Skip to main content

Posts

Kehidupan Satu Perjalanan.

Setiap insan akan merasai perjalanan yang sesaat ini untuk menuju kehidupan yang kekal abadi kelak. Berapa banyak ranjau yang kita tempuhi didunia ini tidak akan dihitung sama sekali. Yang akan dihitung hanyalah amalan kita dan bagai mana cara kita melepasi halangan dan dugaan hidup ataupun ujian Allah di atas dunia ini. Kehidupan adalah satu perjalanan yang indah yang tidak ternilai. tidak terhitung nikmat yang Allah telah kurniakan pada hambanya. Tapi sayangnya kita semua seringkali terlupa akan nikmat kurnian Allah itu, kita menjadi ego, riak, takbur, angkuh kepada pencipta kita. sehinggalah kurniaan itu pergi barulah kita menagis meratapi pemergian Nikmat kurniaan Allah s.w.t. itu. dan yang paling sedih lagi, kita seringkali terlupa kali kedua apabila nikmat itu kembali kepada kita.

Cari Kawan

Berkawan adalah pekara yang penting dalam kehidupan seseorang yang normal . Orang-orang tua selalu berpesan pada anak-anak meraka apa bila anak mereka dah mula nak berjauhan atau berdikari. Rasanya, kalau tak salah mak aku pun pernah pesan masa aku nak tinggal di asrama dulu, " duduk elok-elok, pilih kawan-kawan yang baik". Kawan memang memainkan peranan yang penting dalam menentu corak kehidupan seseorang individu. Berkawan dengn orang baik akan membentuk peribadi diri kearah kebaikan. Berkawan dengan orang yang tak berapa baik akan mempegaruhi kita jadi sepertinya. Bagi pandanagan aku, kawan ni mempunyai sifat dan perangai yang berbeza-beza, tak seorang pun sama. Selalunya, bila kita dah mendekatinya baru kita tahu sifat seseorang itu macam mana. Selalunya lah kan, keiklasan dan nilai-nilai murni dalam berkawan ni lebih penting dari benda-benda yang lain. Keiklasan ni tak boleh kita belakon, dia akan di terjemahkan oleh perbutan dan rasa senang bila berurusan secara automat...

Di Pondok Kecil

Di pondok kecil, di pantai ombak, berbuih putih, beralun-alun, Di suatu hari, Ayah berkata, Jaga adikmu, Ayahkan pergi jauh, Ku pandang wajah ayah, Dahinya ku cium, Air mata mengalir, Hati ku pilu, Diam-diamlah sayang, Jangan menagis, Doakan ayah semoga sejahtera, Diam adik ku sayang jagan menagis, Walaupun ayah gugur, pastinya dia Syahid, Diponduk kecil, dipantai ombak, berbuih putih, beralun-alun, Wahai abang ku, kemana ayah, Ku sayang ayah, Ku cinta Ayah, Duhai adikku sayang, Jangan bersedih, Ayah mu pergi menyambut seruan ilahi, Tapi ingatlah adik ku, pesanan ayah, Belajar berusaha walau dimana jua, Pada MU Tuhan, aku bermohon, Dosa ayah ku minta diampunkan, Ku iringgu doa, Rahmati dia, Tempatkan lah ayahku bersama kekasihMU, Di ponduk kecil , dipantai ombak, berbuih putih, beralun-alun.

Malaysia Sebagai Hub Hiburan

"Berhibur tiada salahnya, kerana hiburan itu indah... tetapi salah memilih hiburan membuatkan kita jadi bersalah", petikan dari lagu Raihan. Disini pun ada masejnya tersendiri untuk berdakwan dan memberi tahu kepada kita semua bahawa, islam tidak pernah menghalang kita berhibur. Tetapi hiburan dalam islam ada batasnya, ada hiburan yang diharamkan terus dalam islam jika hiburan itu bercanggah dengan islam. Bagi aku, hiburan ini luas dan susah sangat-sangat untuk di kawal oleh sebab semua orang mahukan hiburan atas tuntutan nafsu masing-masing, walaupun individu itu adalah dari keluarga kita sendiri. Apa pun hiburan dalam islam sudah pun ada guidelinenya yang tersendiri. dan perlu di patuhi. Tetapi baru-baru ini terdengar satu berita yang boleh dikatakan hot.... Iaitu ada pihak yang ingin menjadikan Malaysia sebagai Hub Hiburan dengan alasan untuk mengalakkan pertumbuhan ekonomi negara(. Apa yang menakutkan aku dan sebilangan rakyat Malaysia mungkin, apakah yang hendak kita per...

Kenapa ada Perkataan (Islamic) pada IFF

Feshion muslim, Rasanya kita dah di ajar tentang garis panduan cara-cara pemakaian muslim sejak kita di bangku sekolah lagi. Dalam islam, islam tidak pernah meletakkan sebarang feshion yang perlu kita ikut. hanya yang di tekankan dalam islam adalah pakaian yang menutup aurat, maknanya segala pemakaian yang menutup aurat adalah ciri-ciri feshion islamik. Rasanya semua orang dah tahu tahap2 aurat masing-masing, tipulah kalau tak tahu... melainkan orang tu memang betul-betul tak tahu sebab tak pernah belajar. Tetapi, apa yang menghairankan aku, kenapa masih ada orang yang keliru tentang batas pemakaian dalam islam ni. Sehinggakan ada yang terkeliru besar dan telah megucar-gacirkan muslimin dan muslimat di negara ini Khususnya dan di dunia amnya. Yang aku maksudkan adalah peganjuran Iff ( Islamaic feshion festivel ) yang telah di langsungkan dengan jayanya di monte carlo dan penaungnya adalah Datin Sri Rosmah Mansor baru-baru ini. Aku di sini bukanlah untuk menghagatkan lagi susana atau pe...

Kepadamu Kekasih

Kepada mu kekasih, Aku berserah, Kerana ku tahu kau lebih megerti, Apakah yang terlukis dicermin, Wajahku ini, Apa yang tersirat di hati, Bersama amali, Kepada mu kekasih , Aku bertanya, Adakah kau akan, Menerima ku kembali, Atau harus menghitung lagi, Segala jasa dan bakti, Atau harus mencampakku ke sisi, Tanpa harga diri, Hanya pada mu kekasih, aku tinggalkan, Jawapan yang belum, Ku temukan, Yang bakal aku nantikan, Bila malam menjemputku, Lena beradu, Kepadamu kekasih, aku serahkan, Jiwa dan raga, Jua segalanya, Apakah kau akan menerima, Penyerahan ini, Apakah kau akan menerimaku, Dalam keadaan begini,

Doa

Tuhan ku... Dalam termanggu. Kusebut nama-MU biar susah sungguh, Mengigatkau penuh seluruh, Tuhan ku.. Cahaya-Mu panas suci bagai kerdip lilin, Dikelam sunyi, Tuhan ku.. Aku hilang bentuk, Kembara di negeri asing, Tuhan ku Pintumu ku ketuk , Aku tak bisa berpaling, Tuhan Ku.. Dalam termanggu.. Kusebut namaMu biar susah sungguh, Mengigatkau penuh seluruh, Tuhan ku cahayaMu, Panas suci bagai kerdip lilin, Dikelam sunyi, Tuhan ku.. Aku hilang bentuk, Kembara di negeri asing, Tuhan Ku , PintuMu ku ketuk , Aku tak bisa berpaling..