Skip to main content

Tips Berniaga di Shopee Untuk Newbie

Tips Berniaga di Shopee Untuk Newbie 

Sapa yang tak kenal dengan Appikasi Shopee kan, pasti ramai dah ada pengalaman shopping online di shopee, tapi adakah anda pernah Berniaga di shopee? 

Kalau belum , sekarang tibalah masa untuk saudara dan saudari cuba sendiri cara berniaga di Shopee. Di dunia online sekarang ni rugilah kalau tak cuba berniaga style baru zaman tanpa sempadan ni. Sekurang-kurangnya kita tahu sedikit sebanyak ilmu tetang selok-belok berniaga online lebih-lebih lagi dengan platform Shopee ni.

Menceburi perniagaan secara online penting untuk masa hadapan, sebab perdagangan masa hadapan akan terarah kepada E-dagang, Boleh kalau kita nak belajar tapi yang lebih berkesan lagi, kita perlu turut serta menempuhinya. Di situ baru kita tau pengalaman sebenar berniaga online. Untuk mula berniaga online, saya sarankan mula dulu dengan Shopee.


Kenapa perlu pilih Shopee?

Berdasarkan pengalaman saya yang juga pernah berniaga di Facebook Page dan di Shopee, Berniaga di Shopee jauh lebih mudah berbanding berniaga di Facebook. Berniaga di Facebook sesuai untuk mereka yang mempunyai modal yang besar dan perlu fokus kepada banyak kerja. Contoh, Kena banyar fB ads yang mahal untuk dapatkan pengunjung, kena close sale sendiri dan terpaksa layan whatsapp 24jam. Semua itu bukanlah mudah kepada yang inginkan hidup bebas.

Berbeza dengan berniaga di Shopee. Org yang melayari shopee melalui App dan website berpuluh juta perbulan, dan sekarang Shopee merupalan Marketplace yang paling bayak di lawati di Malaysia.

Di samping itu juga, kita tak perlu menghadap Hanphone 24Jam untuk melayan Whatsapp dan segala Close Oder dan Payment adalah secara automatik. Menarikkan?

Langkah pertama yang perlu anda buat adalah cari seberapa banyak ilmu pengetahuan tentang berniaga di Shopee. Anda boleh cari group-group FB yang berkaitan cara berniaga di Shopee. Cari tutorial di dalan Youtube. Search Artikal di Blog seperti anda sedang buat sekarang dan baca buku-buku yang berkaitan cara berniaga di Shopee.

Kepada yang baru nak mencuba berniaga dan menjadi seller Shopee, pasti dah tahu cara bagaimana system Shopee ni dijalankan. Contoh seperti, bagaimana menguruskan order pertama, macam mana nak Pos barang yang di order dan bagaimana dapat penjualan yang pertama.

Saya pernah melalui semua tu. Best bila berjaya membuat jualan pertama di shopee. Bagaimana dengan bangganya dapat "Drop off" barang shopee di J&T dan Pos Laju. 

Tapi satu je yang membuat Saya tertanya-tanya pada awalnya, bila terserempak dengan Seller Shopee yang dah boleh dikatakan sudah lama dan boleh kita panggil "Otai Shopee"

Barang yang dorg bawa untuk postage "Drop Off" di J&T penuh bahagian belakang kereta. Macam mana la dorg boleh buat sale sebanyak tu dalam masa satu hari? Income mesti Masuk la kalau dilihat serupa itu punya berniaga.

Sebenarnya bagi Seller yang sudah level "Otai" macam tu, segala tektik dan teknik sudah ada dalam tangan mereka, sebab tu mereka dapat membuat jualan yang banyak dalam masa 1 hari je. Pendek kata mereka dah dapat menguasai pasaran Shopee yang sudah tentulah tersangat luas. 

Walaupun pun saya masih belum setanding Otai-otai Shopee tu. Tapi sekarang boleh lah sedikit sebanyak dapat bersaing dengan Mereka. Dan sememangnya Berniaga di Shopee memerlukan masa untuk naik dan memerlukan Ilmu dan kesabaran. 

Sekarang , Saya rasa terpangil untuk share sikit pengetahuan dan pengalaman tentang tektik dan teknik berniaga di Shopee semoga dapat membantu mereka yang mencari ilmu berniaga di Shopee hanya untuk Newbie atau Beginner berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya sepanjang berniaga di Shopee. 

Kalau anda berada disini dan sedang membaca artikal ini sekarang, bermakna anda lah sang pencari Ilmu Cara berniaga di Shopee.

Kesukaran untuk berniaga di Shopee adalah di peringkat pemulaan, semasa kita nak bina kedai di dalam shopee. sebabnya kita terpaksa bersaingan dengan orang-orang lama yang sudah berjaya menjual beribu-ribu item di dalam Shopee.

Kalau diikutkan Logik akal kita sendiri, Jika barang yang nak kita jual sama dengan barang Penjual lain yang telah berjaya menjual dengan banyak (laku keras) Rating Star yang di dapat pun Tinggi, pasti pembeli akan memberi perhatian lebih kepada penjual tersebut berbanding seller yang baru, Seterusnya penjual Newbie akan terus tewas di medah persaingan Dan hanya mampu menunggu umpama menunggu ayam bertelor.

Sebagai Orang baru, Kita memerlukan Masa untuk bersaing dapatkan kepercayaan daripada Bakal pembeli kita terlebih dahulu. Perlu di ingat, di dalam Shopee ada beratus atau beribu pesaing yg perlu kita hadap.

Berikut beberapa Tips yang perlu peniaga yang baru (Newbie) perlu beri perhatian berdasarkan pengalaman dan pemantauan saya selama berniaga di Laman Shopee.

1. Tingkatkan Kepercayaan Pegunjung Shopee.

Di dalam shopee ada kriteria-kriteria tertentu yang perlu kita patuhi, dan ianya akan di pantau oleh pihak Shopee. Jadi maksudnya, kita tak boleh melakukan sesuka hati je. Menipu apatah lagi. segalanya akan di nilai oleh pihak shopee dan pembeli.

Andai tersalah langkah pihak shopee akan beri penalti kepada kedai kita, seterusnya akan meninggalkan kesan yang buruk untuk pekembangan kedai kita di shopee. 


Products : Jumlah produk yang kita upload dan jumlah barang yang ada dalam shop kita.
Followers : Jumlah yang mengikuti anda.
Chat Performance : Kepantasan anda membalas setiap Chatting yang masuk.
Rating : di beri berdasarkan jumlah Produk yang telah saller jual. 

Sudah tentulah pekara-pekara di atas akan dinilai oleh bakal-bakal pembeli di laman shopee. Pelawat yang masuk akan membuat perbandingan berdasarkan pekara-pekara tersebut.

Semakin Tinggi Rate yang anda dapat pada setiap pekara tersebut . semakin tinggilah tahap kepercayaan yang anda bakal dapat.

Bebagai Saller yang baru, Anda perlu memberi fokus kepada pekara-pekara di atas, terutamanya Chat Perfomance. 

2. Fokus Pada Killer Produk. 

Beri perhatian kepada Satu produk terlebih dahulu dan usahakan hingga dapat pembelian yang pertama. Produk itu mestilah Killer produk yang anda ada dan anda yakin dapat membuatkan pengunjung shopee tertarik dengan produk tersebut.

Dalam hal ini , sebagai Saller baru kita tak boleh tamak untuk cuba menjual semua barang-barang yang kita ada dan mengharapkan semua terjual. Jika pekara itu tak belaku, anda akan jadi mudah putus asa.

Ingat setiap barang tersebut pasti ada pesaingannya. Dengan memberi fokus kepada hanya satu barang yang anda yakin mampu membuat jualan pertama anda dan ada yakin dapat bersaingan dengan penjual yang lain. ia pasti akan meningkatkan Rating seperti yang saya ceritakan di point 1 di atas.

Fokus utama anda sebagai Seller baru, bukanlah kepada mencari seberapa banyak Jualan dapat di buat, tetapi fokus utama anda adalah mendapat jualan pertama terlebih dahulu,ia akan di ikuti dengan jualan kedua, ketiga dan seterusnya. Secara tak langsung ia akan membantu meningkatkan Rating Kedai Maya anda sedikit demi sedikit.

Biar lambat asalkan dapat apa yang kita target, daripada tamak tapi langsung tak fokus dan gagal membuat sebarang jualan.

3. Cari produk yang sedikit lain dari yang lain, dan mempunyai permintaan yang tinggi.

Dalam point ketiga ini, ia penting untuk menguatkan point yang kedua tadi. 

Contoh, jika anda menjual baju. Baju yang anda perlu fokuskan itu mestilah baju yang seller lain tak ada. seperti ada Logo yang unik dan ciri-ciri lain seumpamanya dan anda yakin dapat menawan hati bakal pelangan

Ia pasti akan meningkatkan kemungkinan anda untuk mendapatkan pembelian yang Pertama.

4. Harga Jangan Terlalu Tinggi.

Servey dulu harga produk yg sama di pasaran shopee. Dengan itu anda akan dapat mengetahui berapa harga yang sesuai dan dapat bersaing dengan peniaga yang sedia ada.

Untuk pemulaan, anda tak perlu fikirkan berapa keuntungan yang anda akan dapat, atau margin keuntungan yang anda akan perolehi. Cukup sekadar anda tidak rugi.

Ingat tadi , fokus utama anda adalah mendapat Jualan pertama.

5. Guna Shopee Ads Untuk tingkatkan View.

Sebagai orang baru, anda perlu mengunakan bantuan Shopee Ads untuk meningkatkan View dan seterusnya meningkatkan Peratus kemungkinan Produk anda dibeli.

Shopee Ads adalah iklan berbayar yang mampu meletakkan produk anda di Page pertama dalam system carian shopee.

Namun untuk memastikan anda tidak salah setting iklan shopee berbahas ini, ada beberapa teknik yang anda perlu dalami supaya duit yg anda gunakan tidak melebur begitu saja.

Untuk terus mendalami lagi Ilmu cara berniaga dan bersaing di dalam Shopee, Anda teruskan membaca dengan klik pada Pautan link di bawah


Comments

Popular Posts

Cara Install Printer Canon G2010 Tanpa CD Driver

Cara Install Printer Canon G2010 Tanpa CD Driver Memang akan ada masalah kalau CD printer yg di beri semasa kita beli kumputer hilang. Selalunya benda-benda yg kita anggap simple ni tak lah kita nak ambil kisah sangat letak dekat mana. Ia menjadi genting bilamana kita nak guna CD tu untuk tujuan Install Printer.  Ada beberapa stuasi yg memerlukan kita guna perlu install balik driver printer iaitu setelah Windows di format baru atau Driver hilang seperti tak sengaji di Uninstall driver. Tapi jagan cemas kalau CD driver printer tu hilang, sebab dalam website Syarikat pembekal printer seperti Canon, HP dan sebagainya ada tersedia tempat untuk kita download balik Software Driver Priter mengikut Model yang kita guna. Kalau anda faham betul-betul langkahnya , ia akan menjadi mudah saja untuk di lakukan. Berikut saya sertakan link Website untuk dawnload driver printer mengukut jenama Syarikat. Klik Disini :  Canon website download link Saya akan tunjukkan cara download satu pers...

Probiotik Terbaik Untuk Kesihatan Usus, Kembung Perut dan Sistem Imun

VitaHealth Pre+ProBiotics, Probiotik Terbaik Untuk Kesihatan Usus, Kembung Perut dan Sistem Imun Pernah tak anda bangun pagi dengan perut rasa penuh angin, kembung, atau susah nak membuang air besar? Badan pula rasa letih walaupun tidur cukup. Bila masuk waktu bekerja, fikiran jadi tak fokus. Mood pun cepat berubah. Akhirnya, perkara kecil pun boleh buat kita rasa tertekan. Ramai orang ingat semua masalah ini cuma berpunca daripada pemakanan yang tak teratur atau faktor umur. Hakikatnya, ada satu bahagian dalam badan yang sering kita abaikan, sedangkan ia memainkan peranan yang sangat besar terhadap kesihatan keseluruhan badan. Bahagian itu ialah usus . Usus bukan sekadar tempat menghadam makanan. Ia menjadi rumah kepada berbilion bakteria baik yang membantu proses penghadaman, menyokong sistem imun dan menjaga keseimbangan badan setiap hari. Sebab itulah semakin ramai pakar kesihatan menekankan kepentingan menjaga mikrobiom usus. Mencegah lebih awal sentiasa lebih baik dar...

Kelebihan Probiotik untuk Usus: Kenapa Anda Wajib Ambil Hari Ini?

Kelebihan Probiotik untuk Usus: Kenapa Anda Wajib Ambil Hari Ini? Pernah tak anda rasa perut tetiba memulas, berangin sampai rasa nak terbang, atau rasa macam ada “naga” tengah main bunga api kat dalam? Secara jujurnya, kebanyakan daripada kita selalu abaikan kesihatan perut. Asal kenyang, jalan! Tapi tahu tak anda, perut dan usus kita ni ibarat “otak kedua” badan kita? Kalau usus mula merajuk, satu badan boleh huru-hara! Ramai yang tak sedar masalah ini sebenarnya berkait rapat dengan isu Kesihatan Usus: Adakah Ia Punca Kepada Segala Penyakit? yang sering kita pandang remeh. Sebab itulah hari ni kita nak sembang pasal satu benda yang sangat powerful tapi ramai selalu lupa: Probiotik! Apa Benda Sebenarnya Probiotik Ni? (Bakteria Jahat vs Bakteria Baik) Bila dengar perkataan "bakteria", mesti ramai bayang kuman, penyakit, atau cirit-birit, kan? Nanti dulu! Dalam usus anda sebenarnya ada sebuah kawasan kejiranan yang sangat sibuk (dipanggil mikrobiom usus )....

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone

Cara Nak Tengok live Streaming Bola EPL Melalui Handphone   Mesti ramai yang sedang pengikuti perkembangan Liga bola sepak terkenal di dunia seperti EPL.  Untuk menonton secara live setiap minggu, semestinya kita perlukan Astro yang mempunyai package laluran sukan, dan bill yang perlu di bayar bulan-bulan sudah tentulah mahal. Saya tahu semasa live game Bola Kelab Populer yang besar- besar umpamanya , pasti ramai yang tercari-cari live Streaming di dalam Internet. Malangnya kebayakkan Live Streaming itu akan di Block oleh pihak media yang berlesen. Ya lah, mereka dah bayar beratus juta untuk menjadi menyiar utama siaran langsung tersebut sedangkan kita menonton secara Free je. Itu tak adil untuk mereka, sebab tu mereka block semua live Streaming lebih-lebih lagi dalam Facebook dan Youtube. Tapi anda jagan risau, sebab saya akan dedahkan 2 cara untuk anda dapat menonton Live Bola Sepak EPL ataupun La liga. Cara pertama, anda download App Burma TV dekat Play Store. Dah siap down...

Cara Membersihkan Pori Wajah, Mengurangkan Minyak Berlebihan & Membantu Kulit Tampak Lebih Berseri

Cara Membersihkan Pori Wajah, Mengurangkan Minyak Berlebihan & Membantu Kulit Tampak Lebih Berseri Pernah tak anda berdiri depan cermin sebelum keluar rumah, kemudian tiba-tiba rasa hilang keyakinan bila nampak kulit muka nampak kusam, pori-pori besar dan jerawat kecil mula timbul di sana sini? Kita cuba senyum, tetapi jauh di sudut hati terasa sedih. Bukan sebab nak jadi cantik macam selebriti, tetapi kita cuma nak kulit yang nampak bersih, sihat dan buat kita lebih yakin apabila berjumpa orang. Ramai wanita sebenarnya melalui perkara yang sama. Ada yang sudah bertahun-tahun mencuba pelbagai pencuci muka, toner dan serum, namun masih berdepan masalah pori tersumbat, minyak berlebihan serta kulit yang nampak tidak bermaya. Akhirnya mereka mula kurang yakin untuk keluar tanpa solekan tebal. Ada juga yang sentiasa memilih memakai pelitup muka kerana malu dengan keadaan kulit sendiri. Hakikatnya, setiap wanita berhak rasa cantik dengan kulit semula jadi mereka. Kecanti...