Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2020

Kedai Gunting Rambut Lagen Pekan Napoh, Jitra Kedah

Kedai Gunting Rambut Lagen Pekan Napoh, Jitra Kedah Ana masih ingat lagi dizaman persekolahan. Waktu sekolah rendah, memang Ana tak kesah sangat tentang fesyen rambut. Kemana saja Ayah Ana bawa pergi gunting rambut, Ana ikut saja. Dan fesyen rambut macam mana ?, Ana serah je pada tukang gunting. Selalunya , kedai kegemaran ayah Ana kedai ini lah; Walaupun Signbord tak ada, tapi Ana dan penduduk sekitar sudah kenal dengan "Kedai Rambut Bau".  Diusahakan oleh seorang berumur 60-an yang berbangsa Siam. "Bau" dalam bahasa Siam bermaksud "Abang" berdasarkan apa yang ana taulah. Untuk pengetahuan semua, Daerah saya iaitu Kubang Pasu Kedah, memang Ramai Penduduk yang berbangsa Siam. Orang Siam disini sudah tinggal sebelum merdeka lagi dan mereka juga perduduk berstatus BumiPutra. Yang Ana tahu , sudah lebih kurang 30 Tahun kedai gunting rambut ini beroperasi. Memang Betul-betul Legenlah Abang Bau kita ni. Hari ini Ana bawa Ayah pergi gunting rambut di kedai Bau S

Cara Mendisiplinkan Anak Di Awal Usia

Cara Mendisiplinkan Anak Di Awal Usia Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Mereka di lahirkan seumpama sehelai kain putih tanpa sebarang dosa. Tanggungjawab kitalah untuk mencorakkannya. Sudah tentulah kita nakkan yang terbaik untuk anak kita. Harapan yang kita letakkan kepada mereka apabila dia besar kelak sudah tentulah tinggi dan segalanya sempurna hendaknya, Ramai ibu bapa yang terlalu risaukan kehidupan anak mereka apabila sudah besar. Sebab itu, Didikkan awal kanak-kanak sangat penting supaya mereka tak tergelincir apabila sudah besar kelak. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebab kalau sudah terlambat takut ia akan patah kalau kita terpaksa lenturkan seperti buluh. Dalam perjalanan servival membesarkan anak ni bukanlah satu pekara yang mudah, tak kiralah anak lelaki mahupun anak perempuan. Langkah mula yang sempurna perlu di lakukan seawal usianya supaya mudah nanti kita mencorakkan kehidupan mereka. Tak boleh terlalu memanjakan anak, dan tak boleh juga terlalu k

Hutan Lipur Bukit Wang, Menggamit Memori Zaman Silam Penduduk Daerah Kubang Pasu

Hutan Lipur Bukit Wang, Menggamit Memori Zaman Silam Penduduk Daerah Kubang Pasu Bagi Penduduk Daerah Kubang Pasu dan sekitarnya, pasti anda pernah ingat tempat ini. Tempat yang penuh kenagan di zaman muda remaja lebih-lebih lagi yang lahir di era 80-an dan 90-an. Hutar lipur Bukit Wang yang pernah menjadi destinasi percutian yang populer satu ketika dahulu kepada penduduk sekitar. Ia terletak lebih kurang 10km dari Bandar Jitra. Kalau dulu Bukit Wang lah tempat utama yang akan dituju oleh penduduk setempat kalau rasa nak main atau mandi air terjun. Banyak aktiviti yang dilakukan disitu pada ketika itu antaranya Berkemping, Beriadah di samping Mandi Manda bermain air terjun yang sejuk. Banyak juga Sekolah, Kolej mahupun Universiti yang memilih Bukit Wang sebagai tempat untuk melakukan aktiviti mereka. Tak kurang juga yang ada memori indah bersama keluarga , kekasih dan bekas-bekas kekasih. Sapa yang ada memori indah tu disini angkat tangan. Tapi itu semua cerita lama yang Ana dapat imb

Kepentingan Memasang CCTV di Rumah Pada Zaman Ini

Kepentingan Memasang CCTV di Rumah Pada Zaman Ini Muktahir ini, banyak kita dengar kisah-kisah jenayah seperti rompakan yang semakin berani melakukan aktiviti mereka. Zaman semakin maju, Manusia berlumba-lumba menuju kejayaan. Tapi masih ada lagi manusia yang suka meyusahkan orang daripada menyenangkan. Tindak tanduk mereka sering merimaskan kita sebagai orang awam yang cintakan keamanan.  Sejujurnya pengalaman Ana sendiri, Ana pernah kehilangan sebiji Motosikal EX5 Dan sebuah Van yang bukanlah elok sangat pun. Tapi turut penjadi mangsa penyamun-penyamun tarbus dekat luar sana. Kalau di ikutkan hati memang geram, tapi disebabkan ingat balik apa yang sudah belaku ada sebabnya. Maka ana terima saja qada dan qadar Allah. Pun begitu, kita tak boleh terima saja benda-benda tak baik belaku pada diri kita atau pun ahli-ahli keluarga kita yang kita sayang tanpa melakukan apa-apa. Memang menjadi satu tanggungjawab kepada kita untuk memastikan anasir jahat ini jauh dari keluarga kita. Tapi mcm m

Jerat Penjenayah Online di Media Sosial

Jerat Penjenayah Online di Media Sosial 1. Pada post lepas, aku ada kongsikan cerita tentang mcm mana Sindiket dadah meng rekrut mangsanya melalui Facebook... sapa yang belum baca, baca di sini " Facebook di guna utk mengrekrut kaldai dadah " 1. Dalam pemerhatian aku tentang kes ni, ianya tidak berhenti begitu saja, ya lah, sebab aku layan dia.. bukan apa, cuma aku nak tau sejauh mana kebijaksanaan sindiket ini... ternyata sangkaan aku sedikit tersilap...... dan bukan bermakna pula post aku sebelum ni salah, boleh jugak di ambil info dari situ... cuma setelah aku follow dorg ini, aku dapati ini bukan berkaitan dadah, cuma mereka hanya nak tipu duit... 2. Berikut adalah print screen dari sambungan post yg lepas..... Hi Darling, i have sent the Gift....i don't know if i have told you what is inside the parcel of the gift before,,,,, hummmm do you know what i put inside the parcel i put the sum of 100,000.00pounds,a model HP laptop, a gold wristwatch, model Nokia hand phone

Berkata Baik Atau Diam, Antara Ciri Orang Yang Beriman

Berkata Baik atau Diam, Antara Ciri Orang Yang Beriman Kata-kata ini bukan ana yang saja-saja reka, ia adalah dari hadist Rasulullah. Ini antara pesanan Nabi kita yang ramai sekarang orang tak ambil endah. Bukan nak kata dekat orang, tapi tulah realiti yang perlu kita terima. Di sebabkan lidah yang tak bertulang habis tali silatulrahim terputus. Memang seronok waktu berborak, bersembang lebih-lebih lagi ada isu terbaru yang sedang viral dan panas. Tanpa sedar dalam kemeriahan tu ada hati yang tersentuh. Di sebabkan panahan lidah-lidah Mak Cik Bawang dan Pak Cik Bawang yang tak ada insyuran tu. Sebab tu Rasullah dan pesan. Lebih baik diam saja kalau tak ada perkara-pekara baik untuk di bualkan. Kalau ikutkan keperibadian Rasullullah, Baginda lebih banyak diam dari bercakap-cakap, bibir bagindapun hanya dibasahi oleh kalimah zikir. Dalam masyarakat kita ni pelek pulak, kalau tgok orang diam tu dia gambarkan seperti sifat Negerif pula, sedangkan diam tu kan lebih baik dari berkata-kata p

4 Sebab Mengapa Kita Perlu Berniaga Di Shopee.

4 Sebab Mengapa Kita Perlu Berniaga Di Shopee. 1. Shoppe merupakan Laman E-dagang yang terbesar di Malaysia buat masa ini. Berpuluh juta transaksi Wang telah berlegar didalamnya. 2. Sesuai dengan zaman, platfrom e-dagang sudah tak boleh di ketepikan lagi. Untuk bersama bergerak menuju dunia yang serba moden dan tanpa sempadan ini, kita harus bersama-sama turut serta libatkan diri didalamnya. Kalau tak, takut nanti kita ketinggalan jauh dibelakang. 3. Melihat orang lain sebuk berurusan di depan Laptop dan Smartphone dalam dunia online, kita masih lagi dengan cara lama berbisnes yang segalanya mengunakan kaedah offline. 4. Sudah tentulah kelebihan lebih kepada mereka yang pandai mengunakan platform online berbanding offline sebab jangkauan online lebih jauh berbanding kaedah offline yang hanya mampu menjangkau sekitar pekan dan daerah tertentu sahaja. 5. Ilmu adalah satu alat utama untuk kita meneroka dunia perniagaan online ini. Berniaga di Shoppe juga tak terlepas daripada keperluan ke

SEGMEN BLOGLIST TIARASAPHIRE.COM

Fertigasi Mampu Hasilkan Pendapatan Lumayan

Fertigasi Mampu Hasilkan Pendapatan Lumayan 1. Kebanyakan daripada kita pasti mempunyai hobi bercucuk tanam pokok-pokok bunga, buah-buahan ataupun sayuran. Namun sedarkah anda hobi ini sesungguhnya mampu memberikan pulangan pendapatan yang lumayan jika diusahakan melalui teknik-teknik yang betul. 2. Antara salah satu teknik penanaman terbaik pada masa kini adalah melalui sistem fertigasi. 3. Apakah itu fertigasi? Ia berasal daripada gabungan 2 perkataan iaitu 'fertilization' dan 'irrigation'. Fertilization bermaksud pembajaan manakala irrigation adalah pengairan. Teknik ini sesuai digunakan untuk tanaman seperti cili, terung, melon, bendi, kobis dan sebagainya lagi. 4. Apakah kelebihan sistem fertigasi berbanding penanaman konvensional (tanam dalam tanah)? (4.1) Penanam tidak lagi perlu menyediakan batas tanah. Sistem fertigasi menggunakan polibeg yang mengandungi media tanaman sabut dan disusunatur  di atas karpet pertanian berkualiti tinggi (weed mat). (4.2) Siraman s

Menara Berkembar Petronas KLCC, Mercu Tanda Kebanggaan Rakyat Malaysia

Menara Berkembar Petronas KLCC, Mercu Tanda Kebanggaan Rakyat Malaysia 1. Menara Berkembar Petronas KLCC adalah mercu tanda kebanggaan Rakyat Malaysia. Siap dibina pada tahun 1998 dan terus di nobatkan sebagai banggunan tertinggi di dunia sehingga Tahun 2004. 2. Namanya sebaris dengan mercu tanda yang populer di dunia seperti Affel Tower di Perancis dan Statue of Liberty di New York City. Namanya sudah tak asing lagi bagi penduduk dunia. 3. Dibina di atas tapak bekas padang lumba kuda menjadikannya satu tranformasi yang bijak kepada imej Kuala Lumpur. 4. Bangunan berkembar yang dibina oleh dua Syarikat yang berbeza , Satu dari Japan dan satu lagi dari Korea. Arkiteknya dari negara Argentina dan buah idea dari Dr Mahatdir Mohamad dari Malaysia sebagai perdana Menteri, Kewangan dari Syarikat Petronas adalah gabungan yang mantap yang telah menghasilkan banggunan secantik KLCC yang kita dapat lihat sekarang. 5. Setiap mata yang melihat pasti akan kagum dan bangga sebab ia berada di depan m

Kesan Pengambilan Gula Berlebihan Terhadap Kesihatan Badan

1. Ada seorang Dr cakap, gula sebenarnya Racun yang tersimpan di dalam rumah kita, Betul ke?  2. Tapi yang ana faham maksud Dr tu adalah, Gula bukanlah racun, tapi kesan dari pengambilannya secara berlebihan tu sama bahaya seperti bahaya racun. So Dr tu nak bagi mudah faham lalu dia samakan gula putih di dapur kita tu seperti racun. 3. Sebenarnya dalam diet pemakanan kita sehari-hari tu pun dah banyak gula yang kita ambil. Nasi, Mee, Roti tu sebenarnya telah mempunyai gula di dalamnya. 4. Jadi gula pasir yang kita ambil hari-hari tu sebenarnya tak perlu pun dan itu hanyah gula tambahan. Memang dah jadi tradisi dalam Masyarakat kita sukakan manis dalam makanankan.  5. Pengambilan gula pasir sebagai gula tambahan memang dapat memudaratkan kesihatan badan kalau kita ambil secara tak terkawal. Lebih-lebih lagi kalau badan seseorang tu memang dah ada penyakit seperti kencing manis, Sakit Jantung dan sebagainya.  6. Seeloknya , berhenti terus dalam pengambilan gula tambahan ni. Berkorban sed

Tips Untuk Peniaga Baru Shopee, 2 Kesalahan Besar Dalam Penggunaan Shopee Ads

1. Sebagai peniaga yang baru memasarkan produk dalam laman shopee, Shopee Ads salah satu pekara yang perlu kita belajar dan mendalami sejauh mana Shopee Ads ini dapat membantu melonjakkan jualan di Shopee. 2. Shopee Ads adalah iklan berbayar yang tujuannya adalah untuk menolak iklan produk kita berada di halaman yang paling utama. 3. Maksudnya, kita perlu mengeluarkan duit kepada shopee untuk mengunakan shopee ads ini. Di sebabkan ia bukanlah free, maka kita perlu mengunakan ia sebaik mungkin supaya duit yang kita laburkan itu tidak melebur begitu saja. 4. Pulangan hasil yang dah kita laburkan itu mesti setimpal dengan jumlah yang telah kita keluarkan.  5. Kita perlu faham, di dalam shopee ada beribu seller seperti kita yang juga berlumba-lumba bersaing sesama sendiri untuk menjual. 6. Seringkali, peniaga yang baru akan tewas dalam persaingan ini dengan seller yang sudah otai disebabkan pengalaman yang mereka miliki. 7. Tapi, tu bukan alasan untuk peniaga yang baru ceburi berniaga di s

Cara Mempromosi dan Iklankan Bisnes di Blog Secara Online

Cara Mempromosi dan Iklankan Bisnes Anda di Blog Secara Online. 1. Saya ingin Kongsikan sedikit info berkaitan Mempromosikan Perniagaan Dengan Menggunakan Blog. 2. Blog antara Medium pengiklanan antara yang di sukai oleh Peniaga-peniaga di luar sana, Zaman sekarang ni setiap syarikat besar atau pun kecil pasti ada Website ataupun Blog. 3. Fungsi Blog adalah untuk menyampaikan Maklumat berkaitan perniagaan terus kepada Pencari maklumat yang mengunakan Search Engine Google. Google adalah Search Engine Number satu di dunia di kala ini. Pesaing terdekatnya iaitu Yahoo sudah jauh ketinggalan. 4. Pasti semua sama seperti saya yang suka bertanya Encik Google bila nak mencari sesuatu maklumat kan ? Tak perlu malu, semua orang selalu buat benda yang sama. 5. Di sinilah Mainannya yang saya nak cuba terangkan. Andai ada orang sedang mencari maklumat tentang sesuatu terutamanya berkaitan jual beli barang, perhidmatan, service. Kelebihan sudah tentulah kepada peniaga-peniaga yang mempunyai Blog mah

4 Cara Menabung Yang Kreatif dan Efektif, Jom Cuba

Menabung , satu perkataan yang sering kita dengar dari kecil lagi. Saranan untuk menabung ini sering di ungkapkan oleh cikgu mahupun ibubapa kita. Kata mereka untuk simpanan masa hadapan. Tapi, sejauh manakah nasihat dan saranan itu kita lakukan, atau rasa tak kesah pun. Menabungpun kalau ada mood saja. Ada yang langsung tak ada tabung pun, betul tak. Sebenarnya tak susah pun menabung ni. Yang susahnya apabila nak istiqamah tu, nak lakukan berterusan, hah itu yang susah . Tak ramai yang boleh berdisiplin untuk kekal mantain menabung. Kadang tu, duit yang dalam tabung pun di korek sebab terdesak. Tapi kalau dah betul-betul terdesak apa boleh buatkan, terpaksalah korek tabung, memang itupun tujuan untuk menabung, boleh guna di waktu terdesak. Tapi kalau dah korek tabung tu terencatlah sikit plan untuk di gunakan pada masa depan. Di sini saya inginkan 4 tips populer yang boleh digunakan sebagai motivasi untuk sentiasa istiqamah dalam menabung.  4 Cara Menabung Yang Kreatif dan Efektif, Jo