Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2021

Cara Bayar Insuran Kereta dengan Harga Yang Paling Murah

Cara Bayar Insuran Kereta dengan Harga Yang Paling Murah Setiap tahun, antara pekara yang perlu kita fikirkan adalah nak renew insuran dan rodtex kereta. Dan yang paling ramai tak suka adalah beratur panjang dan mengambil masa lama semata-mata nak renew insuran dan rodtax kenderaan. Tapi sekarang segalanya boleh di lakukan dengan lebih mudah apabila urusan-urusan itu boleh kita buat di rumah saja secara online.  Bukan itu saja, sebenarnya bayar insuran secara online ni kita boleh memilih harga insuran yang lebih murah. Berbanding kalau kita bayar secara offline di Syarikat Insuran atau di Pejabat Pos. Kita tiada pilihan yang boleh kita buat selain terima sahaja Harga yang telah di sebut. Sekarang, banyak syarikat insuran yang menawarkan pembayaran insuran secara online dan yang lebih Saya sarankan adalah dua iaitu MyEG dan Bijak.my . Kedua-dua Syarikat ini akan menawarkan lebih dari 1 insuran dengan harga berbeza yang boleh kita menilau terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran. Harg

Cara Jual Ebook di Malaysia Dengan Keuntungan 50%

Cara Jual Ebook di Malaysia Dengan Keuntungan 50% Ebook adalah buku Online yang wujudkan Format PDF dan seangkatan dengannya. Di sebabkan dunia online sekarang sudah berkembang pesat maka, buku berbentuk fizikal yang selalu kita guna dan baca juga turut terkesan dengan belaku revolusi dengan tercetusnya Ebook. Banyak penulis dalam pelbagai Bidang sudah ditulis dalam bentuk EBook dan dijual melalui Email. Jadi kita hanya perlu buka Email dan download ke Komputer atau di SmartPhone sahaja untuk membaca dan simpan. Dan kepada sesiapa yang ingin berbisnes dengan menjual Ebook, ada berita baik untuk anda.  Salah satu cabang bisines online sekarang adalah menjadi Affiliate kepada produk-produk Ebook, atau dalam bahasa mudahnya menjadi agent untuk mempromosikan Ebook di internet. Bezanya anda tidak di beri buku secara fizikal, sebaliknya anda akan diberi Link untuk di iklankan dan Link tersebut juga mewakili ID user anda sebagai Affiliate(agent). Boleh saya katakan kebanyakan Program Affiliat

Ciri-ciri Pelaburan Saham Yang Tak Patuh Syariah

Ciri-ciri Pelaburan Saham Yang Tak Patuh Syariah Di Zaman sekarang, kebanyakan orang berlumba-lumba mencari rezeki dengan Berniaga. Ada yang bergolok bergadai untuk memulakan perniagaan. Dan ada yang sudah mewarisi perniagaan keluarga yang sudah kukuh Bila dah berjaya dalam perniagaan atau bisness, mereka akan cuba mengembangkan lagi sumber pendapatan supaya lebih kukuh di masa hadapan. Antara platform yang mereka akan cari adalah Perlaburan Saham dan seumpamanya. Itulah sebabnya, ada orang kata "Yang kaya akan bertambah Kaya". Bila dah berduit , mereka mampu untuk membuatkan duit itu pula bekerja untuk mereka setelah sekian lama berusaha. Kalau di zaman 80an dan 90an memang kalau kita dengar, orang-orang yang main Pelaburan Saham ini adalah orang kaya saja. Tapi di akhir-akhir ini kita sudah dengar sesiapa saja dah pandai Melabur walau pun sumber kewangannya biasa-biasa saja. Namun, bagi orang Muslim, penilaian untuk melabur tidak terbatas dengan untung dan rugi sahaja. Kita

Isu Penggunaan Kalimah Allah Oleh Orang Kristian

Isu Penggunaan Kalimah Allah Oleh Orang Kristian Isu Kalimah Allah yang nak digunakan oleh Gereja dalam Bible adalah isu yang rata-rata Masyarakat Malaysia sangkakan sudah Selesai. Tetapi baru-baru ini , tiba-tiba saja Mahkamah Tinggi memutuskan yang kalimah Allah boleh di gunakan oleh orang Kristian dalam Bible mereka. Ia telah mengejutkan ramai pihak terutamanya Orang Islam yang menentang keras pengunaan Kalimah Allah oleh orang Kristian sebelum ini. Rupa-rupanya, kes ini sedang berjalan dalam dia dan lebih menghampakan lagi keputusan berpihak kepada orang Kristian yang membolehkan mereka guna kalimah Allah. Saya tak pasti siapa yang bertanggungjawab  dalam urusan kes ini di Mahkamah Tinggi. Yang pasti ia amat mengecewakan kepada umat Islam di Malaysia. Ada orang islam mengambil langlah lebih tenang dengan memberi pendapat yg tersendiri. Bagi mereka, Isu ini telah membuka ruang dakwah kepada Non Muslim di luar sana. Keterujaan Non Muslim yang ingin tahu secara lebih dekat tentang ken

Cara Boost Produk di Shopee Automatik Secara Percuma

Cara Boost Produk di Shopee Automatik Secara Percuma Kepada peniaga Shopee mesti sudah tak asing lagi dengan Botton Boost produk kan? Ia adalah service percuma yang disediakan Shopee untuk Seller naikan Produk di Shopee setiap 4 Jam. Rugi lah kalau ada Seller Shopee yang tak tekan Botton Boost tersebut. Berniaga di Shopee , banyak langkah yang wajib kita lakukan, bak kata rutin harian sebagai peniaga Shopee. Antaranya Tekan Boost produk inilah setiap 4 Jam sekali sebanyak 5 produk yang di bolehkan untuk satu-satu masa. Tapi malangnya kita sering terlupa atau mudah merasa jemu untuk lakukan hal ini secara consistent. Saya pun kadang-kadang rasa begitu.  Untuk membantu Seller-seller Shopee melakukan tugas ini, sebenarnya ada satu website yang dapat membantu secara percuma dan secara tak langsung dapat membantu anda boostkan produk anda di Shopee secara Consistent. Website itu adalah "BigSeller". Apa yang paling menarik tentang service Bigseller sudah tentulah ia adalah free. An

Tips Berniaga Online Di Shopee Tahun 2021

Tips Berniaga Online Di Shopee Tahun 2021 Dunia Busines pada masa sekarang memang mencabar di sebabkan pendamik Virus Covid-19. Banyak perniagaan yang mengalami kerugian di sebabkan tidak lagi dapat berfungsi seperti biasa. Ada yang sudah gulung tikar, dan banyak yang menanti untuk terima nasib yang sama. Namun hidup mesti di teruskan. Sekarang, boleh di katakan semua perniaga sudah mula beralih berniaga secara online ataupun melalui media Sosial. Siapa yang petah bercakap , dia ada kelebihan untuk membuat jualan melalui FB live yang saya lihat satu medium penjualan yang amat-amat berkesan. Tak dinafikan juga, ramai yang ada masalah komunikasi untuk melalukan FB Live dengan baik, tapi pecayalah kalau kita beranikan diri untuk memulakan, skill komunikasi kita akan bertambah baik hari demi hari. Kalau tak mampu juga, masih ada banyak cara untuk anda berbisness secara online dan yang paling mudah adalah melalui Shopee. Dalam artikal kali ini, saya nak kongsikan bagaimana Berniaga di Shope