat saja, si pemanggil mengaku dia pegawai bank, polis, mahkamah atau syarikat penghantaran. Nada suara pula sangat meyakinkan sehingga kita sendiri mula rasa panik. Hakikatnya, inilah antara taktik yang sering digunakan oleh scammer hari ini. Mereka bukan lagi sekadar menghantar mesej palsu, malah menggunakan pelbagai helah psikologi untuk membuatkan mangsa bertindak tanpa berfikir panjang. Lebih membimbangkan, mangsa bukan hanya terdiri daripada warga emas. Golongan muda, pekerja, usahawan malah individu yang celik teknologi juga boleh menjadi mangsa jika terleka walaupun hanya beberapa minit. Scammer Hari Ini Semakin Bijak Dulu scam mudah dikenali kerana ayatnya pelik dan penuh kesalahan ejaan. Tetapi sekarang keadaannya sudah berubah. Scammer menggunakan teknologi moden, nombor telefon yang kelihatan sah, laman web yang menyeru...
Cara Semak Nombor Akaun Bank Scammer Sebelum Buat Bayaran (Semak Mule PDRM) Kes penipuan jualan dalam talian ( online scam ), pelaburan palsu, dan scam perkhidmatan semakin meluas. Senjata utama penjenayah siber ini adalah menggunakan akaun bank keldai ( mule account ) untuk melepaskan diri daripada pihak berkuasa. Sebagai pengguna yang bijak, langkah pencegahan awal amat penting. Sebelum anda membuat sebarang pemindahan duit ( online transfer ), anda wajib semak akaun bank penerima terlebih dahulu . Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah menyediakan platform percuma iaitu Semak Mule CCID untuk membantu orang ramai. Apa Itu Portal Semak Mule PDRM? Semak Mule ialah portal rasmi carian data yang dibangunkan oleh JSJK PDRM. Sistem ini menghimpunkan pengkalan data membabitkan nombor akaun bank dan nombor telefon yang pernah dilaporkan terlibat dalam kes jenayah komersil atau penipuan . Melalui portal ini,...