Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Di Dapur

Cara Masak Nasi Lemak Yang Sedap Dan Menyelerakan Untuk Berniaga

Cara Masak Nasi Lemak Yang Sedap Dan Menyelerakan, Sedap Untuk Berniaga Nasi Lemak adalah makanan ruji rakyat Malaysia sebagai sarapan pagi. Tapi sebelum tu saya nak tanya anda adakah anda pandai masak nasi lemak yang sedap dan menyelerakan ?  Sebenarnya, masa nasi lemak ni sama je dengan masak nasi biasa cumanya ada tambahan beberapa bahan. Sebelum ni saya pernah kongsikan cara bagai mana nak masak Sambal Untuk Nasi Lemak. Kali ni seperti yang di janjikan saya share pulak Cara penyediaan Nasi Lemak yang pasti boleh buat berniaga. Saya pasti semua akan pandai masak nasi lemak nanti bila dah baca habis posting saya ini. Sesiapa pun boleh cuba masa sendiri sebab ia tak susah pun. Baca di bawah ; " Cara Masak Sambal Nasi Lemak yang Sedap, Boleh Buat Berniaga " " Berniaga Nasi Lemak, Perniagaan Yang Mudah Dan Menguntungkan " Ok kita terus ke Bahan-bahan asas untuk masak nasi lemak. Bahan-bahan utama adalah ; 1. Beras ( Untuk kali ini, saya tunjukkan utk 2 cawan beras,...

Cara Masak Sambal Nasi Lemak yang Sedap, Boleh Buat Untuk Berniaga

Cara Masak Sambal Nasi Lemak yang Sedap, Boleh Buat Untuk Berniaga 1. Sebelum ni saya ada kongsikan tentang perniagaan nasi lemak yang merupakan satu perniagaan yang mudah tak perlu modal besar dan mengutungkan, permintaan untuk nasi lemak tak perlulah di cakap lagi sebab ia dan jadi satu makanan sarapan yang wajib bagi rakyat Malaysia.  " Berniaga Nasi Lemak, Perniagaan Yang Mudah Dan Menguntungkan " 2. Kali ini kita fokus pula cara masak nasi lemak yang sedap dan boleh di masak untuk berniaga. Kalau tak sedap mcm mana nak berniagakan. Saya pasti resepi yang saya akan kongsikan ini gerenti menjilat jari sedapnya. 3. Sebelum tu saya nak bagi tau, memang nak masak nasi lemak ni banyak cara boleh kita buat, anda anda rasa cara tradisi yg di warisi anda sudah sedap, anda boleh share di ruangan Komen di bawah, yg saya nak share ini adalah resepi cara saya masak. 4. Kekuatan atau kesedapan Nasi Lemak banyak bergantung kepada kesedapan Sambalnya, di situlah terletaknya tarikan uta...

Mee Goreng dan Mee Rebus Mamak Changlun : Antara Yang Tersedap Di Utara

Mee Rebus Mee Goreng dan Mee Rebus Mamak Changlun : Antara Yang Tersedap Di Utara     Sebut saja Mee Goreng Mamak pasti akan terpapar dalam minda Rasa keriuk-keriuk keropok udang dan rasa yang luar biasa yang tak dapat di terjemahkan oleh perkataan. Kena rasa dulu baru faham apa yang saya maksudkan tetang perasaan itu. Tak Hairanlah di Utara ramai pengemar Mee Gorang dan Mee Rebus ala Mamak. Kedai Mee Mamak juga banyak terdapat di Utara semenanjung terutamanya di Negeri Pulau Pinang dan Kedah. Sapa yang sampai Utara rugi kalau tak cari Mee mamak untuk merasai keenakan Makanan yang populer di utara ini. Salah satu kedai Mee Goreng dan Mee Rebus yang terbaik di Kedah terletak di Pekan Changlun iaitu Mee Mohd Ali yang terletak di tengah-tengah Pekan Changlun.  Mee Mohd Ali Pekan Changloon Kedah Apa yang special tentang Mee Mohd Ali ni adalah ia Masih mengekalkan tradisi lama mungkin petua warisan keluarga dengan mengunakan Arang sebagai bahan api untuk Masakkan. Memang berbe...

Resepi Rendang Ayam Kedah

Masakan Rendang Ayam Kedah Resepi Rendang Ayam Kedah 1.  Rendang Pasanganya Lemang atau ketupat. Tak kesahlah Ketupat Daun Palas atau Ketupat Daun Buluh . Yang penting Rendang mesti kena ada kalau nak makan Ketupat, Barulah Lengkap. Penting untuk setiap keluarga salah seorangnya mesti pandai Masak Rendang Ayam ataupun rendang Daging supaya tak kempunan Nanti. 2. Rendang ni ada juga pedebatan dalam kalangan Netizen yang mempersoalkan asal usul rendang dari Negeri Mana. Bukan di situ saja, malah antara Malaysia dan Indonesia pun menjadi isu claim mengclaim asal usul rendang. Bagi aku taklah menjadi isu dari mana Sejarah asal usul Rendang, yang penting pandai masak Rendang dan sedap di makan. 3. Kali ini aku nak Kongsi sedikit ilmu tentang cara nak masak Rendang Ayam yang sedap. Oleh kerana aku orang Kedah, aku namakan resepi rendang ini sebagai Rendang ayam Kedah hihi. 4. Masak Rendang ayam ni lebih mudah daripada Masak rendang Daging. Kalau Rendang Daging, kita perlu cari daging ya...

Ketupat Daun Palas Kedah

Ketupat Daun Palas  Ketupat Daun Palas Kedah        Ketupat Daun Palas Kedah atau Utara memang menjadi antara manu wajib pada hari Raya Aidilfitri mahupun Hari Raya aidil adha. Cara penyediaannya pula memerlukan kemahiran dan mengalaman dalam mendalam untuk menyediakan ketupat daun palas yang enak. Menambah lagi kemeriahan makan ketupat daun palas semestinya dengan adanya pencicahnya seperti kari ayam/daging, Rendang Ayam atau pun daging. Pasti akan menceriakan pagi hari raya anda. Untuk menyediakan Ketupat Daun Palas Kedah kita memerlukan beberapa bahan asas iaitu :  1. Beras Pulut 2. Santan Kelapa Pekat ( 400 gram santan pekat Untuk 1 kg pulut ) 3. Daun Pandan ( 5 helai ) 4. Daun Palas 5. Gula ( Secukup Rasa )  6. Garam ( Secukup Rasa ) Bahan Untuk masak pulut ketupat *Untuk rasa yang lebih enak, Gunakan Pulut Susu. Cara Penyediaan Pulut untuk di Balut ( Masakan petama ) Saya terangkan dengan anggaran untuk 1 kg Beras Pulut. Sukatan air dan santan ,...

Ketupat Pulut Daun Buluh

Ketupat Daun Buluh Ketupat Pulut Daun Buluh Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ketupat daun buluh sudah tak asing lagi sesetengah tempat di negeri Kedah Darul Aman selain ketupat Palas. Kedua-duanya mengunakan bahan asas Pulut yang sama kecuali daun. Di Sebelah utara selalunya ketupat Pulut menggunakan beras Pulut Susu, sebab rasanya lebih enak dan lembut selain lebih berlemak. Ketupat pulut daun buluh mungkin agak kurang terkenal di negeri-negeri di bahagian selatan tanah air tapi boleh di katakan di kenali ramai di bahagian utara tanah air. Kaum Cina utara juga gemar membuat ketupat dauh buluh ni. Jenis Daun buluh yang di gunakan adalah jenis dauh yang besar dan lebar. Tak semua daun buluh yang mempunyai ciri-ciri itu, ada baka pokok buluh yang mempunyai daun yang besar dan lebar, membolehkan pulut mudah di balut dan di ikat. Memandangkan di negeri bahagian Utara seperti Negeri Kedah terutamanya, Pokok buluh memang banyak dan tak susah mencari daun buluh yang sesuai untuk bua...

Pembekal Ikan Pekasam di Kedah

Pembekal Ikan Pekasam di Kedah 1. Sebut je Nama Ikan Perkasam, Pasti ada pengemarnya sudah terliur, Menu pembuka selera ini adalah Manu Unik yang terdapat dalam alam Melayu. Aromanya mungkin bagi setengah-tengah orang tak begitu suka. Tapi bukan pada pengemarnya. 2. Sekarang ikan perkasam sudah menjadi satu Manu tambahan di Majlis-majlis kenduri. Manu pembuka selera ini pasti akan menambat Hati pada yang gemarkannya. Apatah lagi kalau di goreng Rangup dan di hidang Panas-panas. 3. Di kedah ada perusahaan Ikan perkasam yang sedap lagi Lazat. Ikan Perkasam Warisan Che Tom. Yang bersedia melayan sesiapa sahaja yang berhajat untuk merasai Ikan Perkasam Warisan Khas dari Negeri Jelapang Padi , Negeri Kedah.

Pekasam Warisan Che Tom, Tersedap di Kedah

Pekasam Warisan Che Tom, Tersedap di Kedah. Siapa yang sukakan pekasam di sini? Pekasam merupakan Makanan pembuka selera. Yang hantu pekasam, mungkin dah jadi Makanan ruji harian bagi dia. Ada yang sebut je nama Ikan Pekasam sudah terliur-liur mulut dia, Itu lah gambaran bertapa hebatnya Menu Ikan Pekasam ini.