Skip to main content

Pelancaran Honda BeAT 2020, Bercirikan Teknologi Terbaru Pasti Memukau

Pelancaran honda beat 2020


Pelancaran Honda BeAT 2020, Bercirikan Teknologi Terbaru Pasti Memukau

Pelancaran Honda BeAT 2020 
Boon Siew Honda (BSH) dengan rasminya telah melancarkan Honda BeAT 2020 melalui Facebook live di akaun Honda Motorcycle Malaysia. Antara ciri yang dikemaskini adalah dari aspek teknikal dan dari bentuk rekaan yang lebih moden supaya relevan dengan masa kini.

ENJIN PSP, PGMFI

Dengan dipacu enjin eSP baharu bersama teknologi suntikan bahan api PGM-FI yang menawarkan peningkatan kuasa 8.6hp @ 7,500rpm dan tork 9.53Nm @ 5,500rpm merupakan tawaran Honda BeAT 2020. Enjin baharu ini turut mematuji piawaian Euro4 serta menawarkan prestasi penggunaan bahan api pada kadar 59.1km per liter.

TEKNOLOGI eSAF

Antara teknologi yang ditawarkan Honda BeAT 2020 ialah teknologi eSAF (Frem Arkitektur Pintar Dipertingkat/ enhanced Smart Architecture Frame) yang membuatkan model baru ini lebih stabil dan ekonomi.

Teknologi ini membolehkan ruang simpanan dioptimakan di samping dapat meningkatkan kapasiti tangki minyak dari 4.0 liter kepada 4.2 liter. Di samping itu, berat Honda BeAT 2020 ini juga telah berkurang sebanyak 4kg, lalu menjadikan berat terkini 90kg.

CIRI BAHARU HONDA BEAT 2020











Antara ciri terkini yang diperbaharui ialah:
  • Lampu hadapan LED
  • Rekaan dan grafik yang lebih trendy
  • Rekaan lampu belakang dan lampu signal yang baru
  • Rim bercorak seakan silang dan panel speedometer terkini
  • Ruang pelana baru & tuil kunci brek
  • Sistem brek combi
Sistem brek combi dan Sistem Kunci Pintar (Smart Lock System, SLS) masih lagi dikekalkan pada Honda BeAT 2020. Sistem ini digunakan untuk memastikan brek kekal hidup sebelum menghidupkan atau menghentikan motosikal. Dan mungkin ada yang belum tahu, Honda BeAT mempunyai suis tongkat sisi automatik yang berfungsi untuk mematikan enjin semasa diturunkan.

PILIHAN WARNA HONDA BEAT

Ditampilkan dengan 4 pilihan warna; Vivacity Red (merah), Force Silver Metallic (perak), Pearl Nightfall Blue (biru) dan Space Magenta Metallic (merah hati) pastinya dapat menarik para peminat skuter untuk membelinya. 

Dilengkapi dengan warranty selama  2 tahun atau 20,000 km, pastinya Honda BeAT 2020 akan menjadi kegilaan peminat skuter pada masa kini.



Untuk pengetahuan semua, model Honda BeAT 2020 telah sampai ke cawangan CHJ Motors pada hari model ini dilancarkan. Dapatkan sekarang di cawangan yang terdekat; kami mempunyai 33 cawangan di sekitar negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak.

Berita baik untuk yang tinggal jauh dari negeri yang disebutkan! Anda yang berada luar dari kawasan Utara juga boleh membeli motosikal secara online atau memohon loan kedai di CHJ Motors. Kami juga boleh mengepos motosikal anda sekitar Semenanjung Malaysia. 

Nota: CHJ Motors merupakan pengedar motosikal terbesar di Utara Malaysia. Mempunyai 33 cawangan di negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak. CHJ Motors merupakan pengedar motosikal terawal yang beroperasi di Utara Malaysia sejak tahun 1971. Di CHJ Motors, kami menyediakan perkhidmatan pinjaman kedai tanpa slip gaji dan penjamin. Selain itu, kami juga menjual motosikal melalui website. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, kunjungi http://www.chinhin.com atau hubungi 012-253 4966 (talian Hotline).

Comments

Popular Posts

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone   Mesti ramai yang sedang pengikuti perkembangan Liga bola sepak terkenal di dunia seperti EPL.  Untuk menonton secara live setiap minggu, semestinya kita perlukan Astro yang mempunyai package laluran sukan, dan bill yang perlu di bayar bulan-bulan sudah tentulah mahal. Saya tahu semasa live game Bola Kelab Populer yang besar- besar umpamanya , pasti ramai yang tercari-cari live Streaming di dalam Internet. Malangnya kebayakkan Live Streaming itu akan di Block oleh pihak media yang berlesen. Ya lah, mereka dah bayar beratus juta untuk menjadi menyiar utama siaran langsung tersebut sedangkan kita menonton secara Free je. Itu tak adil untuk mereka, sebab tu mereka block semua live Streaming lebih-lebih lagi dalam Facebook dan Youtube. Tapi anda jagan risau, sebab saya akan dedahkan 2 cara untuk anda dapat menonton Live Bola Sepak EPL ataupun La liga. Cara pertama, anda download App Burma TV dekat Play Store. Dah siap down...

Kedai Printing dan Fotostat Jitra, Kubang Pasu Kedah

Kedai Printing dan Fotostat Jitra, Kubang Pasu Kedah Ana nak cerita sikit tentang kedai kawan Ani ni, Kedai Printing dan Fotostat Paksu. Untuk pengetahuan semua yang kerjanya berkaitan Printing atau Photostat , Kedai Paksu ini saya amat-amat sarankan untuk anda berurusan. Sebabnya , kedai ini amat selesa untuk anda buat kerja. Ruang dalaman yang selesa, udara yang nyaman dan bersih, Tersusun dengan rapi pasti membuatkan anda selesa disana. Kedai Paksu ni juga Mesra pelanggan dan mudah mesra pasti anda takkan rasa terasing bila berurusan dengan Mereka. Sejujurnya , dari segi layanan dan persekitaran, saya bagi Lima Bintang untuk Kedai Paksu ni.  Kalau anda perlukan Plotter atau Printing Bersaiz A1, Kedai Paksu ada sediakan Mesin Plotter untuk kerja-kerja anda. Jadi kalau anda nak Print Plan rumah atau sepertinya, boleh datang Print di Kedai Paksu. Plotter Printer Disini juga tersedia tempat khas untuk anda buat kerja-kerja yang belum siap dengan santai. Suasananya pun berhawa dinggi...

Cara Install Printer Canon G2010 Tanpa CD Driver

Cara Install Printer Canon G2010 Tanpa CD Driver Memang akan ada masalah kalau CD printer yg di beri semasa kita beli kumputer hilang. Selalunya benda-benda yg kita anggap simple ni tak lah kita nak ambil kisah sangat letak dekat mana. Ia menjadi genting bilamana kita nak guna CD tu untuk tujuan Install Printer.  Ada beberapa stuasi yg memerlukan kita guna perlu install balik driver printer iaitu setelah Windows di format baru atau Driver hilang seperti tak sengaji di Uninstall driver. Tapi jagan cemas kalau CD driver printer tu hilang, sebab dalam website Syarikat pembekal printer seperti Canon, HP dan sebagainya ada tersedia tempat untuk kita download balik Software Driver Priter mengikut Model yang kita guna. Kalau anda faham betul-betul langkahnya , ia akan menjadi mudah saja untuk di lakukan. Berikut saya sertakan link Website untuk dawnload driver printer mengukut jenama Syarikat. Klik Disini :  Canon website download link Saya akan tunjukkan cara download satu pers...

Apa Itu Truecaller? Ramai Masih Tak Tahu Aplikasi Ini Boleh Lindungi Anda Daripada Scam

Apa Itu Truecaller? Ramai Masih Tak Tahu Aplikasi Ini Boleh Lindungi Anda Daripada Scam Pernah tak telefon anda berdering daripada nombor yang langsung tidak dikenali? Bila angkat, rupanya ejen jualan, scammer atau panggilan spam. Sebenarnya ada satu aplikasi yang boleh membantu mengenal pasti siapa yang sedang menghubungi anda sebelum anda menjawab panggilan tersebut. Aplikasi itu ialah Truecaller . Walaupun aplikasi ini sudah digunakan oleh ratusan juta pengguna di seluruh dunia, masih ramai rakyat Malaysia yang belum mengetahui kewujudannya atau bagaimana ia berfungsi. Apa Itu Truecaller? Truecaller ialah aplikasi pengenalan pemanggil (Caller ID) yang boleh memaparkan nama individu atau organisasi yang menghubungi anda, walaupun nombor tersebut tidak disimpan dalam telefon. Selain itu, aplikasi ini turut membantu mengesan dan menyekat panggilan spam, telemarketing serta nombor yang sering dilaporkan sebagai scam oleh pengguna lain. Bagaimana Truecaller Berfungsi? ...

Cara Nak Trace Nombor Telefon Tak Dikenali

Cara Nak Trace Nombor Telefon Tak Dikenali 1. Assalamualaikum semua... Bagaimana Cara Semak No Tellefon Yang Tak Diketahui Pemiliknya? Pasti semua alami pekara ni kan ada org Call tapi kita tak tahu no tel tu sebab tak ada dlm List no Hp kita.. Kadang2 tu rimas Juga No yg tak di kenali ni sering ganggu kita kan. 2. Ada caranya utk Kita nak kesah No tu Milik siapa... iaitu melalu App Website  https://www.truecaller.com . Caranya Masuk dlm Website tersebut... dan terlebih dahulu Sign in dengan Mengunakan Google akaun iaitu dengan Gmail anda... Pada yg belum ada akaun Gmail tu kena buat dulu la di  Klik disini  utk buat Daftar Gmail. 3. Akan Terpapar seperti Gambar Dibawah.. Selepas Anda sudah Sign In.. baru anda di benarkan Search No tel yg tak di ketahui itu di Bahagia  " Search a Phone Number " 4. Bila anda sudah Search no tersebut.. anda akan di beritahu nama samaran Empuya no tu... sebab apa nama samaran? di sebabkan nama tu di ambil dlm database Web true ...