Cara Bayar Insuran Kereta dengan Harga Yang Paling Murah
Setiap tahun, antara pekara yang perlu kita fikirkan adalah nak renew insuran dan rodtex kereta. Dan yang paling ramai tak suka adalah beratur panjang dan mengambil masa lama semata-mata nak renew insuran dan rodtax kenderaan.
Tapi sekarang segalanya boleh di lakukan dengan lebih mudah apabila urusan-urusan itu boleh kita buat di rumah saja secara online.
Bukan itu saja, sebenarnya bayar insuran secara online ni kita boleh memilih harga insuran yang lebih murah. Berbanding kalau kita bayar secara offline di Syarikat Insuran atau di Pejabat Pos. Kita tiada pilihan yang boleh kita buat selain terima sahaja Harga yang telah di sebut.
Sekarang, banyak syarikat insuran yang menawarkan pembayaran insuran secara online dan yang lebih Saya sarankan adalah dua iaitu MyEG dan Bijak.my.
Kedua-dua Syarikat ini akan menawarkan lebih dari 1 insuran dengan harga berbeza yang boleh kita menilau terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran.
Harga insuran sesebuah kenderaan adalah bergantung kepada CC kenderaan dan tahun kenderaan tersebut di keluarkan. Apa yang anda perlu buat adalah isi segala butiran berkenaan kenderaan anda dan hantar secara online di website yang sudah mereka sediakan. Dua pihak ini akan mengantar quartation terlebih dahulu kedalam email ataupun whatsapp anda.
Jika anda seorang yang setia dengan sebuah Syarikat Insuran, anda boleh teruskan memilihnya. Dan jika anda seorang yang nak harga yang lebih murah dan jimat, anda juga boleh memilih syarikat yang tawarkan harga insuran kereta anda dengan harga yang lebih murah.
Kedua-dua perkidmatan ini MyEG dan Bijak.my juga menyediakan perkidmatan pembayaran renew rodtax kereta.
Baca Juga;
Comments