Skip to main content

Posts

I'tiraf & Insaf

Mencari Yang Terbaik

Setiap orang mempunyai naluri untuk mencari yang sempurna dan terbaik dalam hidup ini. tak kiralah dalam apa pekara sekalipun. Semua orang nakkan kehidupan yang terbaik dan selesa. Ada kereta besar, rumah yang cantik. Mempunyai anak yang soleh, dan mempunyai ayah dan mak yang misalli. Pendek kata semualah yang sempurna dan best-best menjadi keutamaan dalam hidup setiap orang.  Andai kesempurnaan itu belum tercapai maka semua orang akan berusaha dan berlumba-lumba untuk mencapainya dan akan jadilah persaingan hidup. Seperti pokok-pokok di hutan yang bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari. Tetapi ingat segala-galanya kalau bukan kehendak Allah, maka segala yang kita inginkan tidak akan tercapai dan perlu juga di ingat ada hikmah di sebalik apa yang belaku di dalam kehidupan kita. Tidak semestinya apa yang kita nak sangat-sangat tu terbaik untuk kita. Ada kalanya apa yang hadir dalam hidup kita suka mahupun duka, itulah yang terbaik tanpa kita tahu apa hikmah di sebaliknya...

Hari Itu Pasti Akan Tiba

Biar wang segudang, Biar kita mempunyai kapal terbang… Nanti bila amal di timbang, Kita tak mampu menentang. Dan ianya pasti akan tiba. Hari itu semua binasa, Di waktu langit digulung , tak ada seorang pun yang terlepas dari menyaksikan sendiri Hari itu menjelma. Di saat dunia dan makluk di bumi melabuhkan tirai pementasannya. Tiada siapa yang bertegur siapa. Semuanya sebuk dengan diri sendiri. Si ibu terlupa akan si baby yang sedang di susukannya. Si pencinta dunia akan tergamam pada apa yang sedang di saksikannya. Suatu hari yang sudah di janjikan akan tiba. Berulang-ulang ulamak memesan dan meperigati kepada kita. Berjuta kali doa dipohon untuk manusia semoga tak terlupa akan hati itu. Dunia seindah ini pasti binasa.  Tiada lagi kesempatan untuk meminta ampun akan dosa yg di lakukan. Tiada lagi gunanya air mata walau tumpahnya sekolam. Tiada lagi jeritan penyesalan yang dapat di jelaskan oleh suara hati yang hitam. Tiada lagi pembohonggan yang terlepas dari penghaki...

Jangan Menderhaka Kepada Ibu Dan Ayah kita

“ Radha Allah s.w.t Bergantung pada radha Ibu dan Bapa, Murka Allah s.w.t Bergantung pada Murka kedua Ibu bapa “ Riwayat Al Hakim Terlintas nak menulis tentang ibu dah ayah, tak tau kenapa... rasa mcm susah jer nak jadi ayah di zaman serba mencabar ni.... Anak atau Baby semasa di lahirkan umpama kain putih yang suci yang lahirnya kedunia ini untuk turut sama menyertai dan merasai keindahan alam yang di panggil Bumi ini bersama-sama makluk atau manusia yang terlebih dahulu merasai kehebatan dan keindahan dunia. Lahirnya kita terus di belai dan di tatap dengan penuh kasih sayang oleh insan yang bernama ibu dan ayah. Malah ada yang menyambut kedatanggan kita dengan air mata kesyukuran dan kegembiraan. Dalam keadaan itu, mereka menjaga kita dengan sepenuh perhatian dan ketelitian. Ruam di badan, Panas, Kembung perut, nak susu, tidur si baby semuanya di beri perhatian. Keadaan ini pastinya telah di lalui oleh setiap manusia baru di lahirkan walaupun memori itu, kalau ditanya kepada kita ...

Yang mana satu nikmat Allah yang hendak kita dustakan ?

Terjemahan surah ar-Rahman [1](Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. [2]Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran. [3]Dia lah yang telah menciptakan manusia; - [4]Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. [5]Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu; [6]Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya. [7]Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan, [8]Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan; [9]Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. [10]Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain: [11]Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang; [12]Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdap...

Kenapa orang bertukar jadi Jahat ?

Hari demi hari, detik demi dedik, in another word tiap-tiap hari dan waktu ada saja cerita-cerita jenayah terpapar dlm surat khabar atau media masa. Hari ini 8/2/2012, bermacam-macam berita yang aku baca berkenaan kes jenayah .  Kenapa la ada orang pilih jalan nak jadi jahat? Apa yang mereka fikir dan kejar dalam hidup yang sementara ini. Kekayaan ker? Kemewahan ker? Harta ? pangkat ?. berani kerat kuku, kalau solan ini di ajukan kepada penjahat-penjahat tu, aku rasa dorang pun tak ada jawapanya. Jadi orang baik lagi mudah dari jadi orang jahat. Btl tak? Tetapi masih ada orang yang pilih jalan bertentaggan dalam kehidupan. Ini sudah tentulah ada yang tak kena pada orang seperti itu.  Some thing wrong org putih cakap. Di mana silapnya, siapa yang silap ni? Nak salahkan ibu megandung jugak ker? Atau salah ayah yang tak ajar atau tran betul-betul masa dorang kecik-kecik dulu. Majoriti yang melakukan jenayah adalah berumur dalam lingkugan muda dan sudah boleh berfik...

Kita Adalah Ahlu sunnah wal Jamaah, Mazhab Syafie aliran Asya'iroh/al Maturidiyyah

Di Malaysia umum mengetahui, kita adalah berpegang kepada Ahlu Sunnah Wal Jamaah bermazhab syafie dalam Fiqh dan dalam akhidah bermazhab asyairoh, sudah sekian dan berkurun lamanya kita megamalkan apa yang sudah di gariskan oleh ulamak-ulamak di dalam mazhab syafie asyairoh. Amalan-amalan yg sudah kian subur dalam kehidupan umat islam di nusantara ini langsung tiada pertelagahan dan di terima baik oleh seluruh dunia islam di nusantara ini. Di dalam Ahlu sunnah waljamaah sudah sedia maklum , ada 3 lagi mazhab yang besar selain dari mazhab kita mazhab syafie, tiga mazhab itu ialan mazhab Hambali, Mazhab Maliki dan Mazhab Hanafi. Keempat-empat mahab ini tidak pernah bertelagah antara satu sama lain walaupun berbeza pendapat dalam sesetengan masalah khilafyyah(cabang) dalam memahami Hadist yang di tinggalkan oleh Rasulullah. Namun ulamak-ulamak dalam keempat-empat mazhab ini masih menghormati antara satu sama lain. Contoh ini di buktikan sendiri oleh Imam Besar kita Iaitu Imam Syafie...