Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

Isu Scammer di Malaysia, Masih Tiada Penghujung, 3 Kesempatan Scammer Ambil Untuk Menipu

Isu Scammer di Malaysia, masih Tiada Penghujung Kenapa Masih Ramai Rakyat Malaysia Yang Menjadi Mangsa Scammer? Ana dah tak tahu dah nak cakap apa kepada puak-puak yang tak bertamadun seperti scammer-scammer yang kerjanya setiap hari mencari mangsa untuk menipu.  Malangnya, kebanyakan mangsa-mangsa scammer ini terdiri dari orang-orang yang sudah berumur, sudah pencen tak tak banyak terdedah dengan dunia media sosial. Kesempatan inilah yang di ambil oleh Scammer untuk menipu duit yang telah mereka kumpul sekian lama, ada duit-duit itu hasil persaraan dan mungkin dengan duit itu jugalah peluang mereka pergi ke tanah suci. Tapi dengan sekelip mata lesap begitu saja di sebabkan orang-orang jahat yang kerjanya di laknat Allah ini. Di Tipu Sebab Terlalu Takut. Umum sudah mengetahui , antara strategy sendiket penipuan ni adalah dengan menakutkan mangsa. Juga di kenali dengan Macau Scam. Mereka cuma memaingan emosi mangsa dengan mencipta sesuatu stuasi yang dapat kenakutkan mangsa. Sebagai con

Penting! Untuk Peniaga Baru Shopee Tahu

Penting! Untuk Peniaga Baru Shopee Tahu Assalamualaikum semua, Ana harap anda semua berada dalam keadaan sihat. Ana nak cakap-cakap sikit berkenaan perkongsian bagaimana nak servive dalam perniagaan di shopee. Ana nak kongsikan pengetahuan ana ni untuk peniaga-peniaga yang baru berdasarkan pengalaman yang Ana tahu. Semoga apa yang bakal Ana kongsikan ini bermanfaat kepada anda semua. Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Nak Memulakan Perniagaan atau mula nak Upload Produk kedalam  Shopee! Ini penting sebagai garis panduan bagaimana anda nak jalankan perniagaan shopee anda lebih teratur dan terancang. Setiap perniagaan tu mesti perlukan perancangan yang rapi jika anda nak perniagaan anda tu pergi jauh dan tak tersalah arah. Pertama Sekali Anda Perlu Tahu Potensi Produk yang Kita Nak jual. Ini penting supaya kita dapat menilai terlebih dahuli sejauh mana sesuatu produk tu boleh pergi atau akan mendapat sambutan. Seperti yang kita tahu, ada produk-produk yang Viral, malangnya ia tak bertahan

Punca Utama Penderitaan Rakyat Syria

Punca Utama Penderitaan Rakyat Syria Saban hari kita lihat penderitaan Anak-anak Syria di dalam Media Sosial. Banyak di dedahkan oleh pencari-pencari dana bantuan untuk membantu mereka. Jadi banyak lah iklan Fb Ads yang mereka bayar untuk memberi tahu Rakyat Malaysia. Setiap kali aku terlihat Video Ads tersebut yang bermain di Wall Facebook aku. Persoalan "Sampai Bila Kisah ini akan berterusan? Bilakan akan berakhir? Bagaimana nak Tamatkan kesedihan anak-anak yang tidak berdosa ini? Secara tiba-tiba jugalah perasaan marah timbul dalam jiwa aku sebagai seorang manusia lemah. Mungkin bagi para Ulama mereka lebih tenang memikirkan pekara ini. Konflik di syria berkisar tentang Kerajaan Bashar Arsyad yang hendak mempertahankan kuasa dari di rampas oleh kumpulan-kumpulan yang mengelarkan diri mereka Jihadi, Isis, Daesh dan sebagainya. Dengan membabi buta, Bom akan digugurkan peluru akan dilepaskan oleh kedua-dua belah pihak. Di sinilah point kesengsaraan Rakyat Syiria yang terpaksa mene

Cara Renew Lesen Memandu JPJ Secara Online Melalui myEG , Guna Hanphone

Cara Renew Lesen Memandu JPJ Secara Online Melalui MyEG ,Guna Hanphone Bagi sesetengah orang seperti Ana, antara pekara yang Ana tak berapa suka apabila terpaksa beratur panjang bila nak berurusan di pejabat jabatan Kerajaan. Kalau tak bernasib naik , terpaksa hadaplah semua tu untuk tempoh separuh hari. Tapi sekarang ni sebenarnya sudah banyak pembaharuan yang sudah dilakukan oleh Pihak pemerintah . Sudah ada system online untuk kita berurusan tanpa perlu lagi beratur pajang. Pasti semua dah tahukan benda ni? Kepada yang belum tahu tu, ni Ana nak bagi tau . Pada 16Okt yang lepas JPJ dan kerjasama myEG telah mengaktifkan perkhidmatan Bayar dan Renew lesen secara online. Ini bermakna anda boleh renew Lesen memandu di mana saja anda berada asalkan mempunyai line internet. Ini banyak membantu kita supaya lebih mudah berurusan memperbaharui Lesen memandu tanpa perlu pergi ke Bandar. Dapat juga menjimat masa dan kurangkan sesak di pejabat JPJ ataupun PosOffice. Cas perbayaran adalah sep

Cara Borong Barang Mudah Dari China , Bagaimana Caranya?

Cara Borong Barang Mudah Dari China , Bagaimana Caranya? Pasti ada yang tertanya-tanya dan ingin tahu dari mana lambakan barangan china datang, dan kebanyakannya penjual bawa masuk untuk berniaga. Dari mana mereka borong ? Adakah mereka pergi ke Negara China untuk borong barang-barang itu? Mesti ramai yang masih tak tahu dan nak tahu jawapannyakan. Sebenarnya , untuk memborong atau inport barang dari china , kita tak perlu pun terbang ke Negara China. Ia boleh di buat hanya dengan komputer atau Handphone sahaja. Benda ini bukan saya nak sembang lebih ya, itu memang realiti. Bagi sesetengah orang , ianya bukan lagi menjadi pekara yang rumit. Hanyak dengan beberapa klik dan langkah, mereka sudah boleh import dan borong barang dari China untuk berniaga. Kenapa nak borong Barang dari China? Ya, sebenarnya saya pun setuju dengan usaha memartabatkan barangan Malaysia. Tetapi dalam persaingan dunia perniagaan sekarang ramai yang memilih barang China untuk berniaga di sebabkan beberapa faktor,

Susah Senang Berniaga di Shopee , Rugi Kalau Tak Mulakan

Susah Senang Berniaga di Shopee , Rugi Kalau Anda Tak Mulakan Sekarang kita dengar sana sini merungut tetang susahnya nak berbisness disebabkan pendamik Covid-19. Majoriti perniaga dalam keadaan kritikal start dari yang Gergasi sehinggalah ke Peniaga Gerai tepi jalan. Semuanya menerima kesan secara langsung. Bagi orang Islam, Memang beruntung sebab sebagai seorang muslim, perlu dan patut terima semua ini sebagai qada dan qadar dari Allah. Tapi kalau yang non muslim, pasti mereka akan banyak berfikir tanpa ada jawapan tetang nasib mereka jika keadaan ini tak pulih sebab mereka tak ada konsep qada dan qadar, bagi mereka Bisness adalah hidup dan mati mereka. Jadi , di saat genting berbisnes sekarang inilah peluang untuk kita memuhasabah diri dan lebih mendekatkan diri kepada Allah. Salah satu pekara yang wajib diambil oleh semua peniaga sekarang adalah perlu meneroka perniagaan di dalam dunia online. Jika anda nak terus bersaing di dalam dunia perniagaan, ilmu pemasaran online perlu dicar

Rumah Untuk Dijual di Taman Tunku Sarina Bandar Darul Aman , Jitra Kedah

Rumah Untuk Dijual di Taman Tunku Sarina Bandar Darul Aman , Jitra Kedah Ada sapa yang berminat nak memiliki aset Rumah di Taman Tunku Sarina Bandar Darul Aman, Jitra Kedah? Ana nak bagi tau sebiji rumah teres Dua tinggat kepunyaan kawan Ana nak dilepaskan. Berikut adalah Gambar depan rumah Tersebut di Taman Tengku Sarina. Pandangan Hadapan Rumah Rumah Teres Dua Tingkat ini memiliki 3 Bilik tidur dan 3 Bilik Air. Sudah siap berpagar dengan Cantik dan ruang depan yang selesa. Jalan Dihadapan Rumah Berdekatan dengan sekolah, Mini Market 1km ke Taman Tema Tasik Darul Aman. Berhadapan dengan Jalan Utama Masuk Taman Perumahan Tengku Sarina. Jalan Utama Harga Jualan adalah RM340 Ribu. Untuk maklumat lanjut dan berminat nak meninjau Rumah ini secara lebih terperinci. Boleh whatsapp atau hubunggi Number di bawah. EN Joe: 0165889878 Atau Klik Je Link WhatsApp ini  http://www.wasap.my/+60165889878/NakTengokRumah

Service Celcom Prepaid Membuli Pelanggannya

Service Celcom Prepaid Membuli Pelanggannya Sebelum tu Ana nak tanya , Sapa pernah dapat SMS seperti dibawah dari Celcom? Lepas tu bila Check Baki, tinggal telor ayam, Memang menyirap darah Beb lebih-lebih lagi bila baru Topup. Apa hal dengan Service Celcom Prepaid ni? Aku rasa benda ni bukan baru, sudah lama aku dengar dan ramai penguna prepaid Celcom dah kena. Come on lah Celcom, sudah-sudahlah membuli Membuli pelangan anda sendiri. Benda ni akan jadi bila data internet tamat tempoh dan anda tak sempat atau tak offkan Data. Memang habis Celcom akan sedut duit dalam baki akaun. Ana tak rasa yang pihak Celcom tak tahu benda ni. Masa awal-awal zaman orang berlumba-lumba guna smartphone lagi benda ni jadi seingat aku. Masa tu kawan Ana hairan kemana pergi duit yang dia Topup, Cari punya cari sebabnya adalah Data dia On, dah berapa duit dia lesap disebabkan service membuli pelangan Celcom prepaid ini. Dan sampai sekarang benda tu masih tetap mcm tu? Dan berapa juta duit pelangan Kau sedut

Cara Pemakanan Seorang Pesakit Kencing Manis

Piramid Makanan Cara Pemakanan Seorang Pesakit Kencing Manis Penyakit Kencing Manis merupakan salah satu penyakit Kronik yang sering kita dengar dikalangan Rakyat Malaysia. Banyak faktor yang boleh mengundang penyakit kencing manis ini datang, antaranya tidak menjaga pemakanan di usia muda, faktor keturunan dan gaya hidup yang tak sihat. Apabila sudah di tahap kritikal akan membuatkan satu lagi masalah yang bersangkut iaitu kegagalan Buah Pinggang. Dua penyakit ini selalunya berkait rapat antara satu sama lain. Sakit buah pinggang juga merupakan antara 20 penyakit yang dilarang pengiklanan ubat yang mendakwa dapat menyembuhkan Penyakit Kencing manis ini. Ini di sebabkan belum ada bukti-bukti saintifik yang boleh menyembuhkan penyakit ini secara terus. Ini bermakna kalau ada ubat yang dijual mendakwa dapat menyembuhkan penyakit kencing manis dengan khusus, itu adalah salah di sisi undang-undang. Sekarang ni banyak sangat iklan-iklan ubat yang mendakwa dapat menyembuhkan penyakit kencing

Kedai Printing dan Fotostat Jitra, Kubang Pasu Kedah

Kedai Printing dan Fotostat Jitra, Kubang Pasu Kedah Ana nak cerita sikit tentang kedai kawan Ani ni, Kedai Printing dan Fotostat Paksu. Untuk pengetahuan semua yang kerjanya berkaitan Printing atau Photostat , Kedai Paksu ini saya amat-amat sarankan untuk anda berurusan. Sebabnya , kedai ini amat selesa untuk anda buat kerja. Ruang dalaman yang selesa, udara yang nyaman dan bersih, Tersusun dengan rapi pasti membuatkan anda selesa disana. Kedai Paksu ni juga Mesra pelanggan dan mudah mesra pasti anda takkan rasa terasing bila berurusan dengan Mereka. Sejujurnya , dari segi layanan dan persekitaran, saya bagi Lima Bintang untuk Kedai Paksu ni.  Kalau anda perlukan Plotter atau Printing Bersaiz A1, Kedai Paksu ada sediakan Mesin Plotter untuk kerja-kerja anda. Jadi kalau anda nak Print Plan rumah atau sepertinya, boleh datang Print di Kedai Paksu. Plotter Printer Disini juga tersedia tempat khas untuk anda buat kerja-kerja yang belum siap dengan santai. Suasananya pun berhawa dinggin da

Pelancaran Honda BeAT 2020, Bercirikan Teknologi Terbaru Pasti Memukau

Pelancaran Honda BeAT 2020, Bercirikan Teknologi Terbaru Pasti Memukau Pelancaran Honda BeAT 2020  Boon Siew Honda (BSH) dengan rasminya telah melancarkan Honda BeAT 2020 melalui Facebook live di akaun Honda Motorcycle Malaysia. Antara ciri yang dikemaskini adalah dari aspek teknikal dan dari bentuk rekaan yang lebih moden supaya relevan dengan masa kini. ENJIN PSP, PGMFI Dengan dipacu enjin eSP baharu bersama teknologi suntikan bahan api PGM-FI yang menawarkan peningkatan kuasa 8.6hp @ 7,500rpm dan tork 9.53Nm @ 5,500rpm merupakan tawaran Honda BeAT 2020. Enjin baharu ini turut mematuji piawaian Euro4 serta menawarkan prestasi penggunaan bahan api pada kadar 59.1km per liter. TEKNOLOGI eSAF Antara teknologi yang ditawarkan Honda BeAT 2020 ialah teknologi eSAF (Frem Arkitektur Pintar Dipertingkat/ enhanced Smart Architecture Frame) yang membuatkan model baru ini lebih stabil dan ekonomi. Teknologi ini membolehkan ruang simpanan dioptimakan di samping dapat meningkatkan kapasiti tangki

Kenali Jenis-jenis Handbag Dan Fungsinya Mengikut Kesesuaian Tempat Anda Pergi

Kenali Jenis-jenis Handbag Dan Fungsinya Mengikut Kesesuaian Tempat Anda Pergi Di pasaran sekarang ada pelbagai jenis Handbag dengan banyak Jenama, saiz dan reka bentuk yang menarik. Semua anda boleh pilih mengukut cita rasa anda, ada yang panjang, pendek leper dan bulat. Ia merupakan Benda penting untuk menyerlahkan gaya personaliti diri anda apabila berada di majlis-majlis formal mahupun tak formal, bergantung kepada kesesuaian majlis yang anda hadiri. Handbag juga sudah menjadi satu imej Mewah kepada golongan-golongan yang tertentu. Ada sesetagah orang kaya yang menjadikan handbag sebagai Benda koleksi dan ada harganya yang mencecah Ratusan ribu ringgit. dari Bag Tangan pun orang dah boleh tahu personaliti diri anda. Handbag atau Bag Tangan adalah aksesori yg wajib menjadi peneman kepada setiap wanita.. tak kiralah kemana di nak pergi. Tapi, tahukah anda yang handbag juga dapat menentukan keperibadian diri seseorang? Jom ketahuai Jenis Handbag dan Fungsinya agar anda tak Tersalah Ha

Kedai Gunting Rambut Lagen Pekan Napoh, Jitra Kedah

Kedai Gunting Rambut Lagen Pekan Napoh, Jitra Kedah Ana masih ingat lagi dizaman persekolahan. Waktu sekolah rendah, memang Ana tak kesah sangat tentang fesyen rambut. Kemana saja Ayah Ana bawa pergi gunting rambut, Ana ikut saja. Dan fesyen rambut macam mana ?, Ana serah je pada tukang gunting. Selalunya , kedai kegemaran ayah Ana kedai ini lah; Walaupun Signbord tak ada, tapi Ana dan penduduk sekitar sudah kenal dengan "Kedai Rambut Bau".  Diusahakan oleh seorang berumur 60-an yang berbangsa Siam. "Bau" dalam bahasa Siam bermaksud "Abang" berdasarkan apa yang ana taulah. Untuk pengetahuan semua, Daerah saya iaitu Kubang Pasu Kedah, memang Ramai Penduduk yang berbangsa Siam. Orang Siam disini sudah tinggal sebelum merdeka lagi dan mereka juga perduduk berstatus BumiPutra. Yang Ana tahu , sudah lebih kurang 30 Tahun kedai gunting rambut ini beroperasi. Memang Betul-betul Legenlah Abang Bau kita ni. Hari ini Ana bawa Ayah pergi gunting rambut di kedai Bau S