Skip to main content

Cara Mendisiplinkan Anak Di Awal Usia

Mendisiplinkan anak kecil

Cara Mendisiplinkan Anak Di Awal Usia

Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Mereka di lahirkan seumpama sehelai kain putih tanpa sebarang dosa. Tanggungjawab kitalah untuk mencorakkannya.

Sudah tentulah kita nakkan yang terbaik untuk anak kita. Harapan yang kita letakkan kepada mereka apabila dia besar kelak sudah tentulah tinggi dan segalanya sempurna hendaknya, Ramai ibu bapa yang terlalu risaukan kehidupan anak mereka apabila sudah besar. Sebab itu, Didikkan awal kanak-kanak sangat penting supaya mereka tak tergelincir apabila sudah besar kelak.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebab kalau sudah terlambat takut ia akan patah kalau kita terpaksa lenturkan seperti buluh.

Dalam perjalanan servival membesarkan anak ni bukanlah satu pekara yang mudah, tak kiralah anak lelaki mahupun anak perempuan. Langkah mula yang sempurna perlu di lakukan seawal usianya supaya mudah nanti kita mencorakkan kehidupan mereka.

Tak boleh terlalu memanjakan anak, dan tak boleh juga terlalu keras dalam berhadapan dengan dunia kanak-kanak mereka. Kanak-kanak tetap kanak-kanak yang bersifat keanak-anakkan secara semula jadi. Kita sebagai ibubapa ini lah yang perlu bijak dan tahu bagaimana nak menghadapi mereka di awal usia.

5 Langkah Mendisiplin Anak Kecil

1. Setkan Masa Untuk Setiap Aktiviti Anak.

Masa adalah satu pekara yang berkait rapat dengan Disiplin. Andai anda selalu gagal menepati masa, itu bermakna anda bukanlah seorang yang berdisiplin.

Untuk menerapkan Disiplin anak diawal usianya, Menepati masa adalah penting untuk ditekankan.

Biasakan anak kita dengan selalu berpandukan Masa dalam aktiviti-aktiviti harian mereka. Seperti waktu bermain, waktu menonton TV, Waktu yang boleh melihat Video di Geget dan begitulah seterusnya.

Anda perlu tegas dalam pekara ini tak boleh berkompromi supaya anak ada tahu ia adalah pekara yang penting yang perlu dilakukan.

2. Berlajar Dari Apa Yang Mereka Lihat.

Anak kecil banyak belajar sesuatu melalui apa yang mereka lihat. Sudah tentulah orang-orang yang mereka lihat itu terdiri dari orang yang terdekat seperti Ibu Bapa.

Segala tingkah laku Ibu Bapa perlu sentiasa memperlihatkan pekara-pekara yang baik kepada mereka. 

Contoh seperti sentiasa mengemas, dan meletakkan sesuatu benda pada tempat yang betul. Secara tak langsung anak kecil akan melihat dan belajar daripadanya.

3. Menepati Janji Kepada Anak Kecil

Jangan ambil mudah jika anda berjanji dengan Anak kecil. Walaupun mereka masih kecil, mereka juga mempunyai hati dan perasaan walaupun perasaan mereka itu masih keanak-anakkan.

Kalau janji mereka sering di mungkiri, takut mereka sudah tak percaya lagi kepada janji dan mereka akhirnya mewarisi sifat tak menepati janji itu.

Jadi perlu berhati-hati kalau berjanji sesuatu kepada anak kecil. Perlu laksanankan janji dan kalau tak mampu laksanankan jangan beri janji kosong kepada mereka.

4. Memberi Penuh Perhatian Ketika Berkomunikasi Dengan Anak Kecil.

Anak kecil sentiasa inginkan perhatian lebih-lebih lagi dari ibu bapa. Sebagai ibu bapa , kita perlu memastikan yang kita sudah memberi tumpuan penuh kepada anak kecil.

Lebih-lebih lagi semasa berkomunikasi dengan mereka, tunjukkan yang ibu bapa betul-betul ingin mendengar apa yang mereka ingin katakan dan mereka juga akan memberi perhatian sepenuhnya kepada setiap kata-kata dari Ibu Bapa.

Di sinilah pentingnya untuk memudahkan Ibu Bapa menasihatan apa itu pekara yang baik dan tak baik. 

5. Bergantung Harap Kepada Allah.

Sebagai seorang Muslim , Bergantung harap kepada Allah adalah wajib. Sentiasa mengharapkan Allah memelihara anak-anak kita di jalan yang lurus.

Setelah kesemua langkah-langkah sudah kita lakukan. Yang menentukan anak kita membesar dengan baik adalah dengan Izin Allah. Segalanya atas kekuasaan Allah.

Sebagai Ibu Bapa , Berdoa adalah langkah penyerahan segalanya kepada Allah. Semoga apa yang kita hajatkan akan di pelihara oleh Allah yang Maha Esa.

Comments

Cuya said…
nice tips

https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/09/aku-dapat-suprise-box-daripada-anak.html

Popular Posts

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone   Mesti ramai yang sedang pengikuti perkembangan Liga bola sepak terkenal di dunia seperti EPL.  Untuk menonton secara live setiap minggu, semestinya kita perlukan Astro yang mempunyai package laluran sukan, dan bill yang perlu di bayar bulan-bulan sudah tentulah mahal. Saya tahu semasa live game Bola Kelab Populer yang besar- besar umpamanya , pasti ramai yang tercari-cari live Streaming di dalam Internet. Malangnya kebayakkan Live Streaming itu akan di Block oleh pihak media yang berlesen. Ya lah, mereka dah bayar beratus juta untuk menjadi menyiar utama siaran langsung tersebut sedangkan kita menonton secara Free je. Itu tak adil untuk mereka, sebab tu mereka block semua live Streaming lebih-lebih lagi dalam Facebook dan Youtube. Tapi anda jagan risau, sebab saya akan dedahkan 2 cara untuk anda dapat menonton Live Bola Sepak EPL ataupun La liga. Cara pertama, anda download App Burma TV dekat Play Store. Dah siap down...

Apa Itu Truecaller? Ramai Masih Tak Tahu Aplikasi Ini Boleh Lindungi Anda Daripada Scam

Apa Itu Truecaller? Ramai Masih Tak Tahu Aplikasi Ini Boleh Lindungi Anda Daripada Scam Pernah tak telefon anda berdering daripada nombor yang langsung tidak dikenali? Bila angkat, rupanya ejen jualan, scammer atau panggilan spam. Sebenarnya ada satu aplikasi yang boleh membantu mengenal pasti siapa yang sedang menghubungi anda sebelum anda menjawab panggilan tersebut. Aplikasi itu ialah Truecaller . Walaupun aplikasi ini sudah digunakan oleh ratusan juta pengguna di seluruh dunia, masih ramai rakyat Malaysia yang belum mengetahui kewujudannya atau bagaimana ia berfungsi. Apa Itu Truecaller? Truecaller ialah aplikasi pengenalan pemanggil (Caller ID) yang boleh memaparkan nama individu atau organisasi yang menghubungi anda, walaupun nombor tersebut tidak disimpan dalam telefon. Selain itu, aplikasi ini turut membantu mengesan dan menyekat panggilan spam, telemarketing serta nombor yang sering dilaporkan sebagai scam oleh pengguna lain. Bagaimana Truecaller Berfungsi? ...

Cara Install Printer Canon G2010 Tanpa CD Driver

Cara Install Printer Canon G2010 Tanpa CD Driver Memang akan ada masalah kalau CD printer yg di beri semasa kita beli kumputer hilang. Selalunya benda-benda yg kita anggap simple ni tak lah kita nak ambil kisah sangat letak dekat mana. Ia menjadi genting bilamana kita nak guna CD tu untuk tujuan Install Printer.  Ada beberapa stuasi yg memerlukan kita guna perlu install balik driver printer iaitu setelah Windows di format baru atau Driver hilang seperti tak sengaji di Uninstall driver. Tapi jagan cemas kalau CD driver printer tu hilang, sebab dalam website Syarikat pembekal printer seperti Canon, HP dan sebagainya ada tersedia tempat untuk kita download balik Software Driver Priter mengikut Model yang kita guna. Kalau anda faham betul-betul langkahnya , ia akan menjadi mudah saja untuk di lakukan. Berikut saya sertakan link Website untuk dawnload driver printer mengukut jenama Syarikat. Klik Disini :  Canon website download link Saya akan tunjukkan cara download satu pers...

SEGMEN BLOGLIST TIARASAPHIRE.COM

Hikmah Ke-4 Kitab Al-Hikam: Rehatkan Diri Daripada Kesibukan Mengatur (Tadbir)

Hikmah Ke-4 Kitab Al-Hikam: Rehatkan Diri Daripada Kesibukan Mengatur (Tadbir) Pernah tak anda rasa terlalu penat memikirkan masa depan? Asyik fikir tentang duit, kerja, anak-anak, perniagaan, hutang, kesihatan dan macam-macam lagi. Siang fikir, malam pun susah nak tidur sebab kepala masih sibuk merancang itu dan ini. Sebenarnya, kita bukan seorang sahaja yang pernah melalui keadaan seperti itu. Hampir semua orang pernah merasa letih kerana terlalu ingin mengawal setiap perkara dalam hidup. Dalam Kitab Al-Hikam , Imam Ibnu Athaillah As-Sakandari memberikan satu nasihat yang sangat mendalam melalui Hikmah Ke-4. Nasihat ini seolah-olah menenangkan hati orang yang sentiasa gelisah memikirkan masa depan. Hikmah Ke-4 Kitab Al-Hikam أَرِحْ نَفْسَكَ مِنَ التَّدْبِيرِ، فَمَا قَامَ بِهِ غَيْرُكَ عَنْكَ لَا تَقُمْ بِهِ لِنَفْسِكَ Maksud: "Rehatkan dirimu daripada kesibukan mengatur urusanmu. Kerana apa yang telah diuruskan oleh Allah untukmu, tidak perlulah engkau be...