Skip to main content

Cara Mendisiplinkan Anak Di Awal Usia

Mendisiplinkan anak kecil

Cara Mendisiplinkan Anak Di Awal Usia

Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Mereka di lahirkan seumpama sehelai kain putih tanpa sebarang dosa. Tanggungjawab kitalah untuk mencorakkannya.

Sudah tentulah kita nakkan yang terbaik untuk anak kita. Harapan yang kita letakkan kepada mereka apabila dia besar kelak sudah tentulah tinggi dan segalanya sempurna hendaknya, Ramai ibu bapa yang terlalu risaukan kehidupan anak mereka apabila sudah besar. Sebab itu, Didikkan awal kanak-kanak sangat penting supaya mereka tak tergelincir apabila sudah besar kelak.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebab kalau sudah terlambat takut ia akan patah kalau kita terpaksa lenturkan seperti buluh.

Dalam perjalanan servival membesarkan anak ni bukanlah satu pekara yang mudah, tak kiralah anak lelaki mahupun anak perempuan. Langkah mula yang sempurna perlu di lakukan seawal usianya supaya mudah nanti kita mencorakkan kehidupan mereka.

Tak boleh terlalu memanjakan anak, dan tak boleh juga terlalu keras dalam berhadapan dengan dunia kanak-kanak mereka. Kanak-kanak tetap kanak-kanak yang bersifat keanak-anakkan secara semula jadi. Kita sebagai ibubapa ini lah yang perlu bijak dan tahu bagaimana nak menghadapi mereka di awal usia.

5 Langkah Mendisiplin Anak Kecil

1. Setkan Masa Untuk Setiap Aktiviti Anak.

Masa adalah satu pekara yang berkait rapat dengan Disiplin. Andai anda selalu gagal menepati masa, itu bermakna anda bukanlah seorang yang berdisiplin.

Untuk menerapkan Disiplin anak diawal usianya, Menepati masa adalah penting untuk ditekankan.

Biasakan anak kita dengan selalu berpandukan Masa dalam aktiviti-aktiviti harian mereka. Seperti waktu bermain, waktu menonton TV, Waktu yang boleh melihat Video di Geget dan begitulah seterusnya.

Anda perlu tegas dalam pekara ini tak boleh berkompromi supaya anak ada tahu ia adalah pekara yang penting yang perlu dilakukan.

2. Berlajar Dari Apa Yang Mereka Lihat.

Anak kecil banyak belajar sesuatu melalui apa yang mereka lihat. Sudah tentulah orang-orang yang mereka lihat itu terdiri dari orang yang terdekat seperti Ibu Bapa.

Segala tingkah laku Ibu Bapa perlu sentiasa memperlihatkan pekara-pekara yang baik kepada mereka. 

Contoh seperti sentiasa mengemas, dan meletakkan sesuatu benda pada tempat yang betul. Secara tak langsung anak kecil akan melihat dan belajar daripadanya.

3. Menepati Janji Kepada Anak Kecil

Jangan ambil mudah jika anda berjanji dengan Anak kecil. Walaupun mereka masih kecil, mereka juga mempunyai hati dan perasaan walaupun perasaan mereka itu masih keanak-anakkan.

Kalau janji mereka sering di mungkiri, takut mereka sudah tak percaya lagi kepada janji dan mereka akhirnya mewarisi sifat tak menepati janji itu.

Jadi perlu berhati-hati kalau berjanji sesuatu kepada anak kecil. Perlu laksanankan janji dan kalau tak mampu laksanankan jangan beri janji kosong kepada mereka.

4. Memberi Penuh Perhatian Ketika Berkomunikasi Dengan Anak Kecil.

Anak kecil sentiasa inginkan perhatian lebih-lebih lagi dari ibu bapa. Sebagai ibu bapa , kita perlu memastikan yang kita sudah memberi tumpuan penuh kepada anak kecil.

Lebih-lebih lagi semasa berkomunikasi dengan mereka, tunjukkan yang ibu bapa betul-betul ingin mendengar apa yang mereka ingin katakan dan mereka juga akan memberi perhatian sepenuhnya kepada setiap kata-kata dari Ibu Bapa.

Di sinilah pentingnya untuk memudahkan Ibu Bapa menasihatan apa itu pekara yang baik dan tak baik. 

5. Bergantung Harap Kepada Allah.

Sebagai seorang Muslim , Bergantung harap kepada Allah adalah wajib. Sentiasa mengharapkan Allah memelihara anak-anak kita di jalan yang lurus.

Setelah kesemua langkah-langkah sudah kita lakukan. Yang menentukan anak kita membesar dengan baik adalah dengan Izin Allah. Segalanya atas kekuasaan Allah.

Sebagai Ibu Bapa , Berdoa adalah langkah penyerahan segalanya kepada Allah. Semoga apa yang kita hajatkan akan di pelihara oleh Allah yang Maha Esa.

Comments

Cuya said…
nice tips

https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/09/aku-dapat-suprise-box-daripada-anak.html

Popular Posts

Psoriasis & Eczema: Bila Gatal Tak Henti-Henti, Apa Lagi Yang Boleh Dilakukan?

Pernah Rasa Putus Asa Dengan Masalah Kulit ? Pernah tak anda rasa terlalu letih dengan masalah kulit yang tak kunjung sembuh? Baru beberapa hari nampak semakin baik, tiba-tiba gatal datang semula. Kulit mula kering, mengelupas dan terasa pedih apabila digaru. Lebih menyakitkan apabila orang lain tidak memahami apa yang sedang anda lalui. Mereka hanya nampak masalah pada kulit, tetapi tidak tahu bagaimana rasa gatal yang mengganggu tidur malam, keyakinan diri dan emosi setiap hari. Jika anda pernah mengalami situasi ini, percayalah, anda bukan seorang sahaja yang berdepan dengan cabaran tersebut. Masalah Yang Ramai Penghidap Eczema dan Psoriasis Hadapi Masalah seperti eczema dan psoriasis bukan sekadar isu pada permukaan kulit. Ramai individu mengalami kulit yang terlalu kering, kemerahan, menggelupas dan terasa gatal hampir sepanjang masa.  Ada yang mengalami keadaan ini di tangan, kaki, siku, lutut malah di bahagian leher dan belakang badan. Bayangkan seorang ibu yang ...

Psoriasis dan Ekzema: Punca, Simptom dan Cara Menguruskannya Dengan Berkesan

Psoriasis dan Ekzema: Punca, Simptom dan Cara Menguruskannya Dengan Berkesan Masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema bukan sekadar menyebabkan ketidakselesaan fizikal, malah boleh menjejaskan keyakinan diri dan kualiti hidup seseorang. Rasa gatal yang berterusan, kulit kering, kemerahan dan mengelupas sering membuatkan ramai individu berasa tertekan, terutama apabila simptom semakin teruk dari semasa ke semasa. Walaupun psoriasis dan ekzema mempunyai beberapa simptom yang hampir sama, kedua-duanya adalah keadaan kulit yang berbeza dan memerlukan pendekatan penjagaan yang sesuai. Dalam artikel ini, kita akan memahami punca, simptom serta cara menguruskan psoriasis dan ekzema dengan lebih berkesan. Apa Itu Psoriasis? Psoriasis ialah penyakit autoimun kronik yang menyebabkan sel kulit membiak terlalu cepat. Akibatnya, sel-sel kulit terkumpul di permukaan kulit dan membentuk tompokan tebal, bersisik serta kemerahan. Psoriasis tidak berjangkit, tetapi ia boleh berulang d...

Ramai Orang Menyesal Kerana Tidak Tahu Perkara Ini Lebih Awal

Ramai Orang Menyesal Kerana Tidak Tahu Perkara Ini Lebih Awal Pernahkah anda duduk sendirian pada waktu malam dan terfikir tentang kehidupan yang telah dilalui? Tentang peluang yang pernah datang tetapi tidak direbut. Tentang orang yang pernah hadir tetapi tidak dihargai. Tentang impian yang pernah ada tetapi ditangguhkan kerana menyangka masih banyak masa. Hakikatnya, semakin usia meningkat, semakin banyak perkara yang kita fahami. Namun ada satu perkara yang menyedihkan — kebijaksanaan sering datang selepas peluang berlalu. Sebab itulah ramai orang yang lebih berusia sering berkata, "Kalaulah aku tahu perkara ini lebih awal, hidup aku mungkin berbeza." Walaupun kita tidak boleh mengubah masa lalu, kita masih boleh belajar daripada pengalaman orang lain. Mungkin apa yang anda baca hari ini dapat mengelakkan satu penyesalan besar pada masa hadapan. Masa Bergerak Lebih Cepat Daripada Yang Kita Sangka Ketika masih muda, setahun terasa sangat lama. Kita meras...

Kenapa Kulit Sentiasa Gatal dan Mengelupas? Kenali Psoriasis dan Ekzema

Kenapa Kulit Sentiasa Gatal dan Mengelupas? Kenali Psoriasis dan Ekzema Kulit yang sentiasa gatal, kering dan mengelupas bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan, malah boleh menjejaskan keyakinan diri dan kualiti hidup seseorang. Ramai menganggap masalah ini hanyalah kulit kering biasa, tetapi hakikatnya ia mungkin tanda kepada masalah kulit kronik seperti psoriasis atau ekzema. Jika anda sering mengalami kegatalan yang berulang, kulit kemerahan, merekah atau bersisik, artikel ini akan membantu anda memahami punca sebenar serta cara menguruskannya dengan lebih berkesan. Apa Itu Psoriasis? Psoriasis ialah penyakit kulit kronik yang berlaku apabila sistem imun menyebabkan sel kulit membiak terlalu cepat. Akibatnya, sel kulit berkumpul di permukaan dan membentuk tompok-tompok tebal, kemerahan serta bersisik. Tanda-Tanda Psoriasis Kulit merah dan bersisik tebal Kegatalan yang berterusan Kulit kering dan mudah merekah Rasa pedih atau terbakar pada kawasan terjejas Se...

Tips Penjagaan Kulit Sensitif Bagi Penghidap Psoriasis dan Ekzema

Tips Penjagaan Kulit Sensitif Bagi Penghidap Psoriasis dan Ekzema Kulit yang sensitif memerlukan penjagaan khas, lebih-lebih lagi bagi individu yang menghidap psoriasis dan ekzema. Kedua-dua masalah kulit ini boleh menyebabkan kegatalan, kemerahan, kulit kering, mengelupas dan ketidakselesaan yang berpanjangan. Tanpa penjagaan yang betul, simptom boleh menjadi lebih teruk dan mengganggu aktiviti harian. Berita baiknya, dengan rutin penjagaan kulit yang sesuai, anda boleh membantu mengurangkan keradangan, mengekalkan kelembapan kulit dan meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan. Apa Itu Psoriasis dan Ekzema? Psoriasis ialah penyakit kulit kronik yang berlaku apabila sel kulit membiak terlalu cepat, menyebabkan kulit menjadi tebal, bersisik dan kemerahan. Ekzema pula adalah keadaan kulit yang menyebabkan keradangan, kegatalan melampau dan kulit menjadi sangat kering serta mudah merekah. Walaupun kedua-duanya berbeza, psoriasis dan ekzema mempunyai satu persamaan ...