Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

Faham Betul-betul Pegertian Bidaah

BID'AH Bid'ah dalam bahasa bererti sesuatu yang diadakan tanpa ada contoh sebelumnya. Dalam pengertian syarak adalah sesuatu yang baru yang tidak terdapat secara tertulis dalam quran mahupun hadits. Sabda Rasulullah saw : ﻣﻦ ﺃﺣﺪﺙ ﻓﻲ ﺃﻣﺮﻧﺎ ﻫﺬﺍ ﻣﺎ ﻟﻴﺲ ﻣﻨﻪ ﻓﻬﻮ ﺭﺩ Maknanya: "Barangsiapa yang membuat sesuatu yang baru dalam syari'at ini yang bukan daripadanya, maka ia tertolak". Bid'ah terbahagi ke pada 2: 1) BID'AH HASANAH, juga dinamakan SUNNAH HASANAH. Iaitu sesuatu yang baru yang sejalan dengan alQuran dan Sunnah. 2) BID'AH DHOLALAH, sesuatu yang baru yang menyalahi alquran dan sunnah. Pembahagian Bid'ah ini dapat difahami dari hadis Jarir ibn Abdillah al Bajali ia berkata, sabda Rasulullah saw : "Barangsiapa memulai dalam Islam sunnah(perbuatan) yang baik, maka baginya pahala dari perbuatan tersebut dan juga pahala dari orang yang melakukannya (mengikutinya) setelahnya tanpa berkurang sedikitpun pahala mereka, dan barangsiapa merintis dalam Is